Selasa, Mei 1

Bila kereta meragam

Hari yang Dania ada sukan tu pada 21 April 2018. Lepas ambik kat stadium UKM (Sukan sekolah Dania buat kat Pusat Sukan UKM). Terus la menderu dari Bangi ke Glenmarie sebabnya nak hantar kereta ni untuk inspection sebab aircond tak berfungsi dengan baik. Langsung tak keluar wap sejuk ok 😢😢😢. All the way tu memang buka tingkap sikit nak bagi angin masuk tapi tau je lah dengan keadaan musim panas yang melampau ni berpeluh-peluh jugalah 😓😓😓. Bayangkanlah....Hubby dah tunggu dengan kereta lagi satu kat Glenmarie sebab sebelum tu pegi hantar kereta tu untuk servis. Nak kejar masa juga sebab service center tutup jam 12 tengahari hari sabtu. 

Ni dapat senyum sikit ni sebab kat dalam service center ni sejuk. Minum dulu lah mocha nak menenangkan hati. Dania sampai tak boleh nak senyum dah haih....😊😊😊. Hubby masa ni sibuk jumpa service advisor. 

Kat sini tempat service memang tip top. Ada orang layan nak minum apa, tempat menunggu yang sangat selesa. Masalah utama kat sini customer service yang tak berapa nak update apa berlaku pada kereta kita kalau ada masalah. Asyik kita yang kena call tanya apa masalah kereta kita. Janji nak call selalunya janji tinggal janji je lah. Rasa penat juga nak call call tu. 


Setelah service advisor check, sah la kereta ada masalah blower rosak jadi tak boleh nak keluarkan wap sejuk. Kena la tinggal kereta ni kat workshop. Akhirnya kami balik dengan kereta yang hubby drive tu. Kita tengok mereka update ke tak keadaan kereta isnin nanti sebab masa kami hantar tu sabtu. 

Akhirnya, tak payah kita call ke apa, service center update status kereta hari isnin. Kena tunggu spare part dari Singapura. Plus minus kena tinggal kereta dalam seminggu kat workshop. Nampaknya ada perubahan. Service center dah update kami. 👍👍👍

Last week kami dah ambik kereta ni. Lega aircond dah berfungsi dengan baik. Kalau tak berfungsi jenuh la berpeluh dalam kereta macam sebelum ni. Sauna you alls. Ni sempat snap masa tengah tunggu kat traffic light. 😉😉😉.

Sebelum beli kereta ni selalu salesman / salesgirl kemain melayan baik lagi kan?. Lepas dah beli hmmm....nasib-nasib la kalau after sales service bagus. 

32 ulasan:

  1. Alahai, boleh spoil mood and the day kalau kereta kesayangan mula buat hal. Kalau cuaca panas , ofcos la bersauna. Klu hujan pun payah. Tapi syukur la Alhamdulillah kereta boleh dibaiki. Insha-Allah kereta dah xbuat hal lepas ni. Tapi sampai ke Singapore ye cari sparepart.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulahnyer...nasib baik free sebab under warranty. Mereka akan cari spare part kat Singapore kalau kat Malaysia takde.

      Padam
  2. Alhamdulillah, semua dah ok kan

    hai kak! kin jumpa akak di Dorsett Putrajaya haritu. ingat tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ingat dik....hehe. Kita dok sebelah menyebelah ajer.

      Padam
  3. Tahun ni punya kes ke tahun lepas kak. Selamat lah semua dah seledau ye.
    Kereta kalau buat hal memang serabut nak pikir. Satu ban susah nak gerak satu bab kos yang incurred. Hehe. Ana selalu service kat perodua centre je. Kadang depa call untuk remind kadang lupa juga. Janji service tip top.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik Ana highlight. Rupanya typo tarikh tu. Akak buat 2017 padehal 2018 tahun ni. Hehe. Tq tq. Nasib baik under warranty so takde la kos tukar spare part tu.

      Padam
  4. I cannot stand if car did not have air cond. I experience before and hate when sweating and you feel sticky. Open window, the dust fly in. Usually when do car service will remind them check air cond.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya true Betty. Sweating all the way to the service center.

      Padam
  5. perempuan kalau kereta rosak mmg stress. sebabg kita sendri pun tak tahu rosak apa dan cara baiki. bila takde kereta habis terjejas rutin harian.. harap harap tak rosak la lepas ni ye? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pon. Tapi yang ni tau sebab apa. Aircond langsung tak keluar wap sejuk. Stress sis.

      Padam
  6. Uishh Alhamdulillah semua ok. Nasib juga la bermasalah masa panas, kalau hujan memang naya la. Tutup full tak boleh bernafas pulak. Bab kereta memang kena ada emergency saving. Dia nak meragam tak kira masa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pernah masa hujan pun. Tingkap buka sikit. Berwap pulak cermin depan. Tak berapa nak nampak jalan.

      Padam
  7. Sampai ke Singapore spare part kereta. Memang bersauna la kalau penghawa dingin rosak. Nak nak musim panas terik ni. Alhamdulillah akhirnya semua dah ok. Drive safely dear.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab kat Malaysia takde la tu. Singapore selalunya ada. Kalau Singapore takde jenuh nak tunggu 3 bulan sebab nak kena tunggu spare part dari Jerman. Nasib baik Singapore ajer.

      Padam
  8. I mmg kalau aircond keta rosak mmg akan buat i bad mood. Macam keta exira ontu selalu rosak aircond. Blower pun pernah tukar. Tapi keta u ni servis centre bagusla... mcm takkan serik klu beli keta kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bad mood dah tu dengan peluh2, panas lagi. Tu pasal minum dulu nak bagi cool. Hehe...

      Padam
  9. musim panas ni kalau xde aircond boleh angin satu badan hihi.. Lagi2 kalau ade kids sama.. Semoga dipermudahkan urusan sis skeluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ya pun....alhamdulilah semuanya dah back to normal....

      Padam
  10. Nasib service center ika ok. Service cepat dan pantas. Cuma mahai je huhu dari kedai lain yg kt luar tu.

    BalasPadam
  11. Kalau kereta meragam memang lah susah hati sebab itulah transport harian kita kan ke sana ke sini. Apa pun kena ada workshop atau service center yang dipercayai. Kita pun kena tau basic kerosakan kereta.

    BalasPadam
  12. Nak suruh beli mmg manis mulut dia kak Ezna. Kita dah beli, time tu lah depa start tak ambil peduli sbb objektif dh tercapai. Mmg bersauna lah kalau aircond x berfungsi. Tambah2 dgn cuaca Malaysia yg mmg panas ya ampun , aduii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pastu kita lalu lalang situ pun buat2 tak nampak....

      Padam
  13. Perlu septy nih klo punya kendaraan berupa mobil atau kereta sebab kita tak tahu apapun sebagai seorang wanita jika di jalan ada yang tiba tiba rusak. jadi musti di cek apanya semua oke baru jalan.

    BalasPadam
  14. Oh. Blower rosak.. so kena repair or ganti la yea. agaknya kereta TB yang aircond tak berfungsi tu sebab yang sama gak kot .. blower problem.. so aircond tam sejuk.. huhu.. kesian tengok Dania sampai tak boleh nak senyum dah ye

    BalasPadam
  15. dengan kereta aircond rosak ni boleh berpeluhlah orang dalam kereta. dah lah cuaca sekarang panas giler. kadang yang dah buka aircond ni pun masih terasa panasnya. apatah lagi yang aircond rosak. alhamdulillah kak dah baik aircond. moga dipermudahkan urusan akak sehari2. 😍

    BalasPadam
  16. Alahai bahaya juga kereta meragam ni.airah pun kadang risau kereta rosak masa airah sesorang.kereta airah pun sama kadang lepas satu satu nak buat hal

    BalasPadam
  17. Teringat masa kereta sis tak ada aircon dulu..memang kelam kabut dibuatnya.
    Bila hujan rasa nk nangis sebab berkabus.
    Sekarang kalau ada masaalah sikit mmg terus je ke workshop..tak nak tunggu benda jadi teruk

    BalasPadam
  18. Ruby pula kereta dah usia 12 tahun. Kalau meragam tu, memang susah hati. Sebab menelan belanja besar. Spare part dah makin berkurang. Maka kena cari bengkel yang sesuai. Alhamdulillah dalam tempoh mencari bengkel serasi tu, ada la kena tipu kena overhault sampai rm 3 ribu kak. Terkedu saya kak. Kemudian bila dah kena macam-macam bengkel ni. Akhirnya saya jumpa bengkel cina yang amanah dan cas saya dengan harga berpatutan. Kereta dah tua, budget kecil. Cina tu siap cakap, tukar barang ini aje, kereta masih boleh guna. Nanti dah ada duit, datang baiki sepenuhnya. Sekarang, masalah air cond tak rasa sejuk dah. Nasib baik anak-anak ruby ni Allah s.w.t kurnia yang memahami. Duduk belakang tidur lena. Bila saya angkat, berpeluh basah baju dan rambut. Allahuakbar, sebak sekejap. Semoga Adam dan Alif jadi anak yang soleh kak. Amin

    BalasPadam
  19. Oh now that's remind me to send my car for service before balik kampung this weekend. Thanks for the sharing.

    BalasPadam
  20. I know how the feel when our car started to show some symptom. It happens to me few times back at Penang until I know how to check my own car... Hahaha... Sometimes whatever things happened, don't be up upset as it will always be a new learning to us. Car is our best companion for work and definitely we can't afford to have our car 'sick' do frequent checking and every outstation trip or is a must to do checking to avoid any unnecessary circumstances to be happened

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...