Khamis, Oktober 8

Cuti jerebu

Ni one of those cuti jerebu. Kami tak buat aktiviti outdoor tapi indoor.Because UPKK is around the corner, saya push Dania untuk study subject peperiksaan UPKK. Dalam daerah Petaling, Sekolah Rendah Agama Dania yang buat peperiksaan ni. Rupanya tak semua sekolah ada menjalankan peperiksaan ni. Sekolah yang lain cuma menjalankan peperiksaan PSRA sahaja untuk murid Darjah 6. 

Pergi lagi library Shah Alam. Dania suka sangat study kat sini jadi saya layankan jer walaupun library ni dalam 30 minit dari rumah saya. 


Cantik sungguh library ni mengadap tasik yang menghijau. Ni ambik photo selepas solat zuhur ni. 


Kalau lapar, jangan risau boleh ajer singgah cafe library. 


Ni area kanak-kanak ni. Ada TV, ada pokok besar ni. Kalau nak study kat sini tak sesuai lah. Nak santai-santai ok lah. Bebudak kat sini berlari-lari. Happy sungguh!. 


Ni opening hour Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. 


Saya rasa kalau nak pulangkan buku boleh drop kat sini...

Kami lunch kat Mee Ketam KL yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Sebelah kolej Unisel. Dania pilih bihun sup plain. 


Ummi pilih bihun sup ketam dengan extra ketam. Harga bihun sup ketam ni RM9.50. Tambah RM5 untuk seekor ketam lagi. Haaa....puas 2 ekor ketam. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.