Monday, December 4

Jalan Jalan Hujung Minggu

Keluar rumah dalam kol 11 pagi. Makan tengahari terus kat Hasan Ayam Kampung R&R Awan Besar. Lajak ke Digital Mall PJ. Niat di hati hubby nak tengok2 ajer lappy. Tetiba bila hubby tanya suka ke? Hehehe....terus ahkak pilih warna merah. Pilih lappy yang not too complicated ada itu ini. Dengan harapan dapat buat kerja menulis ni pun dah cukup bersyukur Alhamdulilah. Kengkonon hadiah wedding anniversary lah bulan 12 ni (tak declare pon hadiah wedding anniversary. Hee hee) 

Ni tengah menunggu kat Technical Support sebab nak install Microsoft Office.


Dah jalan2 haus la pulak. Singgah Starbucks kat Jaya Shopping Mall. Dania cukup suka la. Dah lama tak pegi pon. 

Nama panjang H.A.S.B.U.L.U. Nama pendek B.U.L.U. Why lah why lah nama tulis ni?. Tapi kelakar gak. Hee hee....


Singgah solat dulu kat Masjid saya nikah dulu kat Damansara Utama then terus ke IOI City Mall. 

Asal singgah IOI City Mall mesti singgah. Asal singgah je mesti kat IOI City Mall. Kat tempat lain yang ada branch ni sama je. Tengok2 je pon jadi. Kali ni dapat juga 2 item. Pembakar semangat sebab Dania dapat No. 3 dalam peperiksaan akhir tahun. Ummi pun macam ehhhh??? tak sangka sungguh sebab berlawan markah dengan kawan sekelas.  tapi good job, well done sayang!

Beli juga baju mandi brand Ogival untuk Dania. Alah....beli yang ada discount 50% sebab pakainya pon bukan selalu. Baju mandi sebelum ni dah agak ketat. Nak kena beli yang besar lah. Dania agak cerewet bab2 ni. Kena jaga juga kan?. Beli pun sebab next week nak bercuti ke tempat yang ada taman tema kat hotel. Kat mana?. Nanti saya update. 


Singgah juga Motonation kat PICC Putrajaya. Bergambar dengan kereta Audi. Siapalah pemiliknya nanti ye? Warna florett silver. 


Alang2 kat Putrajaya singgah Ayer 8. Akhirnya singgah sini setelah tawaf banyak kedai makan. 


Pilih seafood lambak style ni. Ada 2 jenis portion ya. Boleh pilih RM39 atau RM69. Top up 3 nasi dan 2 telur dadar. Alhamdulilah....muka ada sinyum sebab kenyang. 







No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails