Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, May 28

Bukan sebarang apple

Semalam adik baik hati transfer duit suruh pilih sendiri bead kat Angsa Emas. Katanya hadiah harjadi. Senang, kita yang pilih mana yang berkenan di hati kat Angsa Emas tu 😊😊😊. Petang semalam melaju lah ke Angsa Emas ditemani hubby dan Dania. Makaihhh jammed sungguh la area berdekatan Bangi Sentral tu. Masing-masing nak shopping kelengkapan hari raya nanti. 

Setelah tengok area bead dari hujung sini sampai hujung sana dan repeat lagi. Setelah 2-3 ketul bead pilih untuk tengok-tengok nak bandingkan harga, bentuk....akhirnya saya pilih yang ni. Bead apple. Angsa Emas pun ada jual produk Gdora jadi apple ni produk Gdora yang dijual di Angsa Emas. Buah apple ni semuanya emas kecuali daunnya warna chrome (emas putih) tapi masih juga emas 916 cuma ia disalut oleh chrome. Bila malam tengok IG Angsa Emas ni, rupanya Mia Sara pun ada pergi Angsa Emas semalam tapi tak terserempak pulak. 

Koleksi beads dan dangles Angsa Emas ni memang banyak. Boleh rambang mata memilihnya tapi saya ni simple dan senang je. Tak la lama sangat memilih. Kalau ada yang berkenan selalunya terus pilih dan bayar. Itu pun setelah round dari hujung sini sampai hujung sana. 😄😄😄

Photo taken from here

Rasanya cukup setakat ini sahaja koleksi bead atau dangle untuk pandora emas saya sebab dah rasa ketat sikit bangle ni. Ada lagi la ruang kosong tu tapi rasanya dah tak boleh fit lagi nanti tak selesa pakai bangle ni. Apple tu diletak kat hujung sekali sebab bentuknya kecik ajer. 


Masa sebelum harijadi dah pergi juga kat Angsa Emas. Hubby hadiahkan bracelet Van Cleef comel ni. Suka yang kecik-kecik ajer. Kononnya nampak manis la bila pakai.


Sebenarnya emas ni adalah perhiasan, simpanan dan penghapus hutang bak kata kawan saya. Simpan sikit-sikit nanti kalau time kita sesak atau perlukan boleh la kita fungsikan emas di Ar Rahnu. Kalau berminat nak beli charm atau bar emas 999 boleh contact kawan saya ni di sini.

***Oh ya adik saya yang lagi sorang hadiahkan telekung Siti Khadijah dan 2 helai tudung . Satu Munawwarah dan satu lagi Naelofar. Terima kasih kekna ucapkan. Tak kisah la apa hadiahnya, mahal ke murah ke tak penting tapi tanda ingatan tu yang utama. Birthday tahun depan boleh bagi lagi 😜😜😜

23 comments:

  1. Maksudnya beli apple tuh jer and masukkan dekat bangle yang dah ade ek? tak tau pasal bangle pandora ini. mesti mahal kan. Tapi tak rugi beli emas boleh buat investment. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Luqman. Seketul apple yang kecik tu. Emas ni investment.

      Delete
  2. Best nya dpt hadiah huhu..tgk bangle tu mcm berkenan pulak hahha tp betul kak beli emas ni sesak2 blh guna..hilma x suka sgt emas tp mayb tgk apple comel tu blh la try hehe

    ReplyDelete
  3. Wahhh bestnya dapat hadiah charm. Tetiba rasa nak start kumpul emas jugak. Sebagai simpanan dan investment hari tua.

    ReplyDelete
  4. nice and elegant. I love the design. Perfect for my sister birthday gift

    ReplyDelete
  5. Happy belated birthday.. semoga panjang umur dan murah rezeki selalu...

    Bestnya dapat banyak hadiah

    ReplyDelete
  6. bestnye dapat apple color gold ni! anyway, happy belated birthday.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selaalu.. ameeenn!

    ReplyDelete
  7. happy birthday! wah untungla dapat hadiah best heheeh bagus beli emas sebab boleh buat investment di kala emergency kan? semoga murah rezeki!

    ReplyDelete
  8. Ramai yang minat pandora..kalau pandora emas kira ok lagi..kalau pandora biasa tu memang tka la nak pakai..hehehe...barang kemas memang investment dikala emergency...

    ReplyDelete
  9. wah cantiknyaa..ramai suka pandora ye..nad ni tak pernah beli-beli lagi emas-emas ni ke atau gelang biasa, sebab emas yang dapat masa nikah dah cukup dah..hehee.. tapi kadng berkenan nak beli

    ReplyDelete
  10. happy belated birthday ezz :-) pandai u pilih epal ni cantik..jeles u ngan suzz ada pandora emas..takpe i nak berjinak2 kumpul jugaklah..mcm menarik sangat...tapi nak kumpul charm2 tu mmg amik masa jugakkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apple tu comel je Ayu. Kecik molek ajer. Nak kumpul2 charm tu ikut budget kita la ayu. I kumpul sikit2. Lama2 banyak la charm tu. I tak la beli sekaligus....

      Delete
  11. Saya pun terjatuh suka nak beli gelang macam pandora nih.. Nampak cantik dan stylish sangat. Kena start beli sikit sikit nih

    ReplyDelete
  12. wah comelnya, biasa tengok yang material biasa2 je. tak pernah tengoklagi emas dalam bentuk camni

    ReplyDelete
  13. Meriahnya Kak Ezna dpt hadiah macam2. Dari Siti Khadijah, Naelofar lagi, Emas lagi. Wahh ! Siap bank in duit suruh pilih sndri. Bestnya ! Anyway, selamat ulang tahun Kak Ezna. Semoga terus dikurniakan kesihatan dan rezeki yg murah

    ReplyDelete
  14. Setuju. Beli emas itu adalah semacam investasi sebab harganya makin naik dari masa ke masa ndk pernah turun . Jadi kapan ada kebutuhan mendadak, maka bisa aj emasnya di jual dan tidak rugi.

    ReplyDelete
  15. Mak Rawlins pun dah mula menggemari Pandora - secara tidak langsung Rawlins jadi pembekal untuk charms haha

    ReplyDelete
  16. Anyway, selamat hari lahir awak. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan segalanya. Bestnya dia dapat apple tu. wahhhh! Finally ada jugak emas yang rupa pandora. Lagi berbaloi dari beli yang pandora tu

    ReplyDelete
  17. wah, what a beautiful apple. I love beautiful charms and this really caught my attention. For sure will hunt for this. suitable for everyone as a gifts.

    ReplyDelete
  18. how much was the apple charm and roughly the price range of the shop's collection? Would be great if you could state that information out to give us a rough idea

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM189/g (during month of ramadan) and my apple charm weight is 1.75g.

      Delete
  19. cantik!
    berkenan. aida suka ciri-ciri pandora.
    aida minat emas. as for now, aida byk invest dlm goldbar.
    brg kemas x brape sgt lagi kumpul.

    ReplyDelete