Keyakinan diri adalah kunci utama bagi golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga. Oleh itu, golongan wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut.
Pada 3 Mei yang lepas diadakan majlis pelancaran SAFI SHAYLA formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Nak tau apa kelebihan Habbatus Sauda? ia dapat membantu untuk mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Selain daripada itu, ia dapat mengekalkan rambut sihat dan menghindari keguguran rambut.
Majlis pelancaran diadakan di District 21, IOI City Mall.
SAFI SHAYLA kini mngeluarkan rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi Habbatus Suada tetapi juga Micro Bamboo Charcoal.
Pembungkusan baru produk SAFI SHAYLA yang disertakan dengan haruman yang menyegarkan. Haruman ini boleh bertahan sehingga 48 jam.
Yang ni memang one of my favourite. Mist 2 dalam 1 untuk hijab atau rambut. Kalau kita pergi ke kedai makan yang banyak asap kan...kekadang tudung berbau roti canai lah, ikan bakar la. Haaa sembur je mist ni. Gerenti bau yang sangat wangi. Saya dah cuba masa pergi ke kedai ikan bakar. Meninggalkan bau yang sangat menyenangkan selain tiada kesan pada tudung. Haruman yang menyegarkan bertahan selama 24 jam.
Sebelum majlis bermula boleh bersantai duduk atas bean bag. District 21 ni penuh dengan permainan aktiviti lasak.
Pengacara majlis membuka bicara.
Chief Executive Wipro UNZA (Malaysia) Sdn Bhd, Mr Sriram Krishnamurthy
Pelancaran yang menarik dengan aksi bergantung dengan tali.
Ada juga game untuk blogger. Saya macam 50% takut nak main atau tak nak main sebab takut ekstrim je. Hehe. Akhirnya saya pilih untuk bermain. Kami dibahagikan mengikut warna wristband. Saya team biru. Ni main duduk dalam tayar besar dan kemudian lari menarik tayar untuk pass kepada ahli kumpulan.
Photo credit here
Kat sini kena susun kotak2 tu sehingga 1st climber boleh naik sehingga kotak yang ke 10. Saya tukang tahan kotak supaya tak jatuh ajer.
Photo credit here
Kena masuk dalam maze ni 3 orang ahli kumpulan. Selebihnya main hoolahoop sebanyak 5 pusingan.
Photo credit here
Ni pun salah satu permainan di sini. Ahli kumpulan kena membawa bola tanpa jatuh dan berpijak atas trampoline. Susah juga nak imbangkan bola itu sebab tempat berpijak tu beralun.
Ketika pengumuman pemenang, team kami memenangi title 'Enthusiastic Team'. 💪💪💪. Tak sia sia 2 hari lenguh2 badan....dapat la hamper SAFI SHAYLA. Tq team SAFI SHAYLA.
Wanita yang berhijab pun boleh kekal aktif dengan SAFI SHAYLA tau. Produk SAFI SHAYLA memiliki sijil halal.
Untuk keterangan lanjut boleh log di :-
Suka produk Safi pencuci muka. Tapi belum pernah cuba syampoo dari mereka. OK Tak kak untuk kulit kepala dan berhijab? Ruby sensitif skin kat kepala. Pergi mall mesti suka bau shampu Safi Shayla ni, tapi tak berani guna. Hehe. Saya ingatkan nama Safi Shayla sempena nama duta mereka sebelum ni si Sheila Hamzah tu.
BalasPadamWangi memang wangi lah. Kalau kulit kepala Ruby gatal, kena cari produk dari bahan alami. Takde bahan kimia. Akak pun jenis kulit kepala sensitif jugak. Silap syampu gatal kulit kepala.
Padamproduk safi semakin menyerlah jenamaannya..sebab dah ada pelbagai kegunaannya..saya suka syampunya sebab bau dia woww best..
BalasPadamKinah dari zaman remaja lagi guna produk safi ni kak ezna. Dari pencuci muka sampai la syampu . Memang serasi dengan kinah. Kebetulan safi pun ada keluarkan hair mist untuk hilangkan bau lagi kinah suka. Wangi dan tahan lama pulak tu. Seronok jumpa dengan akak aritu. Kalau ada rezeki boleh jumpa akak lagi
BalasPadamCantik packaging baru Safi Shayla ni. Sangat berwarna-warni. Sekarang pon memang pakai shampoo ni. Tapi packaging lama lah. Suka Safi Shayla ni sebab bau nya yang tersangat wangi.
BalasPadamuntuk yang berhijab je ke..yg tak berhijab macam saya takleh ke? hehe..macam menarik sebab tengah cari jugak produk untuk bantu kurangkan rambut gugur. Btw macam best jer aktiviti aktiviti yang dorang buat untuk blogger. kalau pergi aritu boleh join sekali.haha
BalasPadamSuka guna safi shayla ni bau dia wangi dan rambut lebih lembut.packaging baru ni nampak lebih cantik sebab pilihan warna dia
BalasPadamWah shampoo pun ada habbtus sauda ye..tapi betullah, even wanita bertudung pun, kebersihan dan kesihatan rambut pun kena jaga betul-betul kan..
BalasPadamTahniah Safi Shayla atas pelancaran produk dan wajah baru. Cantik packaging semua produk. Pelbagai size pula tu. Harga pun berpatutan. Yg penting kekal harum pada masa yang lama.
BalasPadamBestnya korang. Emi macam nak join jugak haritu. Tapi tak dapat la sebab dia buat hari bekerja. Kalau buat hari minggu memang emi join dah. By the way emi memang pengguna shampoo safi shayla. Yg botol warna merah tu.
BalasPadambotol dia nampak eksklusif sangat. setanding dengan kehebatan bau dia. hopefully wanita bertudung yang ada masalah bau rambut ni bolehlah hindari dengan produk ni
BalasPadampernah guna shampu ni memang best terutama utk wanita bertudung..dia meneyababkan kita tak rasa gatal2 kepala..dan kita akan rasa selesa sepnjang masa...packaging baru dia ni not bad la cantek
BalasPadamI also SAFI Shampoo user. Like the nice smell. But seem SAFI has fun activities for bloggers and media. Congrats to the winners too.
BalasPadamNina memang pengguna produk Safi. Suka shampoo dia. Wangi nya kekal lama. Lawa laaa packaging baru yang ni
BalasPadamtahniah safi shayla. mmg safi shayla antara products penjagaan rambut khas utk wanita bertudung. dgn packaging terbaru dan formula terbaik mmg sgt membantu wanita yg mengalami masalah rambut berbau dan bermasalah
BalasPadamfirst time dengar penyembur wangi untuk tudung dan rambut tu. ye la kan, kadang2 bila makan dekat sesetengah tempat mmg melekat bau makanan tu dekat pakaian. Boleh la beli sebab memang selalu pegi kedai makan bakar2 n steamboat. balik kedai makan je harumm bau kambing bakar melekat. haha
BalasPadamMemang meriah sangat-sangat masa tu. Semua penuh dgn semangat kesukanan. Best !! Dah try pakai shampoo safi shayla nie, best sbb wangi sangat2. Hopefully akan ada lg event mcm nie akan dtg
BalasPadamWah happeningnya event ni. Sayang tak dapat pergi sebab tak turun KL time tu. Packaging Safi Shayla yang terbaru ni stylo lah , colourful dan lawa sangat. Memang sesuai dan menarik tema menarik minat wanita untuk mencuba kan.
BalasPadamwah...this has to be one of the most exciting launches by far. So many activities in just one event. My mom and sis diverted to Safi once they started to wear the hijab, and I have not heard them complain about anything. kudos!
BalasPadamWow this new range is interesting and i love their packaging. The perfume hair mist is something i am looking forward too coz in malaysia the weather is hot and we sweat a lot, so this is something very useful for me.
BalasPadam