Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, October 16

Bikers kental

Dua hari sebelum sambutan Maal Hijrah. Hubby dah bagitau saya dia nak masuk perarakan motosikal berkuasa tinggi sempena Maal Hijrah. Malam sebelum Maal Hijrah, hubby kena collect selendang, bandana dengan T-Shirt untuk dipakai pada hari tersebut. Jumpa kat Bangsar kalau tak silap saya. 

Ni kawan hubby kot ambik gambar ni. Lepas solat subuh dah keluar rumah sebab nak berkumpul kat Masjid Wilayah. My hubby ni memang suka motor sejak dulu. Tu yang paling hubby minat MotoGP. Saya je yang takut lak nak naik motor gini. Serius saya tak pernah dok belakang motor ni. Motor sebelum adalah. Itupun sebab kena ada kat US Embassy tu kol 8.30 pagi untuk interview visa. Kalau lewat sikit idaklah saya nak membonceng. Gayat uiiii....


Deretan motor dah membanjiri kawasan luar Masjid Wilayah. Depan tu majoriti yang 1000cc. Hubby yang 650cc diletakkan di bahagian belakang kumpulan yang berbaju merah. 


Photo beramai-ramai. Ikutkan theme merah ramai lagi. Ni sebahagiaan ni. 


Saya dan Dania tunggu ajer depan TV. Bila diumumkan oleh pengacara majlis...kontingen ni ABCM Bikers. Kontingen yang berarak paling jauh iaitu dari Masjid Wilayah dan menuju ke Masjid Negara. Ada 5 ke 6 penjuru perarakan. Ada yang datang dari Muzium Keseniaan dan tempat yang lain-lain. Semuanya akan bertemu di Masjid Negara.  


Sepanjang konvoi, adalah polis escort untuk mengawal lalulintas. 


Dalam reramai ni mana la nak nampak suami sendiri. Dania dah sengih-sengih . Ummi nak bukak channel lain sebelum ni pun dia tak bagi sebab nak tengok ayah dia konvoi yer...





Habis ajer perarakan, ABCM riders yang sorang ni terus balik rumah dan ajak pulak isteri dan anak dier gi breakfast.  Kami breakfast area berdekatan dengan Balai Polis Bukit Aman kebetulan nak jumpa orang pulak area sini. 


















4 comments: