Saya banyak kali terima pertanyaan dalam IG tentang pembelajaran di UPM dan kebanyakkan mereka kata ada baca blog saya. Hmmm nampaknya bagus juga la perkongsian dalam blog ni kan....
Ada seorang student ni tanya pasal Animal Science kat blog. Memang dia minat nak masuk course ni. Animal Science dia letak pilihan kedua sebab saya ada bagitahu jika CGPA strong boleh letak No. 1 sebab lazimnya course Animal Science ni orang akan letak No. 2 dan No. 1 letak Doktor perubatan veterinar. Kalau Doktor perubatan veterinar ni CGPA mestilah 3.50 ke atas. Ni pun dapat tahu bila lecturer tanya kat kelas Dania. Rata-rata nak jadi seorang Vet.
Ok...nak dijadikan cerita Emiizzqasdina ni tak sabar nak bagitahu saya yang dia dapat UPM walaupun bukan Animal Science. Emiizz dapat course di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM pilihan keempatnya. Sekarang ni kebetulan student baru tengah orientasi kat dewan besar dan saya dan Dania plan nak jumpa Emiizz depan dewan.
Masa jumpa tu hari jumaat dan banyak la bas depan dewan ni nak ambik student lelaki dan bawa ke Masjid UPM untuk solat Jumaat.

Ikutkan nak bawa Emiizz jap keluar makan dengan Dania tapi sebab dia kata kena dekat2 sebab fasilitator tak bagi keluar mana-mana.
Kawan sebilik Emiizz yang ambil gambar ni.
Ada la saya bagi gift kat Emiizz yang boleh digunakan juga kat UPM ni.
Dania dan 'adiknya Emiizz'. Hehe. Kalaulah Emiizz ni dapat Animal Science tentu la Dania boleh guide nanti. Raut wajah lembut pasti berlemah-lembut dengan haiwan juga. Tapi takpe....allah dah tentukan path untuk Emiizz kan....
Bergambar sekali pulak. Tengok Emiizz pegang tangan saya....macam dah kenal lama kan?. 😅. Peramah sangat Aunty Ezna kot.
Saya ada cakap kat Emiizz bagitahu mamanya tentang saya. Nak tengok muka saya tunjuk je IG saya sebab ye lah zaman sekarang ni kena berhati-hati juga. Siapa pulak Aunty yang tiba-tiba baik dengan anak kan?. Emiizz kata dah cerita tentang saya kat mamanya. Tu yang saya bawa Dania sekali sebab tak nak la mama Emiizz ni kata nak mengapa-apakan anaknya ke apa....nak culik ke.....mana la tahu kan....kita pun mesti curiga bila ada tiba2 seorang yang tak dikenali baik dengan anak kan....apa motifnya?.
Tapi....dengan saya insya allah.....semuanya pasti ok...hehe....
Emiizz kata gambar dia yang ni ok sikit....ok Aunty setuju sebab lighting sangat memberi kerjasama. 💜
Inilah gift yang saya belikan untuk Emiizz. Tote bag warna pink lily & iced matcha dari Typo dan sticky notes comel. Berbaloi beli tote bag ni sebab online Typo hari tu harganya RM20. Harganya sekarang RM45. Samalah juga dengan harga pencil case untuk kawan-kawan Dania tu dapat dengan harga RM15/pencil case. Idak harga asalnya RM30-RM40.
Moga Emiizzqasdina belajar dengan bersungguh-sungguh ya. Nanti kita makan sekali dengan Kak Dania ya. 😊
XOXO,
Ezna
Happy weekand..and happy nice day with you friends
BalasPadammoga dipermudah urusan pengajian mereka ..aminn
BalasPadam