Jumaat, Oktober 31

Nak pick up di shopping mall

Mulanya nak pergi IOI City Mall lepas hantar Dania ke kelas petang. Dania ni pantang kalau kata nak pergi IOI City Mall dia mesti nak mengikut. 😅. Tak sampai hati pulak jadi kita pergi lepas ambik Dania kelas petang la. 


Ni lepas ambik box kat Cotton On Kids, IOI City Mall. Saya ada pesan barang melalui online tapi nak pick up di IOI City Mall la. Nak suruh hantar terus ke rumah pun boleh tapi kalau pick up ni kos pos murah la sikit lagi pulak boleh dijadikan alasan nak jalan dalam ni. Hehe. 


Dah jalan-jalan singgah pulak makan croffle kat Madam Croffle. 
Dania pilih Pumpkin Yakgwa Croffle with ice cream. 


Saya pilih Original Croffle. Selalunya apa pun yang original selalu jadi pilihan. 


Lepas tu singgah Lotus's nak beli kek ni. Butter Cake SCS yang saya citer rasanya sebijik kek cawan arwah nenek saya. Bagi saya kek ni kiranya macam nostalgia saya masa kecik la. Dia tak manis sangat. 


Ni lah barangan yang saya beli untuk Dania....Actually sebahagian untuk diagihkan kat kawan Dania sempena hari jadi 7-11 nanti 😊. Kiranya dapat 1 la marker tu. Kat Typo ada sale kalau beli online. Buku nota meow tu berharga RM5. Highlighter ni pula 1 set ada 2 highlighter yang mengikut tema iaitu Chocolate, Pasta dan Cookies. Harga 1 set (2 highlighter) berharga RM15. Uniknya highlighter ni sebab kat bawah tu ada cop mengikut tema highlighter. Berry Sweet tu ada cop strawberry, Cookies Cream tu ada cop cookies dan Pasta tu cop pasta berbentuk ribbon. Eh comel sungguh la. Bila nampak benda comel dan harganya ok time tu saya pun beli la. Kalau girls tu boleh la dia hias nota tu cantik2 guna highlighter ni. 

Bila bagi Dania barang ni memang Dania suka....thank you ummi....comelnya especially highlighter ni. 

 

Kalau minat nak tengok ni website dia https://cottonon.com/MY/ 1 website boleh beli di Cotton On, Kids & Typo. Typo ni selalunya dekat nak Christmas ni selalu ada promosi yang menarik. 




XOXO,
Ezna

10 ulasan:

  1. kan...original flavour selalunya yg paling best. dulu masa makan KFC pun selalu pilih orginal banding dengan spicy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau KFC, betul....yang original jadi pilihan.....setuju!

      Padam
  2. Anak-anak gegirl memang suka benda-benda macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul.....nak bagi kat anak2 gegirl la nanti....

      Padam
  3. Comelnya highlighter...boleh meleka guna cop belakang tu hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe memang ya pun....bolehlah cantikkan nota tu....hehe

      Padam
  4. Kita mak² ni selalu pilih original la apa pun kan... Anak² advance sikit pilihan mereka, suka mencuba pun iye.
    Cute la marker pen tu...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Nak pick up di shopping mall

Mulanya nak pergi IOI City Mall lepas hantar Dania ke kelas petang. Dania ni pantang kalau kata nak pergi IOI City Mall dia mesti nak mengik...