Tak habis lagi cerita hantar Dania ke tempat kerja ni. Masa kami pergi makan tu....angin punyalah kuat sampai kalau pakai hijab tu kena pegang. Idak melayang naik la hijab kita ya.
Makanan yang kami makan kat Presint 16 tu ialah :
Dania dengan nasi dagang. Memang makanan favourite Dania dan saya takdelah suka sangat pun.
Hubby pilih nasi kerabu dan saya bihun je. Masa ni bukan setakat angin je kuat. Kena tempias lagi walaupun kami kat dalam tempat berbumbung.
Selesai makan, kita hantar Dania ke tempat kerja la ya. Muka ni bukan menangis tapi dok gelak. Entah kenapa gelaknya sampai nak menangis ha....boleh tengok kat tingkap hujan lebat tu.
Setakat hari ni Dania dah berehat kat rumah dah la sementara nak menunggu masuk. Sepupunya Sofiah dah selamat jadi mahasiswa / mahasiswi UIA, Gombak. UIA ni juga Top 3 pilihan Dania masa Asasi dulu tapi Dania dapat pilihan pertama ke UPM. Alhamdulilah.
Ezna
hari ni 1st day new sem kat uia! tadi my first lecture (torts law) pukul 9-10 am. done now!! esok kelas 10-11 am plak (contract law).. UPM start kelas lewat sikitlah yer dari uia? all the best utk dania!
BalasPadamYa Suzz. Sekarang ni student baru masuk dan tengah orientasi. 13 Oktober baru start kelas. All the best untuk you juga Suzz mengajar student baru dan lama.
Padam