Rabu, Oktober 14

Fridge Magnet HRC

Siapa kat sini pengumpul tegar fridge magnet Classic Hard Rock Cafe?. Mulanya saya tak kumpul pun fridge magnet HRC ni. Masa pergi Gold Coast beberapa kali lalu depan HRC ni tapi tak teringin pulak nak beli fridge magnet ni sehinggalah adik saya sambung belajar kat United Kingdom. 

Ema pulak rajin travel negara berdekatan U.K. maka asyik tanya kat saya nak baju T-Shirt Hard Rock ke?. Baju T-Shirt Hard Rock selalunya berlengan pendek. Jadi, saya kirim ajer fridge magnet HRC ke setiap negara / negeri yang dilawati adik saya. 

Hasilnya saya dapatlah fridge magnet Glasgow, Madrid, Amsterdam, London, Brussels, Barcelona, Cologne dan Lisbon. Semua tempat ni pun takde satu pun saya pernah sampai. Cuma fridge magnet HRC San Francisco dan Hollywood ajer saya yang beli sendiri di San Fran dan Hollywood. Setiap satu berharga USD10 (Masa convert tu USD1 = RM2.20) sekarang ni kalau convert mau USD1 = RM4++ kan?.


Koleksi terbaharu saya fridge magnet HRC dari Tokyo. Kirim kat teman satu taman dengan saya yang bercuti ke Tokyo dan Yokohama dengan keluarga. Insya allah coming soon bulan disember ni fridge magnet HRC Bali.


Selain daripada fridge magnet HRC, ada juga few fridge magnet negara yang dilawati....
Ada yang kumpul fridge magnet HRC?. 

3 ulasan:

  1. wah..banyaknya..sy penah sampai hrc hcmc je..tu pun x beli ape2...hehe

    BalasPadam
  2. i kumpul FM jer :) especially tempat2 yg pernah dilawati..mengimbas kenangan manis gitu setiap kali tgk2 or belek2 FM tu;)

    cutenyer ur HRC FM collection ;)

    BalasPadam
  3. banyaknya koleksi... kite stakat magnet2 biase byk la..hehehe...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kuliah Dhuha Ustazah Asma' Harun

Selesai breakfast dan menghantar Dania ke ICM, saya pun menuju ke rumah.  Dah masuk pintu ni saya pun beredar.  Saya ada bagitau hubby ada c...