Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, March 9

Suka Duka Offline Contest

*****entry ni copy paste dari blog eyriqazz.com

Alhamdulilah, me diberi peluang sekali lagi untuk menulis di blog eyriqazz.com. Tajuk yang diberikan sangat dekat di hati me. Terima kasih eyriqazz.com kerana memberi tajuk ini. Izinkan me memberitahu yang me harap entry me ni dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca terutamanya kaum wanita.

Me bermula dengan contest ni actually bukan masa me dah dewasa. Masa me sekolah rendah, me masuk contest Panini. Kalau you alls nak tahu Panini ada contest melengkapkan buku sticker. Me ingat lagi buku me tu bertemakan haiwan. Senang ajer contest ni. Kena beli pelekat. Setiap satu pack tu ada sebanyak 5-10 pelekat so kena lengkapkan buku tu. Lepas lengkap terus hantar borang. Hasilnya me dapat hadiah saguhati berupa set alatulis Panini. Masa tu hadiah set alatulis dah buat me teruja.

Candlelight dinner untuk 2 orang hadiah me menang di Mix FM masa tu me masih single dan kerja di Kontena Nasional. Setelah me dah kahwin dan ada anak pulak tu, me cenderung nak masuk pertandingan bayi. Ada few contest yang anak me menang antaranya No. 3 Prince & Princess Contest anjuran Carrefour dan hadiah saguhati contest Parkson Fairy Tale.

Ada juga baby contest yang me masuk, kena vote kat facebook. Me pun email la kepada ramai orang. Sampai ada seorang ni cakap kat me ‘awak suka sangat masuk contest. Best sangat ke?’. Dalam pengalaman pahit tu ada juga pengalaman manis di mana me kenal my bff Suzi di alam maya. Suzi suruh me vote anak dier :-)  Ayu dan Mira juga me kenal di alam maya. Ibu blogger yang suka masuk contest.

Di alam contest ada masa kita tak menang apa-apa, ada masa kita akan menang sesuatu yang menarik. Bagi me pengalaman paling me tak dapat lupakan ialah apabila me menang kereta Mazda 3 dari Contest Alami Prestasi Sebenar P&G. Me tak sangka yang me menang hadiah ni. Mana mungkin me lupa sebab hadiah kereta yang me dapat ni diumumkan di facebook 2 hari selepas mama me meninggal.
mazda3
Majlis penyampaian hadiah pemenang Contest Alami Prestasi Sebenar di Bermaz Auto Petaling Jaya. Info di SINI

Rezeki akhir tahun lepas me dalam contest Palmolive. Me dapat shopping di AEONMidvalley selama sejam dengan Siti Saleha bernilai RM10,000. Seronok Dania sebab baju baru sekolahnya diacu di badan dengan Kak Siti Saleha. Info di SINI.

Shopping Spree Siti Saleha Palmolive019

Me juga pernah masuk segmen Ibu & Anak Sama Hobi dalam Majalah Keluarga Oktober 2012. Hobi kami anak beranak ialah suka masuk contest J

Keluarga Okt 2012021

Pada tahun 2009, pengalaman manis me kerana esei yang me tulis untuk Johnson & Johnson tu difilemkan dalam Telemovie Buih Buih Cinta yang disiarkan di TV9 dan TV3. Watak me dilakonkan oleh Lisdawati dan suaminya. Me dapat hadiah berupa pakej percutian untuk 4 orang ke Bali. Selain itu, me pun ada keluar di akhir telemovie itu selaku pemenang dan advertorial me keluar dalam 3 majalah antaranya Majalah Keluarga,

J&J017 
Nona

J&J1020
 Wanita

Me suka sangat contest yang perlu menulis esei diantaranya contest Johnson & Johnson, Dutch Lady, Jacob, Dumex. Ada diantara contest2 ini yang me menang hadiah utama dan ada yang me menang hadiah saguhati. Me rasa untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam contest supaya mencuba contest yang mereka gemari. Bagi me, me suka contest yang kena hantar gambar, esei dan contest berupa slogan.
Me sebolehnya elakkan contest yang memerlukan pembelian terbanyak. To be honest, kalau kita takde modal yang besar, jangan sesekali mencuba masuk peraduan jenis ni kerana me kenal ‘otai’ peraduan yang sanggup melaburkan ribuan ringgit untuk membeli bukti pembelian yang banyak.

Dutch Lady 018
Me dan anak me Dania dalam paper Star kerana hasil tulisan me tentang pengalaman anak masuk sekolah antara 3 pemenang utama. Motif pihak Dutch Lady untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa pengalaman menangani anak yang baru nak masuk sekolah.

Banyak cabaran yang perlu kita tempuhi jika kita mahu berjaya dalam contest. Me pernah tulis beratus borang peraduan sampai sakit tangan, dari segi kewangan sebab me tak kerja jadi me memerlukan sokongan suami ye tak. Adakalanya me kena tempuh hujan lebat dek kerana nak submit borang peraduan by hand sebab sudah kesuntukan masa. Ada juga kes di mana ada yang tidak puas hati di atas kemenangan me. Ini semua asam garam dalam bercontest. Itu tak masuk kena stay up sampai pagi dek kerana nak menulis borang peraduan.
Pa&Ma Okt 2010a022
Artikel me dalam Majalah Pa&Ma Oktober 2010 page 1

Pa&Ma Okt 2010b023
 Artikel me dalam Majalah Pa&Ma Oktober 2010 page 2

Pernah tak tengok cerita 3 Idiot lakonan Aamir Khan? Dalam cerita itu beliau ada menyatakan apabila kita buat apa yang kita minat, kita akan berjaya. Anda pun boleh berjaya jika buat apa yang anda minat.

Antara banyak-banyak contest, Contest Hari-Hari ni yang membuatkan banner me terpampang besar di Ole Ole Sha Alam.Ada kawan me area Shah Alam call me pagi-pagi cakap banner besar me kat Hari-Hari di Ole Ole Seksyen 19 Shah Alam. Yang me dukung tu anak saudara me yek. Hehe. Anak me pun masa ni kecik lagi.

Hari hari

Untuk berjaya, you alls kena ada minat. Rezeki ni maha luas kan. Adakalanya tak semua kita dapat. Kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Walaubagaimanapun rezeki kita semua dah ditentukan oleh yang maha esa.
Tips me :
1. Hantarlah borang peraduan lebih daripada 1, kalau lebih pun lagi bagus kerana peluang kemenangan itu lebih cerah.
2. Hantar pada awal pertandingan dijalankan. Jangan tangguh sebab khuatir kita akan lupa tentang contest itu.
3.  Study betul2 apa yang diperlukan oleh contest itu.
4. Ikut kemampuan kita dan jangan membazir. Bagi me, me masuk contest yang me guna barang tersebut.
5. Sentiasa merendah diri kerana ia membolehkan kita akan terus berusaha untuk berjaya.
Paling utama, kalau tak menang dalam sesuatu contest, jangan mudah putus asa kerana one fine day kita pula yang akan menang. Cuma cepat atau lambat ajer. Harap entry me ni dapat memberi inspirasi kepada semua.
* Entri ini adalah hasil nukilan dari Penulis Jemputan yang dijemput oleh Eyriqazz iaitu  Ezna Binti Ahmad Khalili  yang menulis  di http://www.eznakhalili.com/

7 comments:

  1. Sy plg suke ezna ckp merendah diri tu :-)
    N jgn ptus asa stuju sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. Kalau kita rasa kita dah hebat, kita tak akan ke mana.....kalau merendah diri kita akan mencuba + belajar lagi. :-)

      Delete
  2. Entry yg best..
    Part merendah diri & jgn putus asa tu saya suka
    Tq kak, share tips
    Walaupun saya ni bukan la comper pun
    Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh nad sama macam nana ;-). tapi yg merendah diri + tak putus asa boleh apply kat kehidupan kita juga ;-)

      Delete
  3. Tahniah Ezna selalu menang dlm contest..blh ambik inspirasi ni..hihi:)

    ReplyDelete
  4. cabaran saya pula di fb. kekadang ada fb friend yg mengeluh kaum lain anak emas di tempat kerja. Saya pula usaha menang contest di kalangan penduduk Malaysia yg berbilang kaum. Bila tunjuk result kemenangan di samping kaum lain, tak like pula utk tunjukkan sokongan tapi keluar hadis jangan kejar duniawi. haih... kalau gitu bagitaulah ahli sukan profesional jgn di kejar pingat dan hadiah duniawi. Lain org lain pemikirannya. Just do what you do at what you're good at, for you and family. Janji HALAL.

    ReplyDelete