Jumaat, Mac 1

Sangat santai memandu di Queensland

Kalau nak tau kan, masyarakat kat Queensland ni sangat bersopan santun ketika memandu. 1000 x lagi sopan dari pemandu kat Malaysia. Me rasa kalau orang Queensland ni memandu kat Malaysia sure terkena kejutan budaya. Leh sakit jantung dibuatnya. 

Sepanjang pantai ada signboard ini. Selalunya kalau me nak cross the road kat Malaysia, ada zebra crossing pun selalunya pemandu akan memandu laju. Lain pulak kat sini. Pemandu mereka akan memberhentikan kenderaan kalau ada orang melintas. Walau lama sikit mereka menunggu sampai line panjang, mereka akan tetap menunggu sehingga habis orang melintas. Pernah banyak kali me berhenti tak jalan jalan walau ada signboard ni kat area beach sebab fobia ngan cara memandu rakyat Malaysia. Pemandu kat sana siap suruh kami anak beranak lalu lagi....


Kat sesetengah Jalanraya ada laluan untuk basikal. Kawasan jalan mereka sangat luas. Pemandu mereka pun tak bawa gila gila macam sesetengah pemandu kat Malaysia ni. Kat Malaysia baru nak buat jalan untuk penunggang basikal kan.....Macam me rasa tak berapa sesuai pulak. Tengok keadaan jalan kat Malaysia yang berlubang-lubang boleh mengancam keselamatan penunggang basikal ni....Ehmmm....


Dari sekecil-kecil kenderaan sampailah kepada sebesar-besar kenderaan, Kebanyakkannya mematuhi undang-undang jalan raya. Ini yang menyebabkan pemanduan di Queensland sangat santai. Kalau kat Malaysia, nampak je truck pickup ala ala kat bawah ni, dengan lajunya dengan menciloknya....mesti AES kat sini tak banyak ambik gambar pemandu yang tak mengikut undang-undang jalan raya. Kalau kat Malaysia esp AES near Shell menghala ke Putrajaya, tak berhenti snap gambar pemandu....


Ada satu cerita. My hubby's friend yang kerja kat US dok memandu melebihi had laju pukul 6 pagi waktu US dengan harapan takde pihak berkuasa yang bekerja sebab awal pagi kan. Sekali kena tahan dari polis udara suruh memberhentikan kenderaan. Fuhhh dia kata ala ala cerita kat movie tu....

Nanti me cerita cara pemanduan kat negara-negara yang me pernah pergi yek....Ada negara yang me pernah pergi lagi terukkkk cara pemanduannya compare dengan Malaysia...

8 ulasan:

  1. kat UK pun sama mcm queensland..rasanya negara2 maju memang mentaliti diaorg lain dgn negara2 membangun...lebih civilised gitu..entah bila msia nak jd negara maju dari segi mentaliti ni

    BalasPadam
  2. Dan kalau kat Malaysia pemandu kat Penang paling teruk sikapnyer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. uikss ye ke?......ehmmmm....igt kot kat selangor ni yang teruk....

      Padam
  3. Dan kalau kat Malaysia pemandu kat Penang paling teruk sikapnyer...

    BalasPadam
  4. hope u enjoy the trip to queensland and enjoy our hospitality travelling with MH

    BalasPadam
  5. hope u enjoy ur trip in Queensland and our hospitality travelling with MH

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...