Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, October 17

Warna Warni peperiksaan UPKK 2015

Hari Pertama Peperiksaan UPKK 8 Oktober 2015 (Lughatul Quran)

Sepanjang Dania mengambil peperiksaan UPKK ni, saya memang ada menjenguk Dania. Ni masa saya hantar Dania pagi kat Sekolah Rendah Agama. Mereka ada program intensif menggapai bintang. Jadinya Dania terpaksa tak pegi Sekolah Kebangsaan sebelah pagi. Ada aktiviti solat duha dan solat hajat juga ulangkaji dengan guru yang subjeknya ada pada hari tersebut. 

Ada 3 hari exam tertangguh disebabkan penangan jerebu yang teruk. Harapan saya semoga emosi anak saya tak la terganggu. 


Saya melawat Dania tengahari ni waktu mereka makan tengahari. Makanan siap disediakan oleh pihak sekolah makan pagi dan makan tengahari. Saya tak bayar apa2 pun ni. Ni inisiatif pihak sekolah. Kawan sekelas Dania ni. 



Kawan Dania menyorok la pulak. Saya nak ambik gambar Faris yang belakang sekali tu. Mereka ni tengah beratur nak ambik nasi ayam. 


Amboiii Dania tak pandang ummi pun. Sibuk makan nasi ayam. Ok lah ummi ambik gambar kawan anak ummi lah...


Hari Kedua Peperiksaan UPKK 12 Oktober 2015 (Ulum Syariah)

Hari Kedua ni saya datang dekat pukul 1 lebih macam tu. Pelajar yang duduk depan saya ni dari sekolah lain menumpang buat exam kat sekolah ni. 

 
Saya masuk dalam surau nak ambik gambar Dania. Siapa tu?? Tu ummi Dania....ni sebab flash ni lah mata tertutup. Hi Nabilah....



Masa ni beratur depan surau nak bergerak ke dewan peperiksaan. 


Eh wah Faris. Sesajer pandang tepi bila aunty ambik gambar ye...


Hari Ketiga Peperiksaan UPKK 13 Oktober 2015 (Sirah, Jawi/Khat)

Hari ni Dania tak dapat nak gi awal pagi ke sekolah agama memandangkan ada exam kat sekolah kebangsaan. Habis ajer exam, saya dah bawak balik rumah (balik awal) sebab Dania nak mandi, makan dan solat. Kemudian bergegas pula ke sekolah agama. Saya heran sungguh kenapalah time exam 2.15 petang. Padahal sekolah kebangsaan keluar pun dalam 1.20 petang. Jakim tak ambil kira pelajar sekolah kebangsaan ke?...hmmm....

Tengah beratur ni sebelum ke dewan peperiksaan. 


Mesti saya ambik jugak gambar kawan Dania ni sebab umminya kawan yang baik dengan saya. Handsome kan?...


Ok dan terus masuk dewan. 


Sempat jugak ambik gambar anak ummi di balik tingkap. Hehehe...


Hari Terakhir Peperiksaan UPKK 15 Oktober 2015 (Adab 1 dan Adab 2)

Saya datang dekat jam 2 petang. Ambik gambar dulu. Saya rasa saya seorang je kot beriya ambik gambar. Hehehe....



Gambar ni macam seronok je mereka ni sebab hari ni hari terakhir exam UPKK. 

 
Boys ni syok giler ambik gambar sebab katanya dah nak habis exam dah. 


Shhh tolong senyap. 


Dania mula menulis ajer, baru saya balik. 


Terserempak dengan Guru Besar. Siap salam sambil dia cakap terima kasih la sebab datang tiap hari tengok anak. Airmata saya pun macam nak keluar dah....hehehe...sensitif u..Ok...saya mengaku bukan hari terakhir je airmata keluar.....4 hari berturut-turut....hehehe...

Kawan Dania pun ada yang bagitau Dania....ummi awak tiap2 hari datang ye?. Waktu saya datang menjenguk tu saya dapat rasakan yang Dania ni kembang jugak la sebab ummi dia datang....

Moga Dania beroleh kejayaan....ameen....

No comments:

Post a Comment