Sabtu, Mac 23

Service kereta, rajin ke menunggu?

Masa hubby kat hospital baru ni, masa tu jugak kereta me tu kena service. Actually dah lebih beberapa km lebih dari sepatutnya. So nak tak nak, me pergi terus ke pusat service Volkswagen kat Glenmarie tapi kena buat appointment dulu. Slot kosong kena tunggu lagi seminggu. Me main walk in ajer. Jadinya terus pergi pusat service Volkswagen kat Balakong. Dekat dengan AEON Cheras. Me telefon dulu boleh hantar ke tak. Kang main pergi je tak leh service, buang masa je. Nasib boleh. So terus ke Balakong pulak.

Lounge yang sangat luas untuk kita berehat sementara kereta kita siap service.


Kena daftar kereta nak service kat sini la.


Ada tempat air dan biskut disediakan. Kalau service kat Glenmarie, siap ada bibik offer kek cawan lagi ha...


Me buat air Mocha then cicah dengan biskut ni :-)


Hantar pukul 10 pagi, pukul 1 petang baru siap. Jenuh jugak tu nak menunggu 3 jam. Kita service lagi 15,000km lagi la ye. Kalau jalan dekat2 ajer mau service setahun sekali atau dua kali ajer. Kereta me siap vacuum + basuh. Berkilat giteww ;-)



You alls kalau service kereta, siapa yang tunggu? First time dulu hubby service hari Sabtu. Now, me le kena ambil alih nak service kereta.

3 ulasan:

  1. I trust no one else with my car but me, myself and I . So I, yg tunggu. Hah ! Siap kasi Mocha skali. Cannot beat that ;PPP

    BalasPadam
    Balasan
    1. self service la lin lin hehe ;-) so mocha, milo or cappucino for you? hehe

      Padam
  2. sy yang pg service sendiri...huhuh...so bored..tunggu lama sangat...cantik kete akak...heheh

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...