TV
AlHijrah kembali menemui penonton pada Ramadan 1439H ini dengan menghidupkan
semula tema Ramadan yang lalu iaitu Rapatkan Saf. Tema
Rapatkan Saf Ramadan 1439H ini tidak datang hanya sebagai slogan, namun tema ini
dilihat kekal releven sebagai iktizam dan tekad sebuah stesyen televisyen
berkonsepkan Islam untuk menyatukan ummah dalam menghayati erti Ramadan
serta menggerakkan fizikal dan minda
para penonton kearah kejayaan dalam perjuangan mereka di bulan yang mulia ini.
Oleh
yang demikian, TV AlHijrah menyusun strategi yang komprehensif untuk menyajikan
program- program terbaik yang mampu menyemarakkan Ramadan semua.
LIMA
SAJIAN EKSKLUSIF RANCANGAN-RANCANGAN
DARI PELBAGAI GENRE
Ramadan tahun ini memperlihatkan susunan strategik
rancangan-rancangan TV AlHijrah dengan mengambil kira komen serta permintaan
penonton pada ramadan yang lalu.
Antara rancangan baru yang diperkenalkan ramadan ini
adalah seperti Jalan Amanah, Siri Animasi Farhaa, Kapsul Majlis Hafazan
Antarabangsa 2018, Selingan Hasrat, Masjid Ke Masjid dan lain-lain.
Namun begitu, lima program utama yang dipilih stesen ini
dan dijangka bakal mendapat tontonan tertinggi adalah Seruan Berzakat, The Chosen, Cooking With Colors, Poket
Akhirat, Iringan Illahi, Singahan Abdi.
Seruan Berzakat
Setiap Isnin | 6.30 petang
Sepanjang Ramadan ini, penonton akan dipandu untuk memahami
perihal Zakat menerusi Lembaga Zakat Kedah. Rancangan ini akan membawa penonton
menelusuri sejarah bermulanya era pengenalan pembayaran zakat sebagai sebuah
institusi negeri. Turut dimuatkan peranan institusi zakat terhadap lapan
golongan asnaf di negeri Kedah.
Setiap Isnin | 6.30 petang | Mulai 11 Jun 2018
The
Chosen adalah sebuah dokumentari Bahasa Inggeris terbitan dalaman TV AlHijrah. Menerusi
rancangan ini, penerbit rancangan iaitu saudara Fitri Musa akan berkongsi kisah
dilema, trauma dan harapan masyarakat Palestin di Lubnan yang masih lagi
dinafikan hak kemanusiaan mereka walaupun sudah menetap di negara itu selepas
terjadinya peristiwa Nakbah sekitar tahun 1948.
Dokumentari
ini juga akan mengimbas semula tragedi pembunuhan beramai-ramai Sabra Shatila
pada sekitar tahun 1982 menerusi kaca mata mangsa yang melalui sendiri peristiwa
pahit tersebut.
Cooking With Colors
Setiap Hari | 5 Pagi, 10 Pagi,
11.30 Pagi, 4 Petang, 5.15 Petang.
Cooking With Colors adalah sebuah program
masakan yang dihoskan oleh Chef Shahrim, seorang chef
bertaraf antarabangsa, juga seorang doktor dan pelukis.
Berbeza dengan program masakan yang disiarkan
sebelum ini, Chef Shahrim akan menggabungkan seni masakan dan seni lukisan
dalam persembahan beliau. Menarik sekali apabila Chef Shahrim akan
terlebih dahulu melukis gambar menu masakan yang akan beliau sediakan.
Seterusnya, penonton akan dibawa bersama-sama
ke pasar-pasar terpilih untuk membeli bahan mentah. Chef akan berkongsi
tips-tips pemilihan bahan mentah yang terbaik.
Pelbagai tempatan dan antarabangsa yang mudah
dan cepat untuk disediakan pada bulan Ramadan istimewa untuk penonton TV
AlHijrah.
Poket Akhirat
Setiap Jumaat & Sabtu| 6.30
Petang
Poket Akhirat adalah sebuah rancangan berbentuk drama dokumentari tajaan Lembaga
Zakat Kedah yang berkongsi kisah golongan asnaf dalam meneruskan kehidupan
seharian menggunakan sumbangan zakat.
Penonton berpeluang untuk memahami secara
mendalam tentang fungsi dan peranan agihan zakat sebagai pemangkin pembangunan sosio-ekonomi
kepada umat Islam khususnya di negeri Kedah.
Iringan
Ilahi
Setiap Selasa| 6.30 Petang
Iringan Ilahi adalah sebuah program travelog dakwah kendalian Ustaz Ashraff Suarin yang
disiarakan setiap Selasa, jam 6.30 petang.
Sambil menikmati
keindahan alam, Ustaz Ashraff Suarin akan mengambil pendekatan berbeza dalam
mendekati Umat Islam Malaysia yang keciciran dari arus perdana.
Antara yang disantuni
Ustaz Ashraff Suarin adalah seperti umat Islam yang keciciran antaranya kaum
Bajau Laut di Sabah.
Singgahan
Abdi
Setiap Khamis| 6.30 Petang
Singgahan Abdi membawa penonton menelusuri Kota Mekah dan Madinah bagi
melaksanakan ibadah Umrah.
Selain daripada penerangan tentang ibadah
Umrah, turut dimuatkan dalam rancangan ini adalah tips dan panduan untuk
memilih agen perlancongan berdaftar bagi mengelakkan penonton menjadi mangsa
penipuan.
Shafiq Rafiqqin Liow merupakan pengacara rancangan Singgahan Abadi.
Penggambaran Singgahan Abadi di tanah suci.
ACARA
LAPANGAN SEPANJANG RAMADAN
Selain susunan program yang merangkumi pelbagai
genre seperti Kerohanian, Majalah, Drama Dokumentari,Travelog, Masakan, TV
AlHijrah turut melaksanakan pelbagai aktiviti lapangan untuk penonton setianya.
Antara yang sudah direncanakan adalah Bubur Lambuk, Bubur lambuk Antarabangsa,
Qiamulail dan Quran Hour.
Bubur Lambuk
Tradisi pengagihan bubur lambuk di bulan Ramadan diteruskan
untuk tahun ketiga. Sebanyak sepuluh trak saji akan bergerak dari AlHijrah
Big Studio (ABS) menuju ke enam destinasi setiap hari bagi mengedarkan 7000 bungkusan bubur
lambuk.
Program edaran bubur lambuk TV AlHijrah ini turut mendapat kerjasama Persatuan
Foodtruck Putrajaya, Persatuan Food Truck Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti
Selayang.
Bubur Lambuk International
Pada tahun pertama diperkenalkan program bubur lambuk international, hanya lapan negara sahaja
dipilih sebagai lokasi agihan sepanjang Ramadan.
Namun begitu, atas respons positif dan sambutan hangat masyarakat luar
negara, krew Bubur Lambuk International akan menjelajah keempat belas buah
negara baru pada Ramadan kali ini.
Negara-negara
tersebut adalah Morocco, Korea, Indonesia, Perancis, Ethiopia, Jordan, Turki,
Scotland, Mekah, Rusia, Oman, Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat.
Aktiviti yang
mampu mengeratkan ukhwah umah, melipat gandakan pahala, serta mempromosikan
makanan tempatan Malaysia ini mendapat sokongan penuh pihak Kedutaan Malaysia,
pelajar-pelajar universiti dan juga penduduk tempatan.
Qiamullail
TV AlHijrah turun
padang untuk bersama penonton setia TV AlHijrah bagi mengimarahkan sepuluh
malam terakhir Ramadan.
Qiamullail yang dibawakan secara langsung dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan
dilaksanakan pada Sabtu, 9 Jun 2018 bermula jam 3 pagi hingga 8 pagi.
Antara pengisian yang telah dirancang adalah
termasuk memberikan pengisian rohani
seperti Majlis Tazkirah sebelum Berbuka Puasa, Solat Terawih berjemaah,
Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadan, Solat berjemaah, Sahur dan Kuliah Subuh.
Selebriti TV AlHijrah turut turun padang untuk
sama-sama merapatkan saf.
World
Quran Hour
Bacaan al-Quran secara beramai-ramai akan dilaksanakan di Masjid Sultan
Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa pada 7 Jun 2018 bersamaan 22
Ramadan 1439H.
Acara yang digerakkan oleh Kumpulan Media Karangkraf menerusi Yayasan Warisan Ummah
Ikhlas ini akan disiarkan di stesen TV AlHijrah
Program ini mampu
menggalakkan umat Islam untuk lebih menghayati Al Quran sekaligus membuka mata
orang bukan Islam akan keindaham Islam serta amalannya.
Menarik rancangan tahun ni. Bubuk lambuk international Tu tak pernah Rasa. The Chosen program ni bagus boleh beri kesedaran kepada all of us. We should feel bless and unsafe when we are happy menjalani Ibadan puasa dgn tenang...ada org lain yg tak bernasib baik.
BalasPadamBest best semua program . Paling Nina suka Cooking with colors. Segment nya menarik, masakan nya pun simple dan senang untuk di cuba . Tahniah TV al Hijrah
BalasPadamSerious suka tengok cerita pengisian rohani macam ni masa bulan Ramadhan. Paling suka tengok cerita yang dia pergi mengembara tengok tanah suci dengan tempat nabi tu.
BalasPadamthat's a good line up of programs! I would definitely wanna watch Cooking with colours and the chosen. it looks like something i would get glued to.
BalasPadamTV Alhijrah memang kita selalu tengok tambah-tambah bulan Ramadan ini memang program mereka menarik dan memberi ilmu kepada kita penonton...
BalasPadamSesekali ada jugak bukak rancangan kat tv Al Hijrah ni.
BalasPadamBanyak jugak rancangan yang bagus2 dalam bulan Ramadan ni terutama singgahan abdi.. dn dokumentari the Chosen
sekarang nih tv al hijrah banyak program menarik kan. Macam macam pilihan ada. Tapi rumah saya tak dapat tengok tv al hijrah la.. Sadis sungguh
BalasPadamWahhhh menariknya rancangan yg ditawarkan di tv alhijrah sempena ramadhan nie. The Choosen tu nampak menarik rancangannya. Ala2 rancangan Jejak Rasul gitue. Mmg minat utk tgok kehidupan di timur tengah sana. Banyak benda boleh belajar
BalasPadamTV Alhijrah ni bukan shaja rancangan Yang berkonsepkan agama Dan ketuhanan sahaja , rancangan memasak dan drama pun ada . Best lah rancangn Yang ada kt sini .
BalasPadamWahhh so good... You let us know what tv program coming up.. so nice of you. At least we can catch up the stories. Love to know more about the historical and documentary story
BalasPadamThankyou sharing memang dalam bulan ramadhan ni kena perbanyakkan tonton cerita yang lebih bermanfaat dan banyak pengajaran.untuk tambah ilmu lagi
BalasPadam