Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, May 21

Warna warni hidangan....Next please....

Ada lagi nak beli sempena raya ni?. Banyak lagi tak beli?. Sesambil shopping kat Klang Parade tu tak tau pulak nak berbuka kat mana ye....tak payah nak makan kat luar. Ambil masa juga kan. Kat dalam Klang Parade pun ada makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan. 

Next please....

Next apanyer? Next ni lah....


Ni lah food court makanan yang saya nak cadangkan tu....Next Food Junction. Next Food Junction ini dibahagikan kepada dua iaitu section makanan halal dan makanan yang tak halal.

Photo taken here

Boleh tengok video Next Food Junction kat sini 😊😊😊



Salah satu gerai kat Next Food Junction ni Mios. Saya tahu Mios sebab dulu masa pagi2 selalu breakfast dekat food court Bandar Kinrara (masa saya tinggal kat Puncak Jalil) dan banyak kali juga singgah beli kek kat Mios ni. Malamnya Mios buat masakan western pulak. Kata orang hidangan lamb sedap. Haa kena try ni!!!

Kita pun tahu kalau bulan puasa ni selera kita berbeza. Terasa nak makan itu, nak makan ini jadi ni seleksi makanan yang ada kat food court section halal yang kita boleh pilih.

Ayam penyet didatangkan dengan sambal dan sup.


Kalau teringin nak makan nasi ayam, ada juga menu ni di sini. 


Selera yang berbeza, ada yang suka masakan pedas. Kalau tak pedas tak kick katanya. Nahhhh ada juga nasi nak dipadankan dengan asam pedas. Kalau tak kick jugak tak tahulah. 😇😇😇


Kalau teringin masakan ala ala cina, claypot mushroom ni mungkin menjadi pilihan. 


Bihun bakso ni sangat sedap. Bihun yang digunakan agak halus. Kalau tak nak makan nasi, boleh cuba makan bihun bakso ni. 


Sup tulang gearbox ni kalau makan panas-panas dengan nasi panas perghhhh memang terangkat lah. Nak nak kalau ada cili kicap. 


Nak makan makanan barat?. Jangan risau ada je menu chicken chop ni. Sosnya sos lada hitam. 


Spaghetti aglio olio pun ada. 


Spaghetti bolognaise. 


Sizzling yee mee. Nampak menyelerakan kerana taburan ayam tu yang meriah. 


Pencinta assam laksa. Ada pula telur puyuh dalam hidangan ni. 


Mee kari ni kegemaran suami ni. 


Ada orang kata bubur ni masakan orang yang sakit kan?. Mana adalah dah takde dah istilah masakan orang sakit. Kalau kat terengganu tu dipanggil dengan nama nasi air. Yang tak sakit pun suka bubur nasi ni. Ada juga orang panggil kanji. Tak kisahlah apa namanya tapi benda yang sama. Saya pun suka bubur nasi. 


ABC ada ice cream. Boleh menyegarkan tekak setelah seharian berpuasa. Nak nak cuaca panas kat luar tu. Isi pun banyak dan tak kedekut. 


Sebelah kiri tu burger dengan french fries. Kanan tu saya ada letak gambarnya kat atas tu chicken chop. 


Hijau tu air kedondong asam boi dan merah tu sirap limau. Kedua air ni memang boleh menghilangkan dahaga. 


Kalau kat Klebang ada coconut shake, kat Next Food Junction pun ada coconut shake versi Next Food Junction tau....😊😊😊. Uniknya ada pula hiasan lemon di gelas. 


Kuih muih tradisional tidak dilupakan. 


Kuih muih tradisional dan nasi lemak. 


Nasi putih makan dengan ikan bakar. Menarik juga kan? 


Nasi putih dan buttermilk chicken pun ada. 


Nah...banyaknya pilihan kat sini. Harganya juga berpatutan. Kenapa nak bayar lebih kalau kita boleh dapat harga yang murah dengan seleksi yang banyak?. 

Bukan menu ni ajer, banyak lagi menu yang ada tapi penatlah nanti you alls nak kena scroll sampai bawah 😉😉😉 Haaa...pilihan di tangan kita. Idea menu saya dah letak kat sini. What say you?? 

Lepas berbuka, boleh la sambung shopping balik. 😎😎😎

Eh...sebelum tu kan pada 3 June 2018, artis-artis seperti Khai Bahar, Hael Husaini, Kilafairy, Baki Zainal dan Adibah Noor akan membuat persembahan kat Klang Parade ni. Ya...Klang Parade. Pada jam 2.00 petang - 6.00 petang. Peminat-peminat mereka jangan ketinggalan!. 


Info boleh tengok kat sini 

Kilafairy ni saya pernah jumpa live masa menghadiri majlis hari raya Kuzie Katering yang dipunyai oleh almarhum Pak Engku pada tahun 2012. Dulu, saya selalu menghadiri majlis yang dianjurkan oleh almarhum Pak Engku. Selalunya almarhum Pak Engku akan menjemput Rohana Jalil yang merupakan ibu kepada Kilafairy ni. 


Ok kita tinggalkan cerita tentang Kilafairy, kita cerita pasal Klang Parade pulak. 

So, boleh masukkan Klang Parade untuk destinasi shopping you alls?? 

20 comments:

  1. Is this new food court or they change the name Next Food Junction really offer variety of choices from Asian to Western food. I feel like try the whole food at Next Food Junction .

    ReplyDelete
  2. amboi.. food court pon nampak sedap makanan dia.. klu gi sana bolehgak try ni.. nmpak selera.. terbatal pose cik en ni nanti.. ahhaha

    ReplyDelete
  3. Paling suka berbuka kat food court. Sebab ada banyak pilihan lepas tu taknak membazir sangat and boleh share dengahn suami.

    ReplyDelete
  4. Ya allah tabahkanlah hati SA tengok semua tu ha..jauh la kat Klang..kalau dekat memang hari- hari pi sini..banyak pilihan kan..food court dia pun nampak selesa dan bersih

    ReplyDelete
  5. hey apenihhh dugaan semata-mata. tau pasal tempat ni kalau tak berbuka pun memang meriah weh., mcm food centre pulak haaa

    ReplyDelete
  6. Hidangan makanan tu paling menarik perhatian tau! Food court pun selesa je kan. Boleh try nanti bila pergi sana

    ReplyDelete
  7. kita suka makanan yg ada di food court.. Mcm2 jenis menu ada tinggal plih aje.. Kadang2 confuse nak order mana.. Hahaha.. Tp paling kita suka bhgian sizzling claypot.. Sbb ssh nk jumpa kedai makan biasa..

    ReplyDelete
  8. Kita tak pernah sampai kat Klang Parade ni hehehe tapi ada makanan banyak ni memang best lah boleh shopping dan boleh makan sekali. mudah dan senang bawah satu bumbung...

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi sampai sini. Biasa kalau mall memang cari food court senang nak cari pelbagai menu pilihan. Paling best ada sizzling yee mee.

    ReplyDelete
  10. Even food court also serves a great variety of food. And all of it looks good especially the claypot rice.

    ReplyDelete
  11. Kalau lps bershoppin baju2 Raya dan tak sempat balik untuk berbuka di rumah bolehlah singgah berbuka kat sini kan..nampak sedap-sedap jugak makanan kat food court ni

    ReplyDelete
  12. Lama tak pergi sana dulu, tak sangka food court dia dah berwajah baru. Suka makan hot plate dia Sizling mee dan claypot nasi letak ikan masin tambah cili kicap.. Emmm sedapnye , nak pergilah nnt.

    ReplyDelete
  13. Ini kira macam food court ke macam mana eh? So far belum pernah sampai sini lagi.

    ReplyDelete
  14. Banyaknya pilihan makanan kat Food Junction ni. Senang nak bawa kawan-kawan sebab selera masing-masing tak sama nak makan pilih je dari mana-mana stall kan. Menyelerakan je tengok menu

    ReplyDelete
  15. wow semakin maju klang parade nie yer. dulu masa praktikal di puncak alam, biasa jugaklah dtg ke klang parade nie. agak hambar lah masa tu. i guess sekarang emsti dh banyak benda ada di situ. nak datang jugaklah nanti cuba makanan di food junction nie

    ReplyDelete
  16. wah macam-macam hidangan ada di next food junction ni. Nasi ayam penyet tu nampak sedap la. rasanya memang tak pernah sampai Klang Parade ni. Nak terjah la nanti

    ReplyDelete
  17. Food court Klang Parade memang best. Antara food court terbaik. Sebab mereka ada kawasan luas. Memang selesa utk seisi keluarga. Makanan pun pelbagai. Tinggal sediakan wang je. Hahaha

    ReplyDelete
  18. u paling suka yang bubur tu kan hahahaha.. i suka yang buttermilk chicken tu sebab memang sedap..tapi portion dia memang besar giler..alang2 shopping kat sini boleh berbuka kat sini sekali kan...

    ReplyDelete
  19. I have try this food court before they have many choices, food is delicious and also price best best juga la. Puas makan kat sana

    ReplyDelete
  20. Dekat je dengan rumah kita wak, tapi jarang p sini, dulu Klang Parade ni tak berapa cantik, tapi sekarang wowwww sangat! Kedai makan pun banyak dah sekarang ni,hehe

    ReplyDelete