Pepagi lagi dah get ready untuk breakfast berdekatan dengan rumah. Saya dan Dania pergi dulu. Hubby datang kemudian dengan menaiki motor kerana nak balik Alor Setar naik motor. Semangat nak mengundi kat Kedah tu.
Sesambil makan dulu kat bawah meja ada rainbow yang sangat cantik. Biasan matahari dari pintu kaca dalam kedai. Dalam hati cakap adakah hari ni akan ada pelangi buat rakyat Malaysia?. Cantik kan?.
Ok hubby dah tiba. Snap gambar dari dalam kedai makan ni.
Lepas habis makan, hubby terus menuju ke destinasi Alor Setar Kedah untuk mengundi di Parlimen Kuala Kedah dan Dun Pengkalan Kundor (Hubby dapat mengundi jam 4.00 petang sebab hujan lebat kat Kedah. Nasib baik sempat mengundi. Kat tempat mengundi hubby bagi lesen memandu sesambil orang SPR kata kami bukan polis trafik nak check lesen 😄😄😄).
Saya dan Dania pula menuju ke Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya, sekolah rendah masa saya kecik2 dulu. Mengimbau kenangan sungguh. Saya tiba kat sekolah ni jam 8.45 pagi. Huiiii punyalah panjang barisannya. Dah kena beratur sehingga belakang sekolah. Terjumpa pulak jiran masa saya kecik2 selang 5 orang depan saya dan kawan sekolah rendah saya.
Haaa ni lah tepi sekolah rendah saya di bahagian belakang. Dania setia menemani umminya lah.
Ada communication breakdown kat pusat mengundi ni di mana SPR melepaskan kami yang beratur panjang2 kat luar ni ke dalam kawasan sekolah setelah 2 jam beratur (mereka melepaskan sikit2). Patut la line tak berapa nak bergerak ke depan. Alasan sebab cuma ada 2 je komputer untuk check saluran tempat mengundi sedangkan kebanyakkan daripada kami dah tau pun saluran kami. Cuaca punyalah panas sehingga saya kena bawa payung. Bila SPR melepaskan sekaligus yang beratur kat luar sekolah tu masuk ke pekarangan sekolah, terus la saya berjalan laju2 menuju ke saluran yang ditetapkan. Saya dah tahu saluran mana. Tak payah nak check dengan SPR lagi. Macam kelam kabut la sikit bila orang ramai yang beratur kat luar tu berpusu-pusu masuk ke pekarangan sekolah.
Masa dah beratur kat dalam kawasan sekolah tu aunty cina belakang saya siap pass kipas tangan supaya saya dapat kipaskan Dania supaya Dania tak panas. Untung la ada yang prihatin. Tak kira warna kulit. Tq aunty ya.
Jam 11.05 pagi selesai la saya mengundi untuk Parlimen Damansara dan Dun Bandar Utama. Singgah terus Petronas berdekatan untuk beli air. Berpeluh-peluh saya dan Dania.
Nak tunjuk bukti dah mengundi untuk PRU14 ini.
Setakat entri ini ditulis, negara kita Malaysia dah pun mempunyai seorang Perdana Menteri yang ke 7 yang baru dilantik iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tsunami melanda politik Malaysia kerana Malaysia menolak Barisan Nasional dan mengangkat Parti Harapan Rakyat untuk memimpin negara di PRU14 setelah 60 tahun Barisan Nasional memerintah Malaysia.
Moga negara kita aman dan tenteram di bawah pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan barisan kabinet baru. Jalankan lah tugas dengan penuh amanah dan berintegriti. Hope for a better Malaysia. Insya allah.
Orang lain dok letak gambar dengan Tun. Saya jumpa Tun pun masa saya kat sekolah rendah tempat saya mengundi ni. Masa tu mana ada istilah selfie lagi. Eh...mana boleh bawa handphone kat sekolah.
I balik hometown semata-mata untuk voting... untuk Malaysia! Proud to b Malaysian..
BalasPadamSeronok juga tengok kawan2 yang balik ke kampung halaman untuk mengundi. Letih tu pasti kan, lebih2 lagi2 kalau stuck dalam jam. Tapi, bila dah lepas mengundi tu, rasa lega dan tak sabar pulak nak dapat tahu result di malam hari. Tempat Bella takde masalah sebab orang pun tak ramai. Tapi tempat best friend Bella ada isu, entah kenapa SPR baca number IC lambat2 lepastu kena tahan luar perkarangan sekolah padahal semua org dah tahu Saluran masing2 (semuanya dah check online, siap print screen lagi haa). Last2 ramai yang tak dapat. Ada yang beratur dari pukul 2pm sampan pukul 5pm pun tak dapat mengundi. Adoii macam2.
BalasPadamBella berharap agar Malaysia Baru ini dapat membanteras kleptokrasi, salah guna kuasa, rasuah, penindasan, high cost of living dan macam2 lagi. InsyaAllah, amiin.
Eh eh macam sama kes la kat sek ni. Ditahan sampaj 2 jam. Orang tak berganjak pon.
Padamyeah I went nearby only but my dear back his hometown with sis. glad my bro came to join me as we have a good afternoon time together after.
BalasPadamSamalah ngan hubby i balik
BalasPadamKg mengundi. I pula mengundi kat ttdi. Siap berselfie u ngan dania kat sana ya hehhe
Memang tahun ni bagai Tsunami PRU14..ramai betul keluar mengundi dan ramai anak- anak muda sampai area SA penuh..beratur panjang dalam cuaca panas melimpah keluar sekolah..baik yang tua mahupun yang muda..SA sendiri beratur 1 jam..pun bawak Dania jugak untuk temankan SA
BalasPadamSemangat nya naik motor balik ngundi. Kami ngundi di Selayang dan Jalan Ipoh je. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Alhamdulillah Malaysia di bawah pimpinan baru. Semoga terus maju pada masa akan datang.
BalasPadamooh mengundi dekat sana ke? siapa yang menang eh> hahahaah untunglaa balik kg,. sambil2 kan> jari tu awat separuh ja hahaah
BalasPadamKalau Parlimen Damansara ni : Tony Pua PKR
PadamDun Bandar Utama : PKR
Alhamdulillah..segalanya telah selesai dan kita sekarang dan ada pemimpin baru. Harap lps ni negara kita terus aman damai dan tiada sebarang masalah yang serius. Ini sekadar ucapan pendek dari sis..nak cite panjang kang melalut pulak entah kemana-mana..bahaya gitu....hahaha
BalasPadamSikit jer akak nya calit warna kat jari tu hehehe kita ni seminggu baru hilang warna tu tapi apa pun tahniah rakyat Malaysia kerana berani berubah dan juga telah menjalankan tanggungjawab mereka..
BalasPadamSemangat PRU ni masih terasa sampai sekarang kan. Inilah PRU yang paling meriah dan happening. Ramai orang muda keluar mengundi. Dan semestinya idola saya Tun M pemberi dan pencetus semangat.
BalasPadamSaya harap benda yang sama. semoga negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman dan tenteram sentiasa dibawah pemerintahan perdana menteri yang baru.
BalasPadamAlhamdulillah dah selesai pun PRU14 kita .. dan akhirnya Tun M jadi PM kita buat kali keduanya.. macam tak percaya je kan.. TB pun mengundi hari tu.. TB pi belah petang dalam pukul 2pm macam tu sebab tau time tu tak ramai orang.. dah berapa kali undi kami pi time macam tu.. sampai je tempat mengundi tak perlu beratur.. masuk je terus bagi ic dan terus mengundi.. hehehe.. sampai abah pun jeles kami balik awal.. hahaha..
BalasPadamMeriah kan pru kali ni. Itu la, harap2nya dengan pucuk pimpinan yang baru ni, banyak perubahan yg positif dilakukan ke atas negara kita. Moga negara sentiasa aman tenteram dan rakyatnya bersatu hati.
BalasPadamMeriah betul pru rupanya. Ini pengalaman pertama sy mengundi. Rasa sangat seronok dpt memilih pucuk kepimpinan
BalasPadamTahun ni tahin ke2 saya mengundi. Alhamdulillah semoga Malaysia lebih baik baik dan makin maju.
BalasPadamdunno why this year election extra semangat.. siap racheal drive the whole town with Flag... hahahha.. i really love to see all the people combine into one mission.. this is what we call one dream one vision..
BalasPadamBetul2. Mengundi kali ni memanh dah macam raya..haja bukan pilihanRAYA.
BalasPadamKereta atas jalan raya, ya ampunn banyak gila sampai berjam-jam tersangkut dalam jam.
Seronok kan? 5 tahun sekali pengalaman camni. Memang best. Saya dapat peluang balik kampung untuk mengundi
BalasPadamSemoga malaysia sentiasa aman dan sejahtera di bawah PM Dr Mahathir dan kerajaan baru.