*****entry ni copy paste dari blog eyriqazz.com
Alhamdulilah, me diberi
peluang sekali lagi untuk menulis di blog eyriqazz.com. Tajuk yang
diberikan sangat dekat di hati me. Terima kasih eyriqazz.com kerana memberi
tajuk ini. Izinkan me memberitahu yang me harap entry me ni dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca terutamanya kaum wanita.
Me bermula dengan contest
ni actually bukan masa me dah dewasa. Masa me sekolah rendah, me masuk
contest Panini. Kalau you alls nak tahu Panini ada contest melengkapkan
buku sticker. Me ingat lagi buku me tu bertemakan haiwan. Senang ajer
contest ni. Kena beli pelekat. Setiap satu pack tu ada sebanyak 5-10
pelekat so kena lengkapkan buku tu. Lepas lengkap terus hantar borang.
Hasilnya me dapat hadiah saguhati berupa set alatulis Panini. Masa tu
hadiah set alatulis dah buat me teruja.
Candlelight dinner untuk 2
orang hadiah me menang di Mix FM masa tu me masih single dan kerja di
Kontena Nasional. Setelah me dah kahwin dan ada anak pulak tu, me
cenderung nak masuk pertandingan bayi. Ada few contest yang anak me
menang antaranya No. 3 Prince & Princess Contest anjuran Carrefour
dan hadiah saguhati contest Parkson Fairy Tale.
Ada juga baby contest
yang me masuk, kena vote kat facebook. Me pun email la kepada ramai
orang. Sampai ada seorang ni cakap kat me ‘awak suka sangat masuk
contest. Best sangat ke?’. Dalam pengalaman pahit tu ada juga pengalaman
manis di mana me kenal my bff Suzi di alam maya. Suzi suruh me vote anak dier
Ayu dan Mira juga me kenal di alam maya. Ibu blogger yang suka masuk contest.

Di alam contest ada masa
kita tak menang apa-apa, ada masa kita akan menang sesuatu yang menarik.
Bagi me pengalaman paling me tak dapat lupakan ialah apabila me menang
kereta Mazda 3 dari Contest Alami Prestasi Sebenar P&G. Me tak
sangka yang me menang hadiah ni. Mana mungkin me lupa sebab hadiah
kereta yang me dapat ni diumumkan di facebook 2 hari selepas mama me
meninggal.
Majlis penyampaian hadiah pemenang Contest Alami Prestasi Sebenar di Bermaz Auto Petaling Jaya. Info di SINI
Rezeki akhir tahun lepas
me dalam contest Palmolive. Me dapat shopping di AEONMidvalley selama
sejam dengan Siti Saleha bernilai RM10,000. Seronok Dania sebab baju
baru sekolahnya diacu di badan dengan Kak Siti Saleha. Info di SINI.
Me juga pernah masuk segmen Ibu & Anak Sama Hobi
dalam Majalah Keluarga Oktober 2012. Hobi kami anak beranak ialah suka
masuk contest J
Pada tahun 2009,
pengalaman manis me kerana esei yang me tulis untuk Johnson &
Johnson tu difilemkan dalam Telemovie Buih Buih Cinta yang disiarkan di
TV9 dan TV3. Watak me dilakonkan oleh Lisdawati dan suaminya. Me dapat
hadiah berupa pakej percutian untuk 4 orang ke Bali. Selain itu, me pun
ada keluar di akhir telemovie itu selaku pemenang dan advertorial me
keluar dalam 3 majalah antaranya Majalah Keluarga,
Nona
Wanita
Me suka sangat contest
yang perlu menulis esei diantaranya contest Johnson & Johnson, Dutch
Lady, Jacob, Dumex. Ada diantara contest2 ini yang me menang hadiah
utama dan ada yang me menang hadiah saguhati. Me rasa untuk mereka yang
baru nak berjinak-jinak dalam contest supaya mencuba contest yang mereka
gemari. Bagi me, me suka contest yang kena hantar gambar, esei dan
contest berupa slogan.
Me sebolehnya elakkan
contest yang memerlukan pembelian terbanyak. To be honest, kalau kita
takde modal yang besar, jangan sesekali mencuba masuk peraduan jenis ni
kerana me kenal ‘otai’ peraduan yang sanggup melaburkan ribuan ringgit
untuk membeli bukti pembelian yang banyak.
Me dan anak me Dania
dalam paper Star kerana hasil tulisan me tentang pengalaman anak masuk
sekolah antara 3 pemenang utama. Motif pihak Dutch Lady untuk memberi
pendedahan kepada ibu bapa pengalaman menangani anak yang baru nak masuk
sekolah.
Banyak cabaran yang perlu
kita tempuhi jika kita mahu berjaya dalam contest. Me pernah tulis
beratus borang peraduan sampai sakit tangan, dari segi kewangan sebab me
tak kerja jadi me memerlukan sokongan suami ye tak. Adakalanya me kena
tempuh hujan lebat dek kerana nak submit borang peraduan by hand sebab
sudah kesuntukan masa. Ada juga kes di mana ada yang tidak puas hati di
atas kemenangan me. Ini semua asam garam dalam bercontest. Itu tak masuk
kena stay up sampai pagi dek kerana nak menulis borang peraduan.
Artikel me dalam Majalah Pa&Ma Oktober 2010 page 1
Artikel me dalam Majalah Pa&Ma Oktober 2010 page 2
Pernah tak tengok cerita 3
Idiot lakonan Aamir Khan? Dalam cerita itu beliau ada menyatakan
apabila kita buat apa yang kita minat, kita akan berjaya. Anda pun boleh
berjaya jika buat apa yang anda minat.
Antara banyak-banyak
contest, Contest Hari-Hari ni yang membuatkan banner me terpampang besar
di Ole Ole Sha Alam.Ada kawan me area Shah Alam call me pagi-pagi cakap
banner besar me kat Hari-Hari di Ole Ole Seksyen 19 Shah Alam. Yang me
dukung tu anak saudara me yek. Hehe. Anak me pun masa ni kecik lagi.
Untuk berjaya, you alls kena ada minat.
Rezeki ni maha luas kan. Adakalanya tak semua kita dapat. Kita perlu
berusaha untuk mendapatkannya. Walaubagaimanapun rezeki kita semua dah
ditentukan oleh yang maha esa.
Tips me :1. Hantarlah borang peraduan lebih daripada 1, kalau lebih pun lagi bagus kerana peluang kemenangan itu lebih cerah.
2. Hantar pada awal pertandingan dijalankan. Jangan tangguh sebab khuatir kita akan lupa tentang contest itu.
3. Study betul2 apa yang diperlukan oleh contest itu.
4. Ikut kemampuan kita dan jangan membazir. Bagi me, me masuk contest yang me guna barang tersebut.
5. Sentiasa merendah diri kerana ia membolehkan kita akan terus berusaha untuk berjaya.
Paling utama, kalau tak menang dalam sesuatu contest, jangan mudah putus asa kerana one fine day kita pula yang akan menang. Cuma cepat atau lambat ajer. Harap entry me ni dapat memberi inspirasi kepada semua.
* Entri ini adalah hasil nukilan dari Penulis Jemputan yang dijemput oleh Eyriqazz iaitu Ezna Binti Ahmad Khalili yang menulis di http://www.eznakhalili.com/
Sy plg suke ezna ckp merendah diri tu :-)
BalasPadamN jgn ptus asa stuju sgt
terima kasih. Kalau kita rasa kita dah hebat, kita tak akan ke mana.....kalau merendah diri kita akan mencuba + belajar lagi. :-)
PadamEntry yg best..
BalasPadamPart merendah diri & jgn putus asa tu saya suka
Tq kak, share tips
Walaupun saya ni bukan la comper pun
Hihihi
wahhh nad sama macam nana ;-). tapi yg merendah diri + tak putus asa boleh apply kat kehidupan kita juga ;-)
Padamvery inspiring :)
BalasPadamTahniah Ezna selalu menang dlm contest..blh ambik inspirasi ni..hihi:)
BalasPadamcabaran saya pula di fb. kekadang ada fb friend yg mengeluh kaum lain anak emas di tempat kerja. Saya pula usaha menang contest di kalangan penduduk Malaysia yg berbilang kaum. Bila tunjuk result kemenangan di samping kaum lain, tak like pula utk tunjukkan sokongan tapi keluar hadis jangan kejar duniawi. haih... kalau gitu bagitaulah ahli sukan profesional jgn di kejar pingat dan hadiah duniawi. Lain org lain pemikirannya. Just do what you do at what you're good at, for you and family. Janji HALAL.
BalasPadam