Selasa, November 18

Kereta Porsche terbakar

Semalam masa saya on the way balik dari IOI City Mall (ada barang nak beli) menuju ke Fakulti Pertanian, UPM. Susur nak masuk UPM tu jam la pulak. Ini luar biasa sebab susur tu jarang la jam. Dekat 15 minit juga nak masuk susur tu. 

Rupa-rupanya ada kereta Porsche yang terbakar di Jalan Sungai Besi berdekatan UPM. Kawasan berpokok tu kawasan main campus UPM. 1 lane terpaksa ditutup sebab api tengah marak kat depan kenderaan. Dah la masa tu saya nak lalu berdekatan dengan kereta tu sebab saya nak ke Fakulti Pertanian. Fakulti Pertanian opposite main campus ni. Kena lalu jalan dalam. 

Masa ni Dania yang ambikkan gambar lepas saya pick up kat Fakulti. Ikutkan saya lalu Jalan Ikram-Uniten tu nak balik rumah tapi sebab nak tunjuk Dania kereta terbakar ni. Nampak dah ada bomba tiba dan kereta tu dah terpadam pun apinya. Kereta area situ masih bergerak perlahan. Maknanya insiden ni je depan IOI City Mall tu dah start jam dah. 


Laluan di sebelah sana tu jam la disebabkan insiden ni. 


Kereta yang terbakar tu warna putih tu di hadapan tu. 


Tadi masa saya lalu kat sana, Bomba tak datang lagi cuma staff lebuhraya je. 


Moga pemandunya selamat. Kalau dah kereta Porsche ni terbakar di bahagian enjin....hmmmm mungkin total loss ke keretanya?. Kereta tu pun bukan murah harganya.....kategori mahal juga tu. 


***Gambar semuanya diambil oleh Dania ya sebab saya sedang memandu. 



XOXO,
Ezna

11 ulasan:

  1. rasanya boleh claim insurance tu...hrp2 driver selamat la semuanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Suzz...tapi nak repair kereta yang terbakar...nanti bila jual balik rendah sikit la market value.

      Padam
  2. Semoga dipermudahkan urusan... Dekat MRR2 pun ada accident, besi ECRL hempap kereta :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah ada tengok videonya PH. Seriaunya. Memang tepat je jatuh ke dia.

      Padam
  3. Kereta mahal gini mudah terbakar. Banyak dah kes.

    BalasPadam
  4. Banyak betul kereta yang terbakar sekarang. Risau. Semoga pemandunya selamat dan dipermudahkan urusannya. Bukan murah kereta tu..

    BalasPadam
  5. Selalu jugak terbaca dekat akhbar kereta Porsche terbakar. Agaknya enjinnya tak sesuai dalam iklim Malaysia kot. Apapun mesti insurans kereta tu cover utk kerosakan macam ni.

    BalasPadam
  6. Boleh claim insurance...harap drivernya selamat la...

    BalasPadam
  7. Ya Allah, semoga selamat drivernya yaaaaa. Laju sangat kah bawanya, hingga tertabrak dan terbakar 😔.

    BalasPadam
  8. uish..scary tu. apa la punca agak2 kann

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Welcoming Freshies

Hari jumaat dah prep untuk welcoming freshies ni jadi today is the day.... Ada beberapa aktiviti yang dijalankan untuk mengeratkan perhubung...