Perjumpaan dan kek ice cream

Ada perjumpaan makan-makan bersama adik2 kat Marriott Putrajaya pada 12 Mei 2018 baru-baru ini. Adik yang pilih tempatnya. Ikutkan adik cakap Kekna la suggest. Masalahnya 'Kekna' ni buat diam je 😝😝😝. Selalu saya yang rajin suggest tempatnya. Entah macamana kali ni slow sikit. 

Masa petang tu singgah la Alamanda. Hubby nak pegi cari baju melayu kat Omar Ali. Senang beli awal2 so that ada size dan warna yang diinginkan nak padankan dengan warna baju kurung saya dan Dania. Kalau beli last minute mesti size dan warna pun banyak takde. Beli awal-awal orang pun tak ramai kat kedai. 

Omar Ali tu memang dekat sangat dengan Baskin Robbins. Saya kata nak beli la untuk malamnya. Boleh celebrate awal since birthday Ena nanti jatuh 1 Ramadan (17 Mei 2018). Dania pun kemain cucuk-cucuk ayah dia soh beli yang besar. Dania nampak lagi teruja dari ummi dia. 😆😆😆

Ni la kek yang dipilih perisa Love Potion. Ice Cream cake ni perisa raspberry. Atas kek ni macam-macam perisa ice cream. Tak sure ice cream perisa apa kecuali kalau ada perisa cotton candy. Kalau  beli kek kat Baskin Robbins ni dan share video Baskin Robbins kat facebook yang ada Amyra Rosli dengan teddy bear, dapat 1 scoop ice cream free. Saya pun share-lah. Dapat la 1 scoop ice cream untuk Dania. 


Makan-makan ni diadakan di Marriot Putrajaya. Syok juga sekali-sekala bertemu adik-adik dan adik ipar mesti banyak cerita-cerita nak dikongsikan tapi kan macam tak banyak la seleksi makanan kat sini. Pusing-pusing eh eh terjumpa jalan yang sama. 😙😙😙


Macam-macam gaya dan rupa. Ada yang tak nak tengok camera. 



Kek setelah diletak Happy Birthday dan Happy Mother's Day stick. 


Video nyanyian harijadi dengan pemuzik dari Hotel Marriott Putrajaya. Penyanyi utama macam orang Filipina. 


Dania dengan sepupu paling kecik Adam Eerfan. Eerfan request nak duduk sebelah Kak Dania tapi malu2. 


Baru pandang camera setelah ummi dia bising. 😅😅😅. Kak Dania pun layankan je la. 


Kena buat gathering lagi lepas puasa ni. 

Comments

Post a Comment

Translate

Popular Posts