Tuesday, October 6

Warna warni Play-Doh

Pada 26 September 2015 yang lepas ada sambutan Bulan Play Doh yang diadakan di Ground Floor Highstreet 1 Utama. Saya berkesempatan pergi dengan Dania sebab ayah Dania sibuk beli persiapan nak buat majlis korban esoknya. 

Ok back to event ni. Tiba ajer kat sini tak la awal sangat. Kira2 meja kat kawasan ni sume dah ada orang jadinya pusing pusing tiba kat meja blogger Hanim dan anak2 dia. Tumpang le sekaki kat sini. Nasib la dapat tumpang sini. Dapat macam kawan saya lagi haru, nak tumpang meja satu blogger ni katanya muka masam....Hmmm...ikutkan bukannya meja tu ada nama blogger pun. 

Jom tengok apa yang Dania nak bentuk. Sebenarnya Dania pada mulanya tak tau nak bentukkan apa. Akhirnya.....apa tu? Rambutan....



Ramai ibu ayah yang menghabiskan masa berharga dengan anak masing-masing. It's bonding time!!!!. 



Maskot Play Doh dah keluar. Nama dia Doh Doh. Ni apahal lak pesen mata pejam ni?...



Belah kanan tu ukiran saya dan Dania. Ada 7 ukiran semuanya. 


Ada workshop bagaimana nak mengukir manisan juga. 


Kemuncak sambutan ini adalah usaha untuk mencapai rekod The Malaysia Book of Records untuk mencipta rekaan Play-Doh paling banyak dalam masa satu hari. Nampaknya usaha ini berjaya dengan pengumuman sebanyak 1899 ukiran Play-Doh pada 29 September 2015. Hooray!!!!.

(Right) Ms Evelyn Hah, Country Manager of Hasbro Toy Malaysia. Ms Lee Pooi Leng, The Malaysia Book of Records Official. Disaksikan oleh Doh Doh, Play-Doh's beloved official mascot!


Ukiran paling kreatif dalam dua kategori akan memenangi hadiah eksklusif daripada Play-Doh. Pemenang ukiran Play-doh bagi kategori bawah 12 tahun dimenangi oleh adik Aina Qistina yang berumur 7 tahun. Adik ni buat ukiran bakul berisi buah-buahan. Bagi kategori atas 13 tahun, seorang bapa berusia 36 tahun, Alvin Teoh yang membuat ukiran maskot Doh Doh diumumkan sebagai pemenangnya. Tahniah kepada pemenang ya. 

Seronok juga event macam ni yang penting kami enjoyyyyyy!!! 

#playdohmonth2015

9 comments:

  1. err ade ke blogger yg masam muka??saya ke?harap bukan saya la..huhuhu...sebab sabtu tu saya share meja dgn chine lagy dan anak dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak bukan lah.......Akak pun Ada tegur Izwa OK je...Kawan Akak terkena orang tak ok...kesian dia....

      Delete
  2. Replies
    1. Menghabiskan masa ngan anak tu yg paling berharga :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Aduhhh tak best yer kawan ezna dpt satu meja dgn blogger yang tarik muka gitu hmmmmmmmm something wrong tu...takpe chill dgn anak2 lg bagus

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails