Friday, October 30

Tips hilangkan parut chicken pox / demam campak

Daun pokok semambu atau bambu ni atau dalam bahasa inggeris dipanggil Neem ni penawar kepada penyakit chicken pox (varicella-zoster). Ada seorang jiran saya namanya saya panggil Kak Ani ada bagitau pokok ni memang ada berdekatan dengan kedai runcit dekat rumah saya. Jadinya masa saya gi kedai runcit ni...saya tanya india yang jaga cashier tu lalu dia pun tunjuk mana ke pokok semambunya. Ingat dia yang tanam tapi katanya memang dah lama pokok ni kat situ.

Dari jauh nampak macam pokok cermai. 


Inilah rupa daunnya dari dekat. 


Ada kawan saya bagi tips untuk buat bedak sejuk.

Bahan - bahan :

1. Sedikit air
2. Segenggam beras direndam dalam air untuk bagi lembut
3. Daun pokok semambu atau bambu yang telah dibasuh bersih

Cara - Cara :

Ambil sedikit beras lalu dibasuh dan direndam untuk bagi lembut. Kisarkan beras tadi dengan daun pokok semambu atau bambu ini dan campurkan sedikit air. Texturenya jangan terlalu cair. Kemudian bolehlah disapu pada badan yang terkena chicken pox itu tadi. Dipercayai dapat menyembuhkan dan memulihkan parut chicken pox.  

Boleh la gantikan calamine lotion tu dengan ni. Saya nak cuba nanti. 

1 comment:

Related Posts with Thumbnails