Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, May 22

Jalan jalan di negara matahari terbit?

Teruja juga menghadiri pre shopping experience di Jalan Jalan Japan (JJJ) yang bakal dibuka di Seremban Centerpoint Mall, Seremban. Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah pergi JJJ kat 2 cawangan yang telah dibuka samada di One City, USJ dan 1 Shamelin Mall, Cheras. 

Seawal 12.30 tengahari dah tiba kat Seremban Centrepoint survey dulu tempatnya sebelum keluar semula sebab nak singgah masjid negeri. Nasib baik tak jauh pun dari mall ni. 

Pertama kali datang cawangan Jalan Jalan Japan ni teruja sebab ini pertama kali ke JJJ dan saya pernah mendengar juga pasal JJJ yang menawarkan harga yang murah. Semurah RM1. Ye ke RM1???. Betul...tepat sekali. JJJ di Seremban Centerpoint terletak di Tingkat 3. Jangan risau ada penunjuk arah JJJ di sini. Ikut ajer arahnya. Pasti you alls tak akan sesat. 

Ok. Tak sabar nak explore. 


Jalan Jalan Japan menempatkan barangan preloved pada harga yang sangat sangat murah. I repeat sangat sangat murah ok. 


Barangan Jepun berkualiti di bumi Malaysia yang bertuah ini. 


Video sejurus saya dan keluarga masuk ke dalam JJJ. 


Dania sibuk2 tunjuk ayah dia board game apa tah tu. Harganya RM10 ajer. 


Kalau bebudak kecik masuk area ni alehaiiii mau nangis tengok mainan preloved yang sangat-sangat murah ni. Tak percaya boleh check it out. Betul tak apa yang saya cakap ni?. 


Ini section fabrics ni. Macam-macam fabrics yang boleh dipilih. 


Adik-adik yang tak bertudung tu mesti teruja tengok aksesori rambut yang dipamerkan. 


Ini sudah semestinyalah section pilihan mak mak. Banyak pinggan mangkuk dengan harga yang berpatutan dijual di sini. Kalau nak kelainan boleh pilih pinggan mangkuk yang ada corak budaya jepun. 


Ni pun sama. Pinggan mangkuk. 


Anak-anak kan cepat membesar. Kalau nak jimat boleh beli berhelai-helai pakaian kat sini. Dah boleh jimat banyak tu. 


Barangan bayi yang masih elok lagi ni. 


Pakaian wanita pula. 


Kasut wanita yang disusun kemas di atas rak. Mata saya dan Dania meliar je area ni. Mana tau ada yang berkenan di hati. 


Close up sikit. 


Yang ni baju kimono. Harga bermula dengan RM20/sehelai. 


Aksesori kepala untuk harijadi, parti, halloween semua ada. 


Wahhh rambang mata tengok beg-beg yang dipamerkan. Kejap belek-belek kemudian letak balik dan begitulah ceritanya untuk beberapa buah beg. 😊😊😊


Bukan section wanita ajer. Section lelaki pun ada. Kalau pandai pilih, boleh dapat pakaian yang berbaloi-baloi. 


Saya tahu alatan golf ni boleh mencecah ribuan ringgit. Apa kata berkunjung ke JJJ ni?. Banyak pilihan. 


Close up sikit harga. Cuba compare banyak mana boleh jimat kalau beli yang baru dengan yang ni?. 


Stroller bayi pun ada. 


Adik-adik pula akan rambang mata kalau ke section ni. 


Alatan muzik. Melodian tu saya tengok harga RM50/sebuah. 


Barangan di dalam kaca ni saya rasakan barangan yang berharga. Boleh rujuk jurujual kalau berminat. 


Ni lah diantara barangan yang saya dan keluarga grab pada hari tersebut di JJJ Seremban Centrepoint. 

Saya beli 5 item :


1. Bekas comel isi garam, lada hitam - RM10
2. Mainan board game - RM10
3. Kasut Converse warna kelabu - RM50 
4. Pouch jenama Colombia warna hitam - RM10
5. Sweater jenama Dunlop warna hitam - RM20

Total 5 item : RM100


Wajah keluarga yang puas hati setelah berbelanja di JJJ. 


Jalan Jalan Japan akan dibuka secara rasmi di Seremban Centerpoint pada 2 Jun 2018

Akan ada cabutan bertuah di mana pengunjung berpeluang memenangi wang tunai RM1000 serta beberapa hadiah yang lain.



Taken from here

Untuk keterangan lanjut boleh layari facebook dan instagram JJJ seperti di bawah ya 🎎🎎🎎


https://www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/


https://www.instagram.com/jalanjalanjapanmy/

Jom Jalan Jalan Japan....

18 comments:

  1. Wahh ... JJJ ada kat Seremban nanti. Yeahh yeayyy...!! Nanti pi Port Dickson boleh laaa singgah JJJ dulu. Kena standby extra masa 3'4 jam dok jalan dalam tu jer.... hehee

    ReplyDelete
  2. Wah, so lucky of you that JJJ is now in Seremban! When lah will they come to Ipoh? I hope it will be soon. I would love to shop, shop, shop!!!

    ReplyDelete
  3. wah untunglah dah ke JJJ. rasanya dah ramai ke sini kan? dengar cerita produk dia sangat bagus kan>? teringin juga nak pergi nanti!

    ReplyDelete
  4. I dah terjebak dah hari tu..nanti opening diorang sure i terjebak lagi..memang i nak pi lagi sebab ada barang yang i dah aimed dan memang i nak sangat cuma harganya agak lumayan jugak

    ReplyDelete
  5. Pernah pergi sekali kedai Jalan-Jalan Japan dekat cawangan one city sky park. Tapi macam tak banyak sangat barang menarik. Tapi yang cawangan seremban ni besar juga yer. Barang pon best-best.

    ReplyDelete
  6. Seem Jalan Jalan Japan has expand their business. Last time I visit Sharmelin and One City branch. Manage to get a good deal and the product condition is good. I'm okie with the products as long the products still in good condition although is pre loved items.

    ReplyDelete
  7. Fuhhhhhh! Makin ramai yang menyinggah beli di JJJ ni, bikin jeles ni,hehe...nak usha jacket bulus-bulus.. mesti berbaloi ni beli kat sini sebab banyak pilihankan...

    ReplyDelete
  8. Ingat betul-betul lah pergi jalan-jalan kat Jepun rupanya masih kat Malaysia hehehe. Sekarang ni dah banyak barang dari negara tersebut boleh dapat kat Malaysia dengan mudah tengok pilihan banyak tapi ini bukan barang terpakai kan hehehehe...

    ReplyDelete
  9. Tak sabar nak tunggu 2 Jun hari pembukaan kepada public, macam-macam dah ada dalam list nak beli... Bonde dah pernah pergi JJJ area Sky Park Puchong, macam-macam Bonde dah beli hr tu he he he

    ReplyDelete
  10. Wow they are expanding so quick! I love to shop at Jalan Jalan Japan, if you have time to search and be patient there are quite a lot of hidden gems. Worth visiting :)

    ReplyDelete
  11. Jalan Jalan Japan ni memang best. Ruby cawangan dekat di Shamelin. Nasib baik mereka buka di sini. Mudah mencari barang. Props, baju sejuk, mainan anak-anak. Hehe. Orang Seremban bleh la cuci mata, sebab murah dan berbaloi-baloi. Rugi kalau tak pergi Jalan Jalan Japan. Hehe. Ruby ada berkenan baby cradle, murah je dan vintage style. Tp anak ku dah besar. Takmo tidur diam-diam. Haha.

    ReplyDelete
  12. Takutnya nak dtg sini. Takut tak muat kereta dik kerana beli banyak sgt barang. Harga dah lah terlajak mampu. Cantik2 pulak tu. Bestnya !!! Nak pergilah nanti

    ReplyDelete
  13. You know this place is so addictive, everytime i go in sure come out with bags and bags of stuff be it toys, bags, clothes or kitchen utensils. All because the price is so good and also the products.

    ReplyDelete
  14. i mmg suka pegi jalan jalan japan. biasa pergi yg kat subang jaya tu sbb dekat ngan rumah. klu pergi sini permainan yang anak i suka terjah. banyak pilihan dan murah-murah pulak tu

    ReplyDelete
  15. Wah dekat Seremban pun dah ada Jalan-jalan Japan . Bila agaknya ada cawangan lagi satu di Pulau Pinang pula. Geram tengok ramai Yang update barangan murah kat sini . Nak kena serbu cepat.

    ReplyDelete
  16. jalan-jalan japan kat kalng valler ni memang selalu p. dia dah bukak outlet kat sana ye haha. senang lah area sana nak shoppinh. Waktu nak winterseason mesti akan ramai yang singgah sana nak cari baju sejuk ! memang berguna baju seluar dia semua. murah giler hehe

    ReplyDelete
  17. This is my weekly shopping place that must go and I have bought notes than 50 dresses there... More to come and 3rd wardrobe gonna comes in to o... Lolz

    ReplyDelete
  18. Banyaknya barang prelove. Nanti kita nak pi sini la beli baju. Harap in the future cawanga JJJ dibuka di JB ;)

    ReplyDelete