Iftar di mana?

Hari yang kami pergi Jalan Jalan Japan, petang tu, dalam jam 6.45 menuju ke Hotel Bangi Putrajaya untuk berbuka puasa. Bila dah tahu meja yang menempatkan kami, terus la ambil makanan sebelum azan berkumandang. Ni photo sebelum berbuka puasa ni. Seronok Dania dapat berbuka kat luar. Kemain selambak nasi dalam pinggan Dania ambik. 

Kenapa saya pilih berbuka kat Hotel Bangi Putrajaya ni?. Ini kerana berdekatan dengan rumah dan senang lepas dah puas makan boleh terus balik rumah dan sempat la menunaikan solat terawih di surau berdekatan rumah. Selain harganya tak lebih daripada RM100/pax. Kebanyakkan Hotel selalunya pakej iftar harganya > RM100 kan? 


Ni kaunter Gelato. Ada perisa Vanilla dan Matcha. Saya pilih Vanilla sebab kurang suka perisa Matcha atau green tea ni. 


Saya suka titik tumpu kat merry go round ni. Ada je makanan kat merry go round ni. Saya tunggu je kat sini sebab nak ambik bekas comel berisi kerabu mangga. Saya main terpa je. Ke kena tekan button tu untuk buat merry go round ni berhenti?. 


Kali ni saya tak mulakan dengan nasi tapi rojak pasembor ni. 


Dah get ready siap-siap makanan atas meja. 


Kat luar Funtasia ni banyak stall berbentuk kereta. Saya singgah stall ni nak ambik serba sedikit goreng-goreng seperti pisang, cekodok pisang dan ubi goreng. 


Pilih-pilih nak gorengan yang mana...


Banyak juga pemanis mulut yang disediakan. 


Terliur pula nampak jeruk ni haihhh....


Cantik sangat dekorasi kat sini. Macam rainbow lagaknya....


Kambing panggang ni menu wajib setiap iftar la kan. 


Chef yang sibuk memotong isi kambing. 


Saya merasa dim sum kat sini. Rasanya saling tak tumpah dengan dim sum Mohd Chan. Belah kanan tu pau kacang merah. 


Roti John yang dipotong ala finger food. 


Lauk pauk yang disediakan. 


Ni stall roti canai. Saya ambik gambar ajer. 


Kalau suka sup tulang daging dan kambing boleh mencuba kat stall ni. 


Kalau nak gantikan nasi dengan aneka mee boleh beratur kat sini. 


Ni kawasan luar Funtasia ni. 


Stall kat luar yang berbentuk kereta. Comel sangat. 


Sate pun ada. 


Dessert table. Aim nak ambik cream puff lepas solat maghrib. Nampaknya impian berkecai kerana cream puff dah habis. 😅😅😅. Ruang solat yang disediakan juga selesa. Nak solat tu takde la adegan tunggu menunggu.  


Anak-anak sure suka makan ni. Popcorn pun ada. 


Pulut kukus dengan serawa durian. 


Boleh la kalau nak repeat lagi. Tapi tak bolehlah selalu. Bocor poket. 

Kalau nak tahu pakej berbuka puasa kat sini :-

Dewasa : RM120 nett
Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM60 nett

Tapi....kalau bayar 24 jam sebelum tarikh berbuka puasa..

Dewasa : RM90 nett
Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM45 nett

Jadi bayarlah awal sebelum tarikh berbuka puasa. Kalau dewasa tu boleh jimat RM30/pax. 

📞📞📞 03 - 8210 2222

Basically, berpuas hati berbuka puasa kat sini. Orang pun tak crowded sangat. Bila nak beratur kat stall tu ada la 1-2 orang pengunjung. Tak pun kita sorang je beratur. Menu pun banyak. Tengok meja fully occupied juga. 

Ada rezeki boleh repeat lagi. 

Comments

  1. Sedap kt sini.. Byk pilihan.. Tringat nasi goreng 1 minit. .Dessert pn sukaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah ah Aimi. Memang banyak pilihan. Nasi goreng 1 minit tak nampak pulak masa ni....dessert? Banyak......

      Delete
    2. aik xde ke....die sebelah noodle station..tp kalo tk tgk btul2 mmg tk prasan

      Delete
    3. Oh ye ke?. Sesambil sibuk ambik gambar. Kot kita yg tak perasan...

      Delete
  2. best kalau pergi tempat berbuka tak ramai org..i paling rimas tempat yg ramai org...rasa tak tenang nak menikmati juadah hahahaha..tapi hotel ni mmg not bad pilihan makanannya semua sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah i pilih sini Ayu. Tenang je nak makan.

      Delete
  3. Emi pernah berbuka kat sini tahun lepas. Not bad. Tahun ni macam tak pergi je sebab dah pindah duduk kat wangsa maju. Macam jauh pulak nak ke bangi semata nak makan buffet ni. Tahun ni makan buffet area sini2 jela kot hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilih sini pun sebab dekat dengan rumah. Kalau jauh2 macam tak berbaloi je kan?.

      Delete
  4. memang sedap buka kat sini, pilihan makanan banyak dan menarik plak tuh

    ReplyDelete
  5. Wah banyak beza harga kalau byr 24 jam sebelum dan berbaloi. Pilihan makana n pun banyak dan nampak sedap sangatt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bayar awal la sebab nakkan penjimatan tu.

      Delete
  6. Rawlins put tak sabar nak berbuka kat sana - dah la harga less than RM100 plak tu. Buat makin tak sabar plak. Sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe Rawlins kan dekat je ni. Boleh sangat berbuka kat sini.

      Delete
  7. Tahun ni SA x pergi preview kat sininakibat kekangan masa..mmg tak dinafikan makanan kat sini memang sedap..harga pun lebih murah..seronok la Dania awak dapat berbuka kat luar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Dania seronok pun. All this while berbuka kat rumah ajer. Hehe.

      Delete
  8. wahh menarik betul pilihan2 makanan yang disediakan tu, mostly pon favourite qeela tuu hehe! decoration pon nice je and nampak selesa jugak berbuka kt sana yea..insyaAllah kalau ade rezeki nk try jugak la berbuka kt sana 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang selesa berbuka kat sini. Budget makan kat sini pun sebab harga buffet di bawah RM100. Dengan syarat kena bayar awal sebelum tarikh yang kita pilih untuk berbuka tu. Idak mahal jugak RM120/pax dewasa.

      Delete
  9. Bestnya sekali sekala dapat berbuka puasa kat luar kita teringin nak bawa family kita juga tapi tu lah mereka jauh hehehehe.. Tak apa ada masa kita boleh datang sini dah lama tak makan kat sini kita suka nasi goreng putar tu huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita putar dulu....hehe...eh eh serius la tak jumpa nasi gorang yang dimaksudkan tu....

      Delete
  10. Bernuka puasa di Hotel Bangi Putrajaya murah ya dibandingkan dengan.hotel yang lain? Bisa makan sepuanya juga. Mantap banget nih hotel. Strategi harga bersaing best juga ya untuk menarik.perhatian orang bernuka puasa di Hotel Bangi Putrajaya ini.

    ReplyDelete
  11. Sekali sekala berbuka puasa dekat luar dengan family memang seronokkan. Tak bekesempatan berpuasa di luar lagi. Semua masak sendiri je

    ReplyDelete
  12. Mmg best menu buffet ramadhan kat sni. Macam2 pilihan. Unik sekali di kaunter nasi goreng satu minit tu. And gelato tu serious sedap. Cuma agak sedikit manis. Anyway mmg best

    ReplyDelete
  13. Dapat invitation juga tapi tak dan p.. Jauh ngan rumah . Menu buffet ramadhan ni actually lauk sama je dengan buffet ramadhan kat tempat lain tapi dari segi kelainan tu kat sini ada dimsum pau, so far kat tempat lain sy tak tgk lagi tahun ni .. Harga standart harga hotel-hotel ..

    ReplyDelete
  14. Oh yes! I have been here. The food is really good and great variety. For desserts alone I think they had like almost 50 different cakes and sweets to tease your taste buds

    ReplyDelete
  15. I could see the happy smiles there... So much for to eat over there. Ramadan month really a holy month blessed with loads of food. Lately read a lot about this hotel. Perhaps I should recommend this to my Muslim clients.

    ReplyDelete
  16. macam menarik, saya belum pernah iftar di sini. kalau ikutkan tak jauh sangat dah rumah dengan tempat ni. nanti boleh cuba kot.

    ReplyDelete

Post a Comment

Translate

Popular Posts