Rabu, Mei 9

Dari awan ke awan menakluki 51 bandar dunia

Dalam pada kalut-kalut masing-masing dengan tugas masing-masing, sempat juga membuat temujanji di Alamanda Putrajaya. Saya dah sampai awal juga sebab saya suka santai-santai dan tak suka orang menunggu. Sebelum Raja Saadiah (Aja) dan Hafiza (Fiza) datang, saya berpeleseran kat sebelah MPH tu. Tengok2 cermin kat Watson tu sesekali membetulkan tudung yang senget. 

Tujuan sebenar sebab nak beli buku kawan saya ni. Di saat entri blog ini ditulis, buku hasil nukilan Raja Saadiah ni dah pun dilancarkan di Pesta Buku Kuala Lumpur baru-baru ini. RSA Journey, Diari Penjawat Awam. 51 bandar dunia. Teruja ke tak? 51 bandar dunia tu. Tak tercapai dek akal juga kan?  😊😊😊 unless kita ni memang orang yang berada kan...takde hal la nak travel berapa banyak tempat pun kan tapi ni atas kapasiti orang biasa. 

Tak lama kemudian Aja pun sampai. Tak menyempat saya minta nak juga tengok buku Aja ni. Siap dah Aja tuliskan kata-kata hikmah di dalamnya. Sempat membelek beberapa helaian buku. Menarik. Ditambah ada gambar berwarna. 

Kami lunch di Kenny Rogers. Sesambil berborak, sesambil makan. Ada je nak diborakkan tu sebab kami dulu pernah belajar sekali di UITM Terengganu kampus Dungun. Masa tu kami bertiga ambil Diploma Pengajian Perniagaan. Aja ni pula pendebat kampus kami ni. Memang dari dulu berkebolehan berdebat, menulis. 

Minta tolong adik Kenny Rogers ambilkan gambar kami. Masa ni dah habis makan dah ni. Dari kiri : saya, Raja Saadiah dan Hafiza. Haaa kalau nak beli rumah PJH boleh jumpa kawan saya ni Hafiza. Ada je kat gallery PJH kat Putrajaya tu. 


Photo dari facebook Fiza

Bergambar pula kat promosi Travel For All. Kena pulak dengan tema buku RSA Journey tu kan? Memang dalam mimpi lah ✈✈✈ kalau saya berpeluang meneroka 51 bandar dunia kan....

Photo dari facebook Fiza

Buku kawan saya yang dilancarkan di Pesta Buku Kuala Lumpur, PWTC baru-baru ini. Tumpang bangga Aja...


Ni lah cover buku 

RSA JOURNEY
Diari Penjawat Awam
Kembara 51 Bandar Dunia

Harga : RM40 


Ada 739 gambar berwarna. Memang tak jemu membelek gambar. Setiap gambar ada caption nya. Setiap bandar tu ada info perbezaan waktu, matawang dan bahasa yang digunakan di bandar yang Aja singgah. 

Tak dilupakan ada puisi yang disertakan. Bahasa yang digunakan juga bukan bahasa formal tapi lebih kepada bahasa santai. 


Info semua kat bawah ye 😊😊😊
" Bacalah dengan inspirasi "


Buku ini hanya dijual oleh kawan saya sahaja ye. Tidak terdapat di mana-mana kedai buku. Cetakan buku ini juga terhad. Siapa cepat...dia dapat....

Saya pun dah baca serba sedikit buku ini. Belum sempat baca sehingga kulit akhir buku lagi. 😊😊😊



23 ulasan:

  1. Ya Allah bestnya buku ni...dah la saya ni memang suke bebenor travel.travel.ni nak nak.oversea.atau.negara yg jauh dan lain dari Malaysia nyer vibe... bestnya thanks share.. boleh cari ni dan.start Vision

    BalasPadam
  2. I want owe this valuable book. I love travel and this book will benefit me. Beside whatapps can we get from any bookstore

    BalasPadam
  3. Omg. Sebagai seorangseorang PA, saya rasa sangat teruja. Dia dah menggembara 51 bandar. Hebat betul ni sis. Memang menjadi impian semua orang to travel around the world. Im so impress. Nanti nak dapatkanlah senaskah buku beliau mana tahu boleh jadikan sebagai satu inspirasi.

    BalasPadam
  4. Penjawat awam tapi boleh jejak 51 bandar kat dunia ni. Bestnya 😍😍 saya suka travel tapi keadaan selalu tak mengizinkan. Bestnya kalau boleh travel 🗾 Will buy the books. Nak cari inspirasi

    BalasPadam
  5. Waahh.... ikut bangga pada temannya yang telah memuncurkan buku travelingnya tuh. Terlihat buku itu nampak tebal ya.. pasti pengalamannya banyak di ceritakan dalam buku itu. Best...

    BalasPadam
  6. Bestnya..dulu SA bercita-cita nak jadi penulis..ada draft skrip novel tp sayangnya dh hilang masa pindah rumah dulu..maybe terbuang ke apa..last2 jadi blogger je..penulis jugak kan?

    BalasPadam
  7. Wow hebatnya.. rezeki ye dpt travel 51 negara walaupun hanya sebagai pwnjawat awam. Bileh jadi inspirasi bg kaki travel untuk dptkan buku ni. Kalau Liez beli ni confirm berangan byk tempat nak pergi

    BalasPadam
  8. Suka travel dan jeles bila tengok kawan travel..tapi takpe, saya tau suatu hari saya pun boleh travel mam orang lain, sekrg travel kat Malaysia je dulu, tu pun tengok keadaan. Kagum dengan kawan you, 51 negara dah dia jelajah ye

    BalasPadam
  9. Wah hebatnya. 51 negara dah oergi. Jadi sumber inspirasi betul. Saya pun penjawat awam, kena beli buku nih dan baca untuk jadikan inspirasi untuk saya juga

    BalasPadam
  10. Kerjaya hakiki bukan satu penghalang untuk seseorang tu mengembara kan sis. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tahniah kat kawan sis tu.

    BalasPadam
  11. Wow semua orang dah boleh kembara dan terbang jauh tapi kena ada ilmu ini dan buku ini sangat berguna dan pengetahuan kepada orang muda nak travel dan mencari duit..

    BalasPadam
  12. Wah.. Bestnya buku2 tu.. KiTa suka bce bku2 cmtu . Mmberi semangat nk travel je rasa.. Bestnya kwn awak dpt travel byk tmpt... Walaupun xpnh travel lg tp juga bce bku ni jdkn sbgai inspirasi nnti...

    BalasPadam
  13. Wishlist semua orang tu nak dapat travel seluruh dunia. Berangan dulu takpe kan. Tak kena bayar pun. Hehe. Tak semua berpeluang untuk takluk 51 bandar di dunia. Tapi mana tau bila baca buku travelog ni semangat tu jadi berkobar-kobar kan. Siap ada info berkenaan bandar tu lagi. Kaki travel wajib beli buku ni.

    BalasPadam
  14. Terima kasih semua. Saya menulis pengalaman menjalankan tugas sebagai penjawat awam. Mesti ramai tertanya-tanya apa yang kami buat?. Saya berkongsi kisah, budaya, sosial, info pejabat kedutaan dan lokasi menarik. Sebuah buku yang wajar dibaca bagi mereka yang merasakan aku tidak boleh terbang, bila aku akan terbang. Bacalah dengan inspirasi! Dapatkan terus dari saya. Terima kasih Ezna Khalili.

    BalasPadam
  15. jarang sebenarnya saya membaca buku dari profilik kembara. lebih kepada cerita fantasi ataupun sejarah. tetapi sesuatu yang menarik bila kita ketahui seorang penjawat awam biasa boleh menjeleajah banyak negara. buku berinspirasi

    BalasPadam
  16. Ehhh beruntungnya dia dapat terbit buku. Kawan ruby pun nak buat buku dia. Tapi takda saluran yang sesuai. Publisher mana yang sesuai pun dia tak tau. Dia dari keje penjawat awam, lepas tu berhenti dan kerja di swasta. Travel je keje dia. Memang busy. Kalau tak travel, mesti video conference dengan bos. Rezeki Allah beri ni unik kan kak. Kita teringin travel tp tak mampu. Maka Allah bagi dalam bentuk pekerjaan. Tanpa sedar, peluang travel ada. Harap sempat bersyukur dengan semua nikmat ni. Kadang leka sebab dah jadi kebiasaan. Kita kena sentiasa enjoy dengan pekerjaan kita. Barulah setiap masa happy.

    BalasPadam
  17. Macam menarik je buku ini.. Tahun nie tak berkesempatan ke Pesta Buku Kuala Lumpur.

    Apa2 pun terima kasih sebab memperkenalkan buku ini. Masuk wishlist buku wajib dibeli untuk tahun nie...

    BalasPadam
  18. Wahhhh! Wajib cari buku ni... Memang adore gila laaaa...51 bandar dan mesti pelbagai pengalaman yang dilaluikan...harga buku pun takde la mahal..Nanti nak singgah MPH or POPULAR untuk cari buku power ni . Thanks for sharing ya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dapatkan terus daripada saya sis, belum lagi berhajat untuk dijual di mana-mana bookstore buat masa ini...:-D

      Padam
  19. Kejap. Maksudnya buku ni cuma ada gambar2 sahaja, atau ada penulisan dan cerita2? Kalau ada cerita2 tentang pengembaraannya, best juga, boleh Bella beli. Bella suka travel tapi tak lebih dari 10 negara pun. Dgn matawang kita sekarang, tak selalu boleh travel. Kena bijak merancang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setebal 384 halaman, saya menghadiah separuhnya dalah foto berwarna sebanyak 739 keping, dan separuh daripadanya adalah penulisan kisah-kisah pengalaman, puisi, lokasi menarik yang saya jejaki. Keseimbangan dalam sebuah naskah yang cuba saya hadiahkan kepada pembaca...:-D

      Padam
  20. Menariknya buku mengenai travel ni sebab kita pun minat sangat dengan travel ni. Mana tahu dapat inspirasi dengan baca novel ni. Lebih banyak tempat menarik nak explore.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...