Saya telah membuat temujanji di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18. Berdekatan dengan sekolah Dania dulu kat SMK Putrajaya Presint 18 (1). Alahhh masuk 2 minggu je kot...😅
Apa yang perlu dibuat jika tiba di Klinik Pergigian ni?
1. Click check in kat dalam MySejahtera kemudian scan QR Code di Klinik Kesihatan.
2. Isi borang kemudian, pegawai akan minta kad pengenalan dan buat pembayaran sebanyak RM1. Kita juga akan diberikan nombor.
3. Nombor akan dipanggil untuk mengambil tekanan darah. Tekanan darah saya tinggi sebab saya berjalan 750 meter ke Klinik Kesihatan ni. Parking jauh beb sebab parking dah penuh. Tiba Klinik dengan mengah sikit la. 😅. No choice la kan....
4. Lepas tu tunggu pula nombor kita dipanggil ke bilik rawatan.
5. Selesai rawatan, berikan kad yang diberikan oleh Dr untuk membuat bayaran di kaunter.
6. Selesai buat bayaran memang selesai la.
***Bayaran hanya menggunakan kad ya. Tak ada bayaran tunai.
Dr yang merawat saya tu muda lagi haaaa namanya Dr. Wong graduan dari Mahsa University. Saya ingatkan assistant nama Aiman yang Dr. Hehehe....Bila dah baring kat kerusi tu, Dr. Wong check la gigi saya. Saya nak buat penskaleran (scaling). Kita akan disuruh berkumur dan diberikan cermin mata. Dr. Wong pun buat la kerjanya scaling gigi saya. Adeh.....nyilu jugak la tapi saya tahan je. Last scaling bulan June 2024. Ni dah bulan Oktober 2025. Paling cun buat scaling ni 6 bulan sekali ya. Lepas selesai tu berkumur dan berikan balik cermin mata tu.
Bayarannya??? Penskaleran kat Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan ni cuma RM2. Untungnya la. Kerajaan tanggung la kot kan selebihnya.
Total semua yang saya bayar cuma RM3. 😊. Total masa dari saya tiba sehingga selesai rawatan ni tak sampai 1 jam. Mungkin sebab orang pun tak ramai kat sini.
Ni lah laluan balik saya ya....kena hadap lagi 750 meter. Total semua 1.5km tudiaaaa....
Saya parking berdekatan dengan Pusat Futsal ni. Hairan juga kenapa kedai makan kat sini boleh tutup. Kalau pergi ada je orang.
Bagaimana nak buat temujanji di MySejahtera?.
2. Click Appointments
3. Book an appointment for ~nama kita~
4. Scroll sehingga bahagian bawah 'Dental Check Up'
5. Dia akan showing results based on your current location
6. Pilih Klinik Pergigian Di Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan anda
7. Next available slots akan terpampang, kemudian click la masa yang sesuai.
Ok dah....sehari sebelum akan ada prompt dari MySejahtera untuk mengingatkan appointment yang telah dibooking. TAPI......nak dapatkan slot ni bukan mudah juga....memanjang je slot penuh. Bila dah murah macam ni orang pulak ramai la nak menggunakan perkhidmatan kat Klinik sini kan?. Apa pun saya bersyukur sebab saya cuma keluarkan RM3 untuk mendapatkan perkhidmatan penskaleran. Kena sebut ni juga sebab saya first time tahu perkataan ni bermaksud scaling.
Anda dah buat dental check up?
XOXO,
Ezna



Saya pernah juga tampalan gigi kat KK jugak Kak Ezna..masa tu dapat slot booking guna MySejahtera...
BalasPadamNak repeat lagi tapi time yang available tak kena dengan waktu kerja..last sampai sekarang tak pergi-pergi lagi😅
Ye lah timing dia tu memang kadang tak ngam la.
PadamWahhhh..Berbaloi sungguh ni sis..=D
BalasPadamYa cuma RM3 untuk scaling gigi.
PadamKalau buat kat klinik gigi swasta tentu mahal ya amat
BalasPadamMau ratus2 Wak. Kat sini cuma RM3. Bersyukur saya....
PadamAlhamdulillah selesai dgn mudah dan murah :D
BalasPadamNak dapatkan appointment tu yg susah kan , kena battle hehe
Baru tahu term dlm BM utk scaling ni :)
Ye pun baru dengar ayat ni. Idak panggil scaling je. Tapi tips dia....PH check awal pagi. Kalau boleh setiap hari la nak dapatkan slot.
PadamTercari2 jugak maklumat macamana nak buat appointment dekat klinik gigi kerajaan ni. Terima kasih sis Ezna atas perkongsian ni 😊
BalasPadamSama-sama Carneyz :)
PadamPernah check gigi sekali jer di Klinik Kesihatan Kerajaan.. Terus ditampal time tu jugak.. Ok nak follow cara nak appointment di sini lah.. 👍🏻
BalasPadammemang sgt jimat la ezz. berbaloi2!
BalasPadamoo murah giler...swasta kadang rm120 . thank you share cara nak booking. baru tau.
BalasPadamtiap bulan scaling sebab pki braces. ni dh buka kena buat tiap 6 bulan la cam dulu
Belum pernah buat kat KK sebab nak kena ambil cuti huhu....
BalasPadam