Jumaat, Mei 25

Di sebalik Bunga Lawang....

Bulan puasa ni kadang-kadang kita nak makan airtangan orang lain. Dalam erti kata yang lain, jemu dah makan airtangan sendiri. Saya nak suggest Bunga Lawang Cafe yang terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Kalau tak masak hari ni boleh la berbuka puasa kat Bunga Lawang Cafe ni. 

Alamat Bunga Lawang Cafe :

50-G, Jalan 7/7B, Seksyen 7
Bandar Baru Bangi
(Sederet dengan 99 Speedmart)


Apa yang dihidangkan ya? Ada pakej yang boleh dipilih. Ini bubur kacang dengan air sirap selasih pandan. 


Sambal tumis udang yang menggiurkan ini. 


Sotong masak hitam pun ada. 


Telur asin dan ulam-ulaman bersama dengan sambal belacan. 


Tetel goreng jintan ni pun memang sedap. 


Siapa yang minat kari kepala ikan masak ala orang utara boleh try ni. Memang sedap. Fully recommended. 


Asam pedas ikan pari. Kecur airliur heh....


Taugeh goreng. 


Peminat si asam pedas boleh cuba hidangan ini. 


Ayam masak lemon. 


Kita tengok set berbuka puasa pulak. Pilih la yang mana sesuai. Lauknya banyak untuk setiap set. Kalau nak solat maghrib, ada surau disediakan untuk pengunjung. 








Info selanjutnya di link bawah ye 😉😉😉


1 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.