Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, December 12

Percutian singkat tapi manis....

Book hotel ni pun bulan Oktober. Kiranya 2 bulan sebelum cuti sekolah panjang bulan Disember. Kalau baru nak book memang susah la. Bertolak keluar rumah dalam kol 7.30 pagi sebelum singgah breakfast area Melaka. Ada beberapa kali juga berhenti rehat. Tiba Lotus Desaru Beach and Spa Resort pun dalam kol 4 lebih petang camtu. Ikutkan perjalanan mengambil masa 4 jam lebih je. Ada juga jam sepanjang perjalanan. 

Ni ruang tamu hotel ni. 


Ada singki dan microwave. Tempat masak takde la. 


Ni bilik saya dan hubby. Dania ada bilik sendiri. Lebih kurang sama besar je dengan bilik ni kecuali bilik air bilik Dania takde bath tub. 


View bilik saya menghadap kolam renang. 


Hotel ni ada tower macam english castle.


Lepas rehat, solat, mandi terus menuju ke coffee house sebab dapat voucher makanan sebanyak RM100. Kalau kurang baki burn, kalau lebih kena top up la sikit dengan harga voucher tu. Kami order mushroom soup, garlic bread, onion ring, mee udang, mee kari, ice cream 2 scoop, teh tarik, fruit juice dan milo ais. Total RM102.40 jadi RM2.40 kena top up lah. Makan sampai kenyang. Alhamdulilah. 


Lepas makan jalan jalan ke pantai. Laut bergelora. Tak hairanlah flag merah dinaikkan. Swim at your own risk. Ada je yang main2 air. 


Satu gambar family kat sini. 


Dapat voucher RM20 boleh main2 kat sini jadi guna je lah sampai habis. Dania main dart. Kena pecahkan belon. Bravo Dania, dart tu tercampak kat hadiah patung belah kiri tu. Hee hee....


Masukkan bola dalam jaring. Hmmm....GS netball kalau shoot pun selalu dekat ajer. Alehnya takde satu pun yang menang tapi disebabkan tengok Dania bersungguh dapat le hadiah kesian 1 keychain. Hee hee....


Malamnya makan kat sini. Di Restoran Terapung Bujang Firefly. Order nasi untuk Dania ajer. Tambahan telur dadar, sotong goreng tepung, sate lokan dan ketam bercili. Ketam bercili tu order untuk saya je tapi hubby kata best rasa cili ketam tu so share lah dengan hubby. Hubby saya tak makan sangat ketam. 


Sate lokan. kuah2 tu rasa sate. Lokan tu rasa macam ala ala lala. 


Ketam bercili yang sedap. 


Keesokkannya selepas breakfast kita santai di waterpark hotel. 


Slide ni Dania main dengan ayahnya. Tugas umminya jaga beg. Slide ni kawasannya berbukit. 


Model baju renang muslimah. Beli yang 50% off brand Ogival sebab baju renang yang ada dah ketat.  Sempat beli kat Parkson IOI City Mall. Tudung tu pakai yang sedia ada je. Ada jugak baju renang harga RM300++ ke atas. Idak la beli yang tu. Too expensive. Dania punya dalam RM104. Bagi saya masih berbaloi lagi harga ni. 


Lepas waterpark, sambung mandi kat sini pulak. Kolam renang ni terletak kat blok resort saya. 


Check out dalam jam 12 lebih macam tu terus makan tengahari kat Almas Restaurant. Restoran makanan Arab. Kalau makanan Arab ni portion banyak kan jadi order cuma 1 nasi mandy kambing dan 1 nasi mandy ayam. Nasi arab ni saya tak makan banyak pun. Makan sikit pun dah kenyang. 


Kemudian kami ke Johor Premium Outlet. Hubby le cadangkan kengkonon nak cari seluar slack pergi kerja. Akhirnya saya dan Dania jugak yang dapat something. Tq hubby. Alhamdulilah. 


Lepas JPO, hubby bagi cadangan makan goreng pisang cicah cili kicap. Saya waze kemudian waze bawa kat sini. Goreng Pisang Nurul Faqar. Serius la pisangnya sangat la sedap. Lebih kick cicah cili kicap. Area kedai ni kat Taman Universiti. Dekat sangat dengan UTM tempat hubby belajar dulu. Alhamdulilah untuk pisang yang sangat sedap ini. 

Dulu masa belajar kat UTM, hubby selalu makan pisang kat satu gerai ni. Dekat2 dengan Wak Radol. 


Ni lah kedainya. Line beratur panjang ni. Waze ajer goreng pisang Nurul Faqar. 


Tamatlah percutian short and sweet ni. Bak kata kawan saya pergi mana2 pun ok asalkan dengan yang tersayang











20 comments:

  1. beshnyaaaaa :) yg penting spent quality time with our beloved ones :)

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya. tak pernah jalan2 ke johor lagi. biasa atas urusan kerja ajer. huhu

    ReplyDelete
  3. Walaupun percutiaan yang singkat tapi kenangan tu tetap dikenang-kenang lebih lebih lagi dengan orang tersayang kan ?

    ReplyDelete
  4. Ana pernah ke desaru ni beberapa tahun yang lepas. Memang bilik dia besar dan selesa sgt utk percutian keluarga. Siap ada bath tub dkt master bed room. Esoknya boleh main air puas2 dekat water park dia. Memang best. Kena repeat lg rasanya lps baca entri ezna ni.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah sampai desaru. Next year holiday boleh la masuk dalam list. Cam best jer,bilik besar dan ada macam2 kemudahan

    ReplyDelete
  6. wah.. ada macam-cama aktiviti yea disana.. menu makanan pun lazat2 belaka.. terutamanya ketam tu.. fuh.. terliurr.. bila la dapat bercuti macam ni.. huhu

    ReplyDelete
  7. wahh... boleh tahan menarik jugak ni. nampak memang sangat sesuai untuk percutian keluarga!

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat bercuti luang masa dgn family. Tambah2 sementara tgh cuti sekolah nie kan.

    ReplyDelete
  9. Wah seronoknyeee bercuti lagi... psstttt Bonde peminat tegar lokan tau! tapi tak pernah cuba sate lokan... must try next time!

    ReplyDelete
  10. Belum pernah menginap di resort ini... nampak luas dan selesa... Akan check it out nanti...happy holiday

    ReplyDelete
  11. dah lama i tak pergi desaru...rindunya johor huhuuh

    ReplyDelete
  12. I always prefer family or close friends staycation. Then it will be fun and meaningful staycation.

    ReplyDelete
  13. dulu selalu pergi desaru sebab saya sekolah dekat area sana. tapi sekrang lame dah pergi. bestnya tengok gambar2 kat sana. rindu ...huhuh

    ReplyDelete
  14. Bestnya bercuti dengan family. Cantik homestay tu. Cukup lengkap, semua ada

    ReplyDelete
  15. Awww I miss holidays with my family, so happy you got to enjoy yourself and the food looks delicious, especially the crab!

    ReplyDelete
  16. Ramai yang bawa anak bercuti masa cuti sekolah ni. Aktiviti yang menyihatkan. Dapat eratkan 'family bodning'. Yela sebelum ni masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing kan..

    ReplyDelete
  17. Lotus Desaru Resort tu ke dalam gila kan nak boleh sampai. Onie pernah menghala ke sana. Fuh! Memang jauh. Tapi jauh dari kesibukan bandarkan. Tapi yg penting dapat pisang goreng sambal kicap tu haaaaa.... Ya Allah favourite kotttttttt...

    ReplyDelete
  18. dah lama tak pergi ke desaru. rindu lah pulak. hehe. seronok tengok satu family enjoy. uishh ketam bercili nampak sangat menyelerakan

    ReplyDelete