Khamis, Oktober 2

Gift dari 7 negara Eropah

Saya dapat whatsapp pelik. Assalamualaikum Puan. Saya Harraz, nak hantar barang ke rumah puan. Puan ada kat rumah ke?. Macam ala ala kurier pulak. Eh...tapi whatsapp ni dari Kak Nollie, jiran saya. 

Terus saya jawab salam dan saya kata Harraz ni anak Kak Nollie ke?. Harraz kata ya. Terus saya kata panggil Aunty je la. Nampak formal pulak 'Puan' ni. Hehe.         
                                                                                         
Inilah barang yang Harraz kata nak hantar tu. Ada keychain Eiffel Tower, fridge magnet cuckoo clock Germany & velvet makeup case. 

Terima kasih Kak Nollie dan keluarga teringat kat saya dan keluarga ya. 😊
                                                                                                                                                                  

Inilah Harraznya. Lama tak jumpa sebenarnya. Dah nampak macam handsome young man dah. Dulu masa kecik-kecik main gelongsor dengan Kak Dania. Masa tu Dania pakai seluar pink. Habis seluar pink jadi comot. Hehe. 

Mereka sekeluarga bercuti ke 7 negara Eropah selama 10 hari. Wow....diantara negaranya ialah UK, Germany, Netherlands, Belgium, France, Switzerland dan lagi satu negara saya tak ingat. Kiranya ni baru balik la tapi dah 2-3 hari tiba di Malaysia. Seronoknya la kalau ada cuti yang banyak ni boleh cover semua sekali. Harraz cakap ayah dia pesan kalau nampak Beetle oren masuk kawasan tahan je. Hehe. Memang saya yang selalu bawa kete kecik ni pun. Mama Harraz pun ada beetle tapi warna merah. 

Lagi satu Harraz share kata dapat UPM sesi kemasukan yang baru ni. Seronok pula saya walaupun nanti Harraz di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM. Saya cerita tadi Aunty ambik Kak Dania kerja Part Time kat Alamanda. Kalau Harraz nak kerja nanti boleh la apply masa cuti semester nanti. Eh promote pulak Aunty Ezna ni. Jangan tak tahu Aunty Ezna ni banyak ceritanya....Hehehe....


Ni muka Harraz masa umur 16 tahun dan Dania 18 tahun. Dania masa ni dah masuk Asasi UPM baru 2 bulan. Masa ni ada kenduri kat rumah jiran. Masa balik, kami jalan sekali. 


Gitulah ceritanya. Bila ambik gambar ni boleh nampak perbezaan dulu dan sekarang kan?. 




XOXO,
Ezna



 

1 ulasan:

  1. Bagusnya jiran sis Ezna, balik dari bercuti belikan ole2 utk jiran tetangga 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Gift dari 7 negara Eropah

Saya dapat whatsapp pelik. Assalamualaikum Puan. Saya Harraz, nak hantar barang ke rumah puan. Puan ada kat rumah ke?. Macam ala ala kurier ...