Friday, October 16

Dari Teater XD ke Cake Jalan Tiung

Ni kalau tak silap saya cuti jerebu lagi ni. Biasalah ni tempat favourite Dania. Kami pergi library Shah Alam lagi. Kali ni kami Sempat menonton teater XD. Bayaran sebanyak RM10.50 seorang. Waktu tayangan jam 10.30 pagi dan 2.30 petang ajer ya...

Perghhh masuk ajer dalam tu ala ala naik roller coaster tapi terpaksa berdepan dengan keretapi depan kita, laluan roller coaster yang rosak lepas tu roller coaster terjatuh dari tempat tinggi. Phewww action packed you alls. Ada kot saya menjerit sikit-sikit. Agak-agak seram pejam je lah mata tu....


Dania teruja nak tengok teater XD. 


Lepas tu saya ajak Dania pergi ke Cake Jalan Tiung yang baru buka branch kat Seksyen 13, Shah Alam. Kebetulan hari yang kami pergi tu memang ada soft launch sebab baru buka hari ini,,5 Oktober 2015. Saya order pavlova dengan air soda vanilla tapping tapir ni. Sedap juga rasanya. Vanilla, apple dengan kulit kayu manis. 


Cake Jalan Tiung di Seksyen 13, Shah Alam ni kecik ajer cafenya. 


Ni kaunter cake ni. Mana satu pilihan anda?. 


Cake ni namanya Persian Princess saya tapau 1 slice. Hubby lak suruh tapau. Ada ditaburkan kelopak bunga ros atasnya dan kekacang. Keknya ada rasa ros juga. Unik kan?. 


Kek ni kalau kita makan atau tapau, akan diletakkan caramel di atasnya. 


Kalau perasan kan....muffin belah kanan tu ada deco picagari. Dalam picagari tu nanti ada caramel. 


Ni nak balik dah ni. Tempat duduk kat Cake Jalan Tiung ni very limited. 


Cake Jalan Tiung Seksyen 13 terletak di dalam bangunan Menara NazaTTDI. Patut la berpusing juga area sini. Tak perasan dalam bangunan. Ingatkan kat deret kedai area Seksyen 13 ni. 


Bila la nak pergi Cake Jalan Tiung lagi ni. Teringin makan kek lagi....


Cake Jalan Tiung lagi satu terletak di atas Ani Sup Utara Seksyen 9, Shah Alam. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails