Jumaat, Oktober 9

Ke Heart & Soul bersama my Heart & Soul

Kebetulan hari ni hubby cuti jadi panjanglah langkahnya. Petang ajer ajak tea time. Saya pun mengikut ajer lah. Dania pulak kat sekolah rendah agama jadinya tak dapat la ikut sekali. Sebenarnya, bila hubby tanya nak minum kat mana? Saya bagi idea nak minum kat Zawara Coffee. Cadangnya memang nak gi Zawara Coffee tetapi.....

Disebabkan saya dah ternampak signboard bulat Zawara Coffee ni terus kami masuk Heart & Soul. Bila dapat menu saya ingatkan Zawara rupanya Heart & Soul. Ok....akhirnya kami decide nak minum sini je lah. Kebetulan Heart & Soul dan Zawara ni kedainya warna hitam la pulak. Takpe takpe next time lah makan churros kat Zawara. 


Rasanya kedai ni hidangan special adalah lobster. Tak hairanlah ada gambar chef dengan lobster. 


Deco dalam kedai ni unik. Siap ada kasut budak tergantung tu. 


Well well well i lay my eyes on that menu. Nak makan apa...nak makan apa....


Ambik gambar jap. 


Meja dan kerusi ni diperbuat daripada pallet rasanya. 


Dalam cafe warnanya agak suram. 


Vespa lama sebagai props dalam cafe. 


Ni recommended ni. Cheese French Fries dengan cili api. Perghhhhh.....


Tengok cheese ni....wallah.....


Caramel Latte buat saya. 


Hazelnut latte panas buat hubby.


Ni menu lobster.....


Ni menu untuk seleksi air....


Kalau tak nak western, ada je menu tradisional. 


Ni info Heart & Soul. 


Not only makan situ, kami tapau ni jugak. Nasi goreng lobster untuk saya. Harganya RM18.90. Rasanya sedap. Saya suka :-) 


Lobster ni diasingkan dan didatangkan dengan doritos. 


Ok...spaghetti ni favourite anak ummi ni. 


Hubby tapau kuay tiaw goreng. 


Sederet Bangi Sentral ni memang banyak kedai yang boleh shopping. Mata saya 360 darjah tu. Kalau nak cari jubah2 or tudung boleh la ke Bangi Sentral ni. Banyak butik well known jugak kat sini. 


1 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...