Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, December 31

#JomNaikMRT

Dah lama hubby ajak naik MRT. Baru kali ni berkesempatan. Bertolak la kat MRT Taman Tun Dr Ismail selepas lunch di Awan Besar. Tak ramai sangat orang naik MRT kat TTDI ni. 


Turun kat Bukit Bintang dan terus menuju ke Pavilion. Rasanya ni lah kali kedua kot masuk Pavillion. Jalan kejap dah haus bagai. Terus menuju ke Serai. Nak minum air je tapi order sekali pavlova dan goreng pisang + maple syrup + ice cream. Kira tea time la ni. 


Singgah Duck Scarves tapi cuma tengok2 ajer. Tak beli pun. 

Dania request nak beli something kat Art Friend jadi Dania dapat la pen ala kaligrafi. Masa ni dah settle beli la ni. Tu yang Dania dok belek pen2 dia tu. Memacam la budak2 muda sekarang ni ye....? 


Singgah beli ni kat Family Mart sebab rasa cam pening2. Makan ni kurang sikit la peningnya. Siapa lagi yang suka?....ada halal jakim dah ni. 


Tiba je Bandar Baru Bangi singgah pulak beli makanan ikan dan pokok pinang ni. Nursery ni sebelah je pun dengan kedai ikan. Pokok pinang ni nak tanam depan rumah. Tinggi jugak pokoknya. Muat masuk kereta kami. Daun sampai ke depan ni haa....ni lah takde kete tinggi. Hee hee....


Pokok pinang ni dah selamat dah pun tanam kat depan rumah. Pokok pinang ni keluarga pokok palma jugak la. 

17 comments:

  1. Hihi. Saya selalu gunakan pengangkutan awam juga termasuk MRT. selain lebih luas, routenya tu pun banyak. Memang cukup mudahlah nak ke mana-mana pun sekarang.

    ReplyDelete
  2. Berjutai-jutai daun pinangnya tu kak hehe.. sy tak berpeluang lagi kena tunggu next years lagi la nampaknya nak merasa naik MRT tu

    ReplyDelete
  3. I selalu naik MRT dan LRT... convenient.. tak payah risau parking, tak payah risau terlalu lambat pasal traffic jam

    ReplyDelete
  4. Memang dgb adanya MRT ini memudahkan perjalanan cuma tak cukup tempat parkir je huhu...

    ReplyDelete
  5. Baru ni pun Sal bawak anak² naik MRT..cuma lom share dlm blog..seronok gak naik MRT ni..

    ReplyDelete
  6. Saya belum naik MRT lagi. Semua public transport dah pulun. MRT je belom. Nanti try, kalau nak pergi makan satay Kajang Hj. Samuri mungkin.

    ReplyDelete
  7. hemm.. MRT yang macam mana yea.. huhu.. teman pernah naik LRT dengan apa ntah satu lagi tu je.. awat? ada beza ke.. huhuhu.. TB memang tak pandai bab nama2 transport awam ni.. tapi suka naik je.. kih3

    ReplyDelete
  8. Hari2 memang naik MRT pegi balik keja...skrg dh ramai pilih MRT dh..tp jalan still jammed..nama pun KL kan..psst kat TTDI ada Bens independent grocers..area tu ada kedai makan Thai best...

    ReplyDelete
  9. wah... naik mrt... confuse y mne... komuter, lrt, monorail dah pernah try jugak la dulu...

    ReplyDelete
  10. hehehe, teringat awal tahun 2017 travel area KL first time naik MRT.. best sikit kan sebab koc dia kecik sikit ^^ tapi saya gayat hahahaha.. bestnya dapat jalan with family ^^

    ReplyDelete
  11. memang best naik Mrt nak pergi mana-mana pun mudah sbb jem selalu skg nie.

    ReplyDelete
  12. Teringin nak rasa naik MRT.. biasa p KL mmg own car or naik grab je nk jln2.hikhik..

    ReplyDelete
  13. rajin u jalan2 sampat ttdi nak naik mrt heheheheh....i pun dah lama tak pegi pavi..parking pavi mahal huhuhu

    ReplyDelete
  14. i lom naik lg MRT ni haishhh hehhehe

    ReplyDelete
  15. Sis pernah naik lrt sekali dan mrt sekali kot..hehehe itupun sb ada yg membawa. Kalau nak naik sendiri nampak gayanya mmg tak naik naik le..penakut..takut sesat..hehehe

    ReplyDelete
  16. belum pernah naik MRT lagi memang teringin nak naik... Nanti kalau dah naik Bonde pon akan share pengalaman...

    ReplyDelete
  17. MRT has become more convenient and it link to certain mall like MYTown, Ikea Cheras , Sunway Velocity and many mores. Is the best time to take MRT to avoid jam on the road.

    ReplyDelete