Thursday, December 7

Bila surprise ummi menjadi 7.11.2017

Malam 6.11.2017, pergi ambik kek unicorn ni kat Puncak Jalil. Kawasan saya tinggal dulu. Saje kata nak ambik malam sebab senang ada yang tolong drive kan, Siap kata kat hubby balik la awal sikit. Senang hubby kalau bab ni dia sangat senang. Hee hee...

Sesambil tu pick up juga creampuff kat kawasan yang sama. Ada mak kawan Dania dulu memang buat creampuff. Unicorn cake ni saya tempah dengan Pretty Yummy Things. Dulu saya pernah ambikkan kek yang ditempah oleh kawan saya Mira untuk Emir sebab masa tu memang saya tinggal kawasan ni. Lama dah. Masa tu Emir 7 tahun. Perisa yang saya pilih untuk unicorn cake ni ialah Naepolitan (ada strawberry, chocolate dan vanilla). Berbaloi beli kek ni sebab besar, berat dan cantik!

Psst....Che Ta tempah 5 kek untuk birthday Aaishah tu you alls dengan Pretty Yummy Things ni. Saya pilih Pretty Yummy Things sebelum saya tahu Che Ta tempah. Kebetulan nampak gambar kek kat IG Che Ta. Che Ta tag Pretty Yummy Things. Lagi pun senang kek dan creampuff kat kawasan yang sama. Sekali harung senang sket. 


Tudung hitam ni Nadia. Kawan baik Dania masa sekolah rendah. Haaa hari ni saya busy sikit. Saya cakap dengan Dania nak kena drop kat sekolah awal sikit. Dania sekolah petang. Dania tak syak apa2 pun. 

Lepas tu terus ke Puncak Jalil nak pick up Nadia. Mintak izin dulu dengan ibu Nadia. Nadia ni friendly dengan saya. Siap buat 2 lukisan untuk bagi hadiah kat Dania. So sweet of you Nadia. Nadia sekolah pagi jadi ok lah kan. Saya tapaukan jugak lunch untuk Nadia kot terlapar pulak sebab baru je balik sekolah. Lepas tu kena timing elok2 sebab Dania rehat kol 3.15 petang. Tiba sekolah Dania dalam jam 2.45 petang camtu. Siap2 ambik port kat Balai Wawasan. 

Video Dania terkejut berpelukan dengan Nadia ada dalam facebook saya. 




Jemput la makan yang seadanya ya...


Gambar reramai dengan kawan sekelas Dania. 1 Dedikasi. 



Dania diapit dengan kawan rapat sekolah menengah Zalilah dan kawan rapat sekolah rendah Nadia. 


Nadia kata yang pakai specs Humaira dan Adriana ni sporting. 


Lepas tu terus hantar Nadia balik. Saya pulak patah balik ke Bandar Baru Bangi. 
Bila balik saya tanya Dania best tak surprise ummi? Dania kata best. Alhamdulilah. 

Hadiah Dania masa birthday tak tiba lagi. Saya order beg Cath Kidston dari UK dengan Shikin
Seminggu lepas birthday Dania barulah beg Dania tiba. Kenapa cari Cath Kidston sampai kat UK?. Actually Cath Kidston dah tutup cawangan kat Malaysia. Semua cawangan ye. Jadinya kalau ada pun jual kat Malaysia takut tak ori. 


***baru nak update....dah dekat sebulan berlalu. Janji ada kenangan. 
***pada tarikh ini, 7.12.2017, ikutkan harijadi papa....al fatihah buat papa...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails