Khamis, Oktober 8

Apa sahaja buat anakanda.....

Apa sahaja buat anakanda bukanlah bermaksud ikutkan je apa yang anak nak kan tapi lebih kepada sanggup buat apa sahaja untuk memastikan kejayaan anak. Gambar ni saya ambik kat sekolah kebangsaan Dania. Mintak izin dengan guard nak masuk kawasan sekolah. 

Dania dan seorang kawan Dania tengah tuition dengan cikgu Matematik yang memang mengajar Dania. Sayanglah dekat akhir2 baru saya tau tentang tuition ni. Dalam kelas saya tak sure kenapa Dania tak berapa faham ada 2-3 subject yang diajarkan tapi bila tuition one to one dengan cikgu ni boleh pulak dia buat latihan yang diberikan. Subject lain saya tak risau sangat. Subject ni agak merisaukan. Saya rasa Dania ni tak faham formula agaknya. 

Masa saya ambik gambar ni cikgu dah tanya kenapa?...hehe sebab tu saya explain cakap saya nak masuk dalam blog. Ala ala nyibuk je saya ni kan tapi kejap ajer ni. Sekadar nak bayar duit tuition by hand. Saya takut lelama saya kat sini....cikgu tak selesa nak ajar anak saya dan kawan anak saya. 


Ummi datang...anak ummi pandang ummi kejap ajer pastu tak berani pandang dah....cikgu ni pulak katanya garang tapi garang sikit ajer....hehehe....


Awal tahun dulu Dania ada tuition tapi disebabkan bila ummi bawak balik Dania, dia dah menangis teresak-esak terus tak jadi tuition kat situ. Saya nak Dania selesa dengan guru tuition tu. Kalau takut sangat macamana la Dania nak belajar. Ummi tau lah anak ummi macamana.....pssst ada kawan saya bagitau cikgu tuition ni memang garang pun. Bukan yang atas ni tapi the one yang Dania join awal tahun.

1 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Murah dan yang mahal

Dania kata inner hijab dah makin membesar. Basuh kering basuh kering lama-lama dia akan kembang la fabriknya. Bila mengembang, takde grip ka...