Sabtu, Oktober 25

Pastribella cafe Masterchef Malaysia Dr. Ezani

Cafe Dr Ezani ni terletak di Tamarind Square, Cyberjaya. Hubby yang ajak kami ke sini. 


Dah pusing-pusing tingkat bawah tapi tak jumpa-jumpa. Akhirnya tanya pekerja Bangladesh kat tingkat bawah. Wahhhh selamat tiba depan kedai. Selalunya pekerja Bangla ni tak tahu pun kalau kita tanya. Tak semualah. Terletak berdepan dengan court Picker Ball. 


Ni cafe Dr Ezani bernama Pastribella. 


Kami duduk sebelah tingkap tempat makanan siap. Senang la waitress nak hantar order kami. Hehe.  


Kedudukan kat sini memanjang. Tak besar sangat space dia. 


Air saya soda mint. Memang menyegarkan. 


Strawberry Cheesecake. Cheesecake ni memang muak sikit tapi bila ada compote strawberry tu dia boleh balance rasa muak tu. Sedap. Cheese ni memang tak berapa suka tapi kalau cheesecake ni sejuk dia sedap. 


Ini pula walnut banana cake. Sedap juga. Cake banana tu rasa macam muffin kat Kenny Rogers. Atas pula ada caramel.


Dania pula air dia Strawberry Matcha. Dania kata air dia sedap tapi ice dia terlebih jadi airnya sedikit je la. 


Kami bertiga. Saje nak try minum petang kat Pastribella. 


Seleksi cake dan brownies yang ada. 


Ni yang kami order tu. 


Lagi seleksi. 


Boleh dikatakan semua meja occupied. Dania risau saya ke depan sebab meja kosong gitu. Saya dah siap letak beg kamera dah cuma kamera saya bawa ke depan la. Kiranya dah cop meja la. 😅

Total kami makan kat sini RM75++. Kalau nak jimat sikit, air tu beli la air kosong je cuma 50 sen segelas air kosong. 😅


 Pastribella
D3-04-03, Tamarind Square
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan




XOXO,
Ezna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pastribella cafe Masterchef Malaysia Dr. Ezani

Cafe Dr Ezani ni terletak di Tamarind Square, Cyberjaya. Hubby yang ajak kami ke sini.  Dah pusing-pusing tingkat bawah tapi tak jumpa-jumpa...