Isnin, Oktober 12

Ke Serabei kita...

Ni citer ada satu hujung minggu ni. Saya la yang bagi idea makan kat Ayer 8, Putrajaya. Jadinya kami 3 beranak pun menuju ke Ayer 8, Putrajaya. 

Jalan punya jalan kat sini, masuk kat Serabei Cafe ni. Saya ingatkan owner ni orang Sarawak sebab nama cafe ni Serabei. Rupanya owner orang Kelantan. Sekarang ni dah masuk list dalam Food Panda. 


Kaunter penyediaan makanan ni kecik ajer. 


Meja yang ditempatkan di dalam cafe ni pun sikit ajer. Namun impak daripada cermin ni membuatkan cafe ni nampak luas. Penggunaan cermin besar ni memainkan peranan. 


Inilah menu Dania dan hubby. Nasi putih dengan lauk ayam percik. 


Ni saya punya ni. Nasi kerabu ketam bercili. Lain sikit lah kan. Selalunya nasi kerabu dengan daging goreng ke, ikan ke....


Dessert pula vanilla sundae. 


Pisang madu dengan aiskrim. 



Dekat Ayer 8 ni pun ada butik tudung Nur Hannah. Haruslah singgah sini dulu. 


Tudung instant Syria ni memang saya beli banyak warna. Kali ni beli 2 ajer sebab before this dah borong banyak warna. Harganya boleh la ya kalau nak compare dengan Ariani ke, Pearl Haya ke. Kain ni cotton dan saya memang selesa memakainya. Yang penting kan tak panas. 


Deret ni RM20. 





Instant Shawl ni saya ada beli untuk Dania sehelai. Ada dwi tona hijau lembut dan pink. 


Basically, kita sebagai pengguna ada hak untuk memilih. Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ni kalau boleh jimat kita jimatlah. 

4 ulasan:

  1. Terliur gila baca entry ni, tmbh2 tgk ketam tu, yummehhh~~

    BalasPadam
  2. harga dia ok..harga masih boleh dibawak berunding dgn poket haha

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.