Wednesday, October 28

Bukan sebarang chicken....


Dania ada chicken pox since minggu lepas. Memang takde berdaun bambu bagai tapi just pakai calamine lotion dan ada lagi satu lotion Dr bagi. Jadinya dah 2 hari Dania MC tak pergi sekolah kerana chicken pox ni atau bahasa Dr....varicella-zoster. 2 hari exam sekolah kebangsaan dan sekolah rendah agama tak dapatlah nak ambik. Takpe ada MC boleh ganti hari lain. 

Today, since chicken pox Dania dah kering ummi dan Dania ke Sunway Pyramid nak cari kedai Himalaya. Elok ajer naik escalator tu dari parking Himalaya dekat2 situ. Carilah sabun Neem & Turmeric harga RM10.50 satu tapi saya beli 2 buku sabun senang. Neem ni daun semambu @ bambu. Beli sekali dengan face wash sebab Dania dok mintak sebab kata muka dia berminyak. Dah besar dah anak ummi. Cari juga Bio Oil untuk parut kat muka Dania. Tak letak sekarang. Tunggu betul-betul kering. 

Actually Dania masa baby dah dapat suntikan MMR (Measles, Mumps, Rubella). Measles ni bukan chicken pox ke?....nasib baik kena chicken pox sekarang bukan minggu depan sempena birthday Dania Yasmine dan cuti-cuti Malaysia. Bersyukur...

4 comments:

  1. Anak akk pon baru lepas kene 3 minggu sudah

    ReplyDelete
  2. dah besar2 br kena ...anak sy dulu kena 19 hr br kering ...
    klu amik vaksin pun ttp kena cuma risiko rendah je la .. ade je vaksin cp ...anak sy yg kecik dah amik ... RM84 kat az zahra bangi

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Terima kasih atas entri puan.

    Sekadar perkongsian dari saya..
    Measles tak sama dgn chicken pox..
    Vax utk chicken pox ada tapi optional di malaysia.
    Vax chicken pox tu tak ada dalam jadual imunisasi kebangsaan.
    Jadi kalau nak vax utk chicken pox, boleh ambil di klinik swasta.

    Tq

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails