Wednesday, October 21

Pertemuan dua sahabat

Nak cerita ni, baru-baru ni hari ahad ada kenduri kahwin anak saudara kawan saya Cik Normi ni. Ni lah sahabat saya macam belangkas kat UITM Terengganu. Pergi mana-mana pun sama. Kalau seorang takde mesti kawan-kawan tanya mana lagi seorang?. Kawan saya Cik Normi ni orang Kelantan jadi orang lain ingat saya ni pun orang Kelantan. 

Raja sehari ni anak saudara kepada Cik Normi ni lah. Anak kepada abang Cik Normi. Untunglah orang nama Cik ni. Dah kahwin pun orang panggil Cik jugak. Ni bagi idea semua adik beradik pakai baju warna merah ni mesti idea kawan saya ni. Cik Normi ni suka warna merah. Ye tak Mie?....



Center piece kat meja. 


Cantik hiasan di pelamin ni. Lighting di pelamin menyebabkan gambar di kamera saya jadi gelap pulak. 


Kek yang sangat cantik. Hiasan yang tak keterlaluan. Dipandang manis ajer. 


Majlis di dalam dewan orkid, PKPS Shah Alam ni majlis gabungan 2 keluarga pengantin pihak lelaki dan pihak perempuan.


Pengantin lelaki ni lah anak saudara kawan saya. Beliau panggil kawan saya tu Moksu (kawan saya tu anak bongsu) Pengantin lelaki namanya Muhammad Zimam Areeb dan pengantin perempuan ni namanya Nur Aqlima. Sama cantik, sama padan. Moga berbahagia dunia akhirat. Ameen. 


Tq Mie sebab jemput Ena sekeluarga!. 

1 comment:

Related Posts with Thumbnails