Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, October 18

Bila pegi nursery

Salam semua. Lama dah tak berupdate blog i ni. Tuan blog sangat tak sihat sampaikan nak tengok screen lappy ni pedih mata. Mata jadi senang pedih. Jadi i off kejap alam blogging ni walaupun sangat rindu. Terima kasih pada mereka yang menghantar sms menanyakan kenapa i sepi?. Tak sangka pulak i ada yang sedar kenapa i sepi. Terima kasih. I tidak ke mana. Hanya di rumah. Alhamdulilah kesihatan i semakin baik. Okay i ada pergi ke Sg Buloh untuk membeli rumput untuk kawasan rumah i. Agak mengelirukan juga kerana jalan ke sana telah berubah. Maksud i jalan ke Hospital Sg Buloh telah berubah menjadi jalan besar dan kawasan sekeliling sudah ada Universiti Teknologi Mara (I tak perasan sehinggalah Dania tunjuk....ummi tempat ummi belajar dulu....), ada apartment asrama.

Puas kami berpusing pusing mencari nursery bunga yang kecil kecil seperti dulu. Terjumpa akhirnya. Kami singgah ke nursery yang kecil ini. Wah under estimate lah i. Walau kecil nursery ni, pokok yang i cari semua ada. I cari pokok yang jarang orang tanam seperti pokok ulam raja, pokok markisa ada (I suka beli set kombo Aunty Anne's Pretzel dengan air Markisa), pokok vanilla, bunga lavender (suka sebab warna purple), bunga kenanga yang wangi.....

Akhirnya hubby membeli rumput Filipina, pokok cili api dan pokok cili merah. Dania i biar dia pilih nak tanam pokok apa. Akhirnya Dania memilih marigold. I tak tau pun marigold tu bunga tahi ayam. Hehehe. Sehinggalah pekerja Indon di situ kata ini marigold atau bunga tahi ayam. Terer la Dania speaking London. Sambil tunggu rumput diambil, i jalan2 di nursery tu. Terjumpa dengan pokok kedondong pula. Apa lagi i angkat 1. I beli pokok kedondong saiz kecik je. Hehe....tambahan hubby kata pokok kedondong @ amra (bhase kedah) senang tanam dan nak jaga. Kebetulan, i suka juga buah masam2 ni. I ternampak ada banyak buah kedondong kat pokok besar, minta izin kat pekerja ni untuk i petik bawa balik. Dapat je green light, i petik 2-3-4 biji. Selamba sungguh!!!....Balik rumah terus layannnn......he he he......

Buah kedondong yang dipetik di nursery

Buat cicah kicap yang ditambah cili api dari pokok yang dibeli. Cili api pedas giler.....wonder why hubby boleh cakap tak pedas pun????


10 comments:

  1. salam Ezna..lamenye tak singgah cni smpai ezna tukar template baru pon tk perasan..huhu..n sori gak sbb baru tau ezna tk sihat weken lepas ye..

    nway, macam2 beli pokok tuh..syoknye nk tanam pokok sndiri..mcm sy mmg tak reti bab tanam2 n jaga2 pokok nih..huhu

    ReplyDelete
  2. @lily azliyana @ mama zara

    Salam mama zara. Ha selamat datang ke template baru :-) Memang ada juga pokok tak reti nak tanam. Sebab sume pokok lain cara tanamnya. I tanya cara nak tanam dengan nursery ni. Masa pokok kecik ni rasa biasa je tapi bila mula menampakkan hasil.....wah boleh buat makan sendiri tu. Masa tu mesti bersemangat nak tanam pokok lain pulak.

    ReplyDelete
  3. bestnya dpt tanam mcm2 pokok kat umah baru tu :)
    nanti me pegi umah u thn dpn, dh hijau lah pokok2 tu semua :)
    glad to hear that u dh sihat :)

    ReplyDelete
  4. @Mama Zharfan

    alhamdulilah. tapi tak fit betul2 lagi. Cuma i rasa lebih sihat dari sebelumnya. Sebelum ni selera makan takde!!!....i paksa je makan....sekarang slowly la. Kalau tak makan, lagi lemah...

    ReplyDelete
  5. aduhai kecur air liur tgk..mcm mengidam pulak kan..erm dahlama tak makan buah nie

    ReplyDelete
  6. @Intan Inn

    Err tak payah tunggu mengidam pun memang dah terasa kecur air liur...

    ReplyDelete
  7. ingatkan nursery apa tadi.. selamat bercucuk tanam
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  8. salam k.ezna.,
    akak xsihat rupanya..syafakillah..
    hari2 saya bukak blog akak..sejak 11 okt hari tu lah kan...
    hairan jgk..nape akak 'berdiam diri'..:)
    ok..moga terus sihat ye kak..:)

    ReplyDelete
  9. Salam dear,

    Ya allah...terima kasih dear kerana baca blog akak :-) Happy ada orang macam awak ni...terima kasih banyak2 dear. Alhamdulilah dah semakin sihat!!! Nama anonymous je tak taruh nama sebenar....

    ReplyDelete