Hari minggu di mana?

Hari minggu untuk this week ada 2 wedding sabtu dan ahad. Wedding hari sabtu dekat dengan rumah je. 


Wedding hari ahad kat Armada Hall di Marina Putrajaya. Kebetulan terjumpa pula dengan one of my good friend dan family dia. Terkejut juga bila Dania kata ummi....aunty Jona kat luar. Jona kawan dengan pengantin lelaki, saya pula sebab hubby kenal ibu pengantin perempuan. 

Ni Dania dengan anak Jona nama Fitrah. Tertutup mata pulak dia. Hubby Jona takde sebab masih kat Perak sebab bapa mertua Jona baru meninggal dunia. Al Fatihah buat ayah mertua Jona ya. 


Saya dan Jona. Kawan baik saya masa kat Kontena Nasional. Tahap belangkas dah kami ni. Hee Hee...


Cantik sungguh pemandangan kat sini. Tepi tasik gitewww....Dania nanti kahwin kat sini lah ye?. Nanti pakai baju warna biru firus....Hee Hee....


Lepas tu kami ke Alamanda sebab hubby nak renew lesen kat Pejabat Pos. Bukak pula hari ahad. Lepas renew dan beli barang2 terus ke dusun tuan rumah yang saya beli ni. Besar dusunnya. Betul2 sebelah Coffee Village kat Putrajaya. Beliau juga Naib Pengerusi Kelab Tasik Putrajaya. 

Kat dusun ni ada pokok2 durian, rambutan, kelapa, cempedak, nangka madu dan lain2 lagi. Niat di hati nak beli durian. Alah tak banyak pun. Nak merasa je. Beli 2 biji durian dapat 1 biji. Alhamdulilah. Makan juga dua ulas kat sini tapi disebabkan Dania tak makan durian, yang tukang jaga durian ni pi kait buah rambutan bagi kat Dania. Rambutan kalu.....memang Dania tak tolak le. 


Durian baru gedebuk jatuh pagi tadi....pilih pilih nak yang mana?...


Rezeki Dania tapinya ummi dan ayah pun join makan sekali. Manis sungguh!!!. 


Hari minggu anda bagaimana pula?...

Comments

  1. Seronoknya akak. Hujung minggu pi majlis, makan buah tempatan dan bersama keluarga. Hehehe.

    ReplyDelete
  2. wih sangat kenyang sepertinya. 2 hari berturut-turut ada acara. Hari minggu hari untuk memberi nutrisi tubuh :D

    ReplyDelete
  3. sekarang memang kenduri kahwin jelah cuti skolah ni hehe aduh terliur tengok durian tu T.T

    ReplyDelete
  4. alahai...bestnyer buah tempatan tu ...lama tak pekena rambutan dan durian...

    ReplyDelete
  5. Anak Ezna nama dania? Sama la ngan SA..anak dara SA nama Dania jugak...x bleh tahan tgok durian tu ha...

    ReplyDelete
  6. hari minggu Cik Ash tak ada pergi mana pun duk di rumah kesihatan suami tak mengizinkan sikit... hihihihi... suami pun minat makan durian kalau tengok dekat harus terliur ni..

    ReplyDelete
  7. Hujung minggu berjalan pergi makan nasi Arab. Selebihnya duduk rumah ajalah mengemas rumah. Hehe. Sedapnya durian.

    ReplyDelete
  8. bestnya ada buah-buahan rambutan dan durian kat kampung sy x ada musim ar

    ReplyDelete
  9. Erm hari minggu dok rumah je... hari biasa je g jenjalan hahahah wowww durian tue

    ReplyDelete
  10. Terliur tgk durian and rambutan gading tuuu..
    Huwaaa

    ReplyDelete
  11. haha syoknya so many wedding to attend. yes i love both durian and rambutan jugak, but too heaty.

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  12. seronoknya pegi makan nasi kenduri, gantung periuklah ye hari tu hihi. nak plak dapat makan durian sedapnyeee...nak beli kat memang mahal teramat sangat

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  13. Such a fun weekend, I manage to spent mine with my family and some durians too hehe

    ReplyDelete
  14. Samalah cuti sekolah sahaja banyak aktiviti dihujung minggu mengahadiri majlis perkahwinan kan!.
    Menarik juga lokasi dewan perkahwinan di Armada Hall di Marina Putrajaya. Boleh diwar-warkan juga ni, maklumlah duduk di Bandar ni ruang untuk majlis amat terhad dan perlu rancang dan tempah awal. Ada saya kongsikan juga di blog saya berkenaan dewan disekitar Bandar Baru Bangi.

    ReplyDelete
  15. Untung anak akak dah ada lokasi kahwen ye? Bestnya makan buah-buah tu.

    ReplyDelete
  16. Woo sedapnya durian! Memang ramai orang buat kenduri cuti sekolah ni sampai tak terkejar nak pergi huhu

    ReplyDelete
  17. boleh tapau sikit durian tu sbb nampak menarik.. tahu tak kenapa ramai orang sekarang ni?

    ReplyDelete
  18. Aduuuhai telan air liur tgk durian tu..kenduri kawin pun dh lama x makan...

    ReplyDelete
  19. I want the fresh Durian and Rambutan. My favourite local food. I do receive invitation to wedding this month and it seem a good month for wedding.

    ReplyDelete
  20. Dah lama tak makan durian. Teringin plak. Tapi mahai la kalau nk beli.

    ReplyDelete

Post a Comment

Translate

Popular Posts