Jumaat, Oktober 17

Demangan Bangi dan haiwan-haiwan

Ni pertama kali explore tempat nak breakfast di Demangan Bangi. Unik tempatnya. 


Kat atas ni diletak kain batik dicantum dan lampu di dalam sangkar burung. 


Pekerja wanita memakai baju kurung kedah. 


Ni macam kereta lembu kan?. 


Ada jual buah-buahan di sini. 


Sarapan kali ni lain sikit. Original Arang bun untuk hubby.


Arang Bun with oreo and vanilla ice cream untuk saya dan Dania. 


Sesekali masa makan, ada bau tinja kambing. Sesekali je dia datang. Larrrr patut la pun....ada kurungan kambing berdekatan. Disebabkan ada pekerja Pakistan nampak Dania macam excited je tengok kambing ni....dia buka pintu nak masuk ke area ni. 


Anak ummi memang suka tengok haiwan2. Hehehe....


Kambing gelap ni macam nak keluar je. Tak boleh sayang....


Dania nak pegang la kambing2 ni. 


Seekor kambing tengah mengintai. Hehe. Dah dah tu Dania....nanti nak amali kat fakulti pun tengok kambing jugak. Sama je spesis macam kat sini. 


Disebabkan orang Pakistan ni tengok Dania berminat dengan haiwan, lalu kami dibawa ke tempat ayam belanda pulak. Ni ke ayam belandanya?....putih bulunya.....


Bawah ni baru saya rasa ayam belanda yang saya pernah nampak la. Lepas tu pekerja Pakistan nak tunjuk Dania kat kandang kambing biri-biri pulak. Sudahhhh.....macam zoo ya....hahaha tapi kami tak pergi pun sebab nak ke meja....mungkin la makanan kami dah sampai kan. 😅


Kat sini pun bukan sekadar tempat makan je tau....ada nurseri bunga jugak. 


Kat pokok ni diletakkan beberapa jenis pokok tumpang. 


Close up daun yang macam ulat bulu je....


Area sini memang redup je. Tengok la pokok willow yang rendang ni. 


Memang makan dalam suasana hijau. Tenang je. 


 Makanan kat sini tak adalah murah sangat tapi suasana kat sini ni yang best. 

Kedai makan Demangan Bangi di :
PT 48312, Bandar Baru Bangi
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor. 
(Berhadapan Balai Bomba Bangi & Ana Ikan Bakar Petai)




XOXO,
Ezna

8 ulasan:

  1. Menarik tapi kalau ada bau tinja kambing, boleh ganggu selera makan pulak.

    BalasPadam
  2. Cantiknya. Kalau buat interior mcm ni dekat rumah pun best kan?

    BalasPadam
  3. menarik betul tempat ni ezz. arang bun tu betul2 buat i terliur hehehhe

    BalasPadam
  4. Tempatnya keren, unik banget
    Makan jadi terasa bernostalgia dengan masa lalu

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Lunch di BGM Burgerman dan desserts

Masa Dania dah tak kerja Part Time tu kami ada makan kat BGM Burgerman kat Bangi Getaway.  Kalau tengok warna Restoran BGM ni sebijik warna ...