Selasa, Oktober 7

Cili Kampung | Alamanda

Rupanya ada tempat makan yang menarik juga untuk dicuba di Alamanda. Namanya Cili Kampung. Memang tak perasan walaupun tempatnya dekat je dengan laluan masuk ke Parkson Tingkat atas. Saya selalu je masuk laluan tu tapi disebabkan Cili Kampung kat hujung sekali memang tak perasan la. 


Motto dia rasa tradisi Malaysia. 


Tempat makannya ada pokok-pokok. Dania kata macam ala ala dalam hutan. 


Setiap tempat ada pokok-pokok. 


Nampak macam rak ni sebelah sana tu meja makan panjang. Nampak ada 1 family makan ramai-ramai sebelah sana. 


Kami pilih meja di sebelah dinding yang menempatkan lukisan. 


Kerusi ni panjang. Kalau duduk dua orang stabil tapi kalau saya duduk seorang dan duduk sebelah kanan je. Mau kerusi ni macam nak jatuh. Hehe....


Cili Kampung dari arah luar. 


Dekorasi dalam Cili Kampung. 


Anak dan ayahnya di sebalik pokok-pokok. 


Kata-kata pada tisu. 


Kami order telur dadar tapi telur dadar ni memang ada satu saiz je. Sebesar ini dengan beberapa biji telur. Telurnya rasa creamy. Saya rasa masuk susu jugak dalam telur ni. 


Nasi diletakkan di dalam mangkuk besar ala kayu ni. Ada pula ulam raja kat situ.
 

Ini pula ayam goreng berempah. Memang dia takde porsi untuk seorang ke dua orang ke...kalau order memang ada 8 ketul ayam. Porsi yang besar juga untuk keluarga kecil kami. 


Ini pula ikan masin. 


Ambil telur sikit, seketul ayam dan nasi 1 senduk sikit. 


Total dalam RM100++ semua. Memang ya lah porsi dia bukan mengikut berapa yang datang tapi memang dah tetap macam tu. Makan untuk kami bertiga je memang kesemua lauk termasuk nasi kami tapau je. Kalau makan ramai2 boleh habis kot lauk-pauknya. 

So far, dekorasi dalamnya memang nampak menarik selain layanan yang sangat baik juga. 




XOXO,
Ezna

2 ulasan:

  1. skarang dh byk cawangan cili kampung...mmg makan sini kena pi ramai2 sbb portion besar...kami mkn ber5 order 4 lauk

    BalasPadam
  2. Tak perasan pula restoran cili kampung ni.. Mungkin sebab selalu masuk wing aeon big ikut basement.. Jarang nak pusing ikut luar.. 😅

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cili Kampung | Alamanda

Rupanya ada tempat makan yang menarik juga untuk dicuba di Alamanda. Namanya Cili Kampung. Memang tak perasan walaupun tempatnya dekat je de...