Nak juga ada entry kelas pertama untuk semester baru 2025/2026 pada 13 Oktober 2025. Hari pertama kelas ni ada subjek Animal Reproduction dan Animal Genetics. Dengar subjeknya pun macam gerun pulak ummi ya. Petang patutnya ada subjek Basic Animal Nutrition tapi Dr tu ke Beijing pulak. Ada 4 kawan sekelas bertukar program ke Dr Perubatan Veterinar pulak. Dekan Fakulti Veterinar ada memanggil beberapa pelajar Animal Science untuk interview ke program Veterinar masa Semester 2 sebelum ni. 4 orang berjaya. Ini pertama kali Dekan Veterinar offer pelajar Animal Science dan meminta pelajar yang terpilih untuk belajar bersungguh-sungguh. Ye lah nak jadi seorang Dr Haiwan ni bukan perkara mudah.
Dania kata Animal Science pun dah pening kepala....Veterinar tu double triple susah la kan....rezeki la kan. Kena tambah 5 tahun la ya (Dr Perubatan Veterinar ni programnya 5 tahun). Walaupun ada potong kredit tapi memang tetap tak akan sama grad dengan kawan-kawan satu batch. Dah kiranya jadi macam Dania la tukar program pengajian. Hanya mereka yang nekad nak bertukar je boleh.
Dania untuk semester baru ni ada 3 lab kena pergi iaitu Nutrition Lab, Pasture Lab & Dairy Lab. Haaa pelajar sains kan....banyak la lab nya....
Saya sempat snap juga gambar Dania walaupun dah 3 minit lewat dah ni. 😅
Ada tote bag Typo juga untuk 3 kawan sekelas Dania. Moga bersemangat untuk belajar semester ni. Pastu setiap seorang dapat sticky notes jugak.
Seronok bila kawan-kawan Dania ni happy. Letak sini supaya boleh track balik apa yang dihadiahkan....nanti next time kita tukar pulak gift yang lain. Insya Allah kalau aunty dimurahkan rezeki lagi....😊
XOXO,
Ezna
hadiah2 tu semua cute! moga dipermudahkan urusan study dunia, berkat dan asbab uminya rajin bagi hadiah (buat kwn2 dania happy!)..UPM lewat seminggu start sem berbanding uia. kat uia now dh 2nd week minggu ni...dan yes, zharfan kata semua subject semakin susah now..dh 2nd year of study, memang lumrah laaa... have a nivce day ezz!
BalasPadamTq Suzz....I pilih sebab I rasa comel sangat. UPM ni banyak yang lewatnya Suzz. Masuk lewat, exam result pun keluar lewat jugak.
PadamYa subjek semakin susah. Zharfan & Dania dah Year 2 ni kena struggle la. Moga Allah permudah pembelajaran kedua mereka ya Suzz.
Moga hari you baik2 ajer hari ni Suzz :)
Alhamdulillah...Semoga semua trus brsemangat nk belajar..Amin
BalasPadamSaya ni mmng tak boleh la dgn subjek sains2 ni. Kita jiwa seni 🤣
BalasPadamSalute dgn dania dan pelajar yg upgrade course veterinar tu
Selamat belajar kembali Dania..seronok la kawan- kawan Dania..Ummi Dania pemurah...semoga dimurahkan rezeki ye Ezna..
BalasPadam