Sebelum ni saya ada cerita kat blog yang saya ada order lampu taman kan?. Ni lah lampu taman yang saya order tu. 10 colour changing solar lights stainless steel. Lampu ni akan bertukar warna (meriah sikit la taman hari raya ni 😝😝😝). Lampu taman ni menggunakan kuasa solar. Kira save energy lah. Guna cahaya suria ajer.
Semalam dah pun dapat dari kurier KTM (Keretapi Tanah Melayu). Dengan excitednya bukak la kotak lampu taman ni sekali....alehaiiii. Salah item la pulak. Dah contact seller dah. So, seller akan post immediately item yang betul dan saya pula akan poslaju item yang saya dapat salah tu. Memang frust la jugak sebab kita kena tunggu lama jugak turn kat Pejabat Pos Seksyen 16 tu nak Poslaju. Sebelum tu bila pergi kat Poslaju Drive Thru (berdekatan dengan kilang Fareeda kat Bandar Baru Bangi) tu punyalah panjang line sampai tak bergerak-gerak kereta. Bila jadi macam ni customer la akan a bit susah kan sebab nak menghantar pulak barang yang salah tu.
Alasan seller sebab budak yang wrap barang ni budak baru. Confuse sebab ada 2 jenis lampu taman. Peliknya takkan tak tahu perkataan "Stainless Steel" tu dengan yang bawah ni. Ye tak?. Saya pun hantar whatsapp kat seller tanya ada nampak mummy happy?....eh bukan mummy happy...ada nampak macam stainless steel ke? 😆😆😆. Nasib baik berkali-kali seller minta maaf. Reda sikit geram kat dalam hati ni. Nak marah-marah bulan puasa pulak tu. 😅😅😅. Item kat bawah ni pun menggunakan kuasa solar.
Anyway, seller akan tanggung kos pos yang saya bayar untuk hantar balik item yang salah. Kosnya RM15.45 dan termasuk insurans jika berlaku apa-apa pada barang ni.
Harap-harap barang yang akan tiba tu nanti item yang betullah. Malas dah nak bertangga kat Pejabat Pos yang selalunya tak pernah tak ramai orang tu.
Harap-harap barang yang akan tiba tu nanti item yang betullah. Malas dah nak bertangga kat Pejabat Pos yang selalunya tak pernah tak ramai orang tu.
Pernah jadi tak kat you alls??
Harap2 brang betul sampai sebelum Raya lah. I pun pernah kena - tapi I simpan je barang tu, dan seller bagi credit balik sedikit. Lupadah % di.
BalasPadampernah..beli barang mekap..order lain..dapat barang lain..komplen dekat seller, nasib baik dia okey & hantar item yang betul..barang yg salah tu, saya beli je sbb satu kerja pulak saya nak pi pos kat seller..dah la kos pos kita kena tanggung..jadi better la saya beli je item yg salah tu..nnti nak guna juga bila stok skrg dah abis...
BalasPadamPretty the lamp and colourful too. It suit modern decoration. The light also bright and suit this year Raya theme.
BalasPadamAduh. .. Frust nya bila jadi gini.
BalasPadamSo far belum pernah jadi kat Nina situasi gini .
Moga segala urusan selesai cepat dan dipermudahkan.
Aamiin
So far tak pernah terjadi lagi dan berharap sangat x nak terjadi..kalau boleh x nak penat- penat time bulan puasa ni..menduga iman betul kalau lain yang kita order lain yang dapat kan..harap- harap apa yang ezna harapkan sampai sebelum raya...
BalasPadamLa kesiannya seller tersalah hntar brg...
BalasPadamNnt kalau lampu yg betul da smpai share ye hasil dia..saya pun berkira2 gak nak beli atau tak lampu ni..sebab save energy kan
paling letih kalau seller salah pos barang
BalasPadamsatu hal nak kena pos balik
hehe
hahahaha aiyooo camne leh salah tu, dah laa jauh beza barang dial harap nantio dalam kondisi yang baik la .mujur boleh pos lagi
BalasPadamTak pernah lagi tersilap dapat barang yang ditempah online. Tapi Rawlins banyak la dengar cerita sebegini - ada yang lawak - ada yang kesian. Harapnya sempat la sampai sebelum raya kan
BalasPadamComel lah lampu2 solar ni. Mesti cantik warna warni. Setakat Bella membeli belah secara online, belum pernah ada experience dapat barang salah dan alhamdulillah, selalunya barang2 yang dapat quality tahan lama juga. Harap2 dah tukar ni dapat lah barang yang betul2 diinginkan tu. Kalau tak, boleh flip table juga kan..
BalasPadamaida pun teringin nak beli lampu solar gini. mcm cantik aje. kat laman payah nak sambung-sambung letrik. better yg solar gini.
BalasPadamaida pernah jugak dpt brg tak betul. 2 kali tau. hadui. susah betul nak return & refund yg first time tu. jenuh nak uruskan.
Biasa jugak berlaku. Mmg agak frust lah sbbnya kita excited menunggu barang sampai, bila dah sampai makinlah bertambah excited, tp bila buka bungkusan, lain pulak yg diterima. Adeiii mmg frust sgt biarpon kos pemulangan depa tanggung
BalasPadambestnya sebab lampu dia cantik..guna tenaga solar plak tuh..memang jimat la..nasib baik salah hantar dia yang tanggung kos kalau kita yang tanggung lagi membara la kan.hehe
BalasPadamSamalah yaya pun pernah ada pengalaman beli comforter untuk mak mertua. Order warna pink dapat warna biru. Pastu seller suruh pos balik kalau nak tukar warna. Memang malas la huhu
BalasPadamFrustnya kan bila kita expect dapat barang lain, tapi alih-alih barang lain pulak yang sampai. So far emi sendiri belum pernah mengalami nasib sebegini. Harap2nya takkan pernah. Ini antara risiko shopping online. Tapi shopping online ni memang memudahkan semua pihak.
BalasPadamAdoyai, frust jugak kalau jadi macam ni. Lain yang order, lain yang dapat. Kita baru excited nak dapat barang yang order, tup tup silap pulak, hahaha.
BalasPadamSabor je lah. Cantik gak lampu tu. Siap guna solar tu
Atleast seller minta maaf dan bertangggunjawab dengan kesalahan dia . Ada setengah buat tak tahu je sebab kita dah bayar . Anyway jangan marah bulan posa ni .Hehhe tc
BalasPadamMemang frust kalau jadi macam itu sebab i pernah experience macam ni juga when i buy clothes online, the return postage is bear by the seller.
BalasPadam