Khamis, Disember 28

Cuti Christmas di mana?

Nasib baik hubby tak dikerahkan kerja hari krismas ni. Jadinya lunch kami ke Homst. Dah lama tak makan masakan cina tapi yang ni memang masakan cina muslim. 


Ni dessert kami ni. 


Ada 2 kedai jugak kami pergi sebab nak pergi cari tracksuit sekolah Dania. Tak jumpa sampailah pergi kat Al Ikhsan kat Bangi Sentral ni. Ada indoor playground jugak untuk anak2 bermain. Sambil mak ayah shopping, anak2 boleh la bermain dulu. 


Ok Dania tengah acu la seluar tracksuit ni. Ada 2 brand, Adidas dan Al Ikhsan punya brand. Sayang Adidas takde size kecik la pulak. End up dengan brand Al Ikhsan. Ikutkan sedap lagi kain tracksuit Adidas.  


Ada sampai 3 tingkat jugak. Kami gi kat tingkat bawah ajer. 


Ayah Dania tengah try cari seluar tracksuit size kecik untuk Dania. 


Susah jugak nak cari size anak perempuan nak masuk 14 tahun ni. Size besar sangat tak boleh, size kanak2 pun dah tak muat. 


Lepas tu balik rumah dan dalam jam 5 petang dari Bandar Baru Bangi lajak sampai ke Nilai. Banyak kedai melayu tutup lah. Akhirnya tersinggah Planet Tomyam kat Nilai secara tak sengaja.  



Ni tak ingat nama apa tapi ala2 masak lemak cara thai. Ada perbezaan sikit rasanya tetapi sedap. Kami order set untuk 3 orang. Ni duduk kat luar sebelum pindah ke dalam sebab hujan. Kelam kabut haih...


Nilai ni dah dekat dah kalau nak pegi Mitsui Premium Outlet jadi singgah le sini pulak. Hubby yang beriya nak pegi sebab nak cari seluar. Akhirnya takde seluar yang berkenan, Dania jugak yang dapat 2 helai baju tidur. Beli kat Young Hearts. Ada discount untuk item yang kedua sebanyak 50%. Ummi dia pun tak dapat apa2. 

Lepas tu on the way nak balik Dania kata nak ice skating pulak. So kengkonon ice skating kat snow on Christmas Day lah. Hee hee....putih tu bukan ice tapi wax.  Jadilah 30 minit masa ber 'ice skating'. 


Pantang ada cuti je tak lekat kat rumah. Tak lekat kat rumah je cuti. 

Cuti perayaan krismas anda bagaimana pula?....

18 ulasan:

  1. Akak pernah tak cuba sayur goreng kt Homst tu? Selalu pergi makan tu. Sedap tau.

    BalasPadam
  2. wah.. berjalan-jalan yea di hari krismas.. best kan.. inilah masa yang perlu kiat guna untuk luangkan dengan famili..

    BalasPadam
  3. Belum pernah lagi ke Homst. Ok ke makanan dan price dia? Apapun, walaupun cuti singkat mesti terasa bermakna bila habiskan masa dengan keluarga, kan?

    BalasPadam
  4. Wah seronok cuti cuti bersama yang tersayang. Memang family time sangat bermakna

    BalasPadam
  5. wahhh seronok bercuti bersama keluarga. next kena pergi MpO jugak la nak shopping. ada murah2 tak?

    BalasPadam
  6. Seronoknya. My Christmas was with the family too. but only in KL

    BalasPadam
  7. Pernah dengar Homst tu tapi tak pernah pergi lagi. Kalau makanan cina muslim biasa agak mahal. Mahal jugak tak dekat homst?

    BalasPadam
  8. Krimas kat Penang jem sangat. Ramai orang luar datang sini. Nak pergi mall pun nak masuk parking sejam.

    BalasPadam
  9. Baca entri ni, baru perasan yang dah lama kami suami isteri tak lepak di homst..last masa anak 1st umur 2 tahun..sedap chinese food kat sini

    BalasPadam
  10. Saya tak pernah lagi main ice skating. Teringin nak try tapi takde gang, hahaha

    BalasPadam
  11. Kalau ice skating, saya syorkan Sunway Pyramid, sebab, Sunway Pyramid... haha. Tapi kalau nak skate sambil melihat pemandangan luas, pergilah IOI Putrajaya. Pandai mereka buat ice skating ring, di sebelah tingkap besar. Macam skate outdoor. Tapi indoor.

    BalasPadam
  12. Chinese food kat homst mmg sedap.
    Cuti krismas hari tu tak kemana pun. Husband kena keja..😌

    BalasPadam
  13. where is Homst? dekat penang ada jugak Restoran China Muslim. (CMR), quite famous jugak, dulu selalu pi with ex-colleagues.

    4D3N Star Cruise 2017

    BalasPadam
  14. seminggu husband I cuti seminggu tu i dan famili berjalan all the days, hihihihi bajet tah mana-mana tapi memang fun gila husband and kids ada all the times..

    BalasPadam
  15. Wahhh sakannya berjalan. Bestlah dpt luangkan masa sama keluarga. Sy sepanjang krismas kt rumah je. Siapkn entri2 tertunggak 🤣

    BalasPadam
  16. Tak pergi mana-mana pun. Duk rumah je. Suami kerja 😂 Bestnya boleh spend precious time with family like this.

    BalasPadam
  17. Kita balik kpg ja sebab ada buat gathering makan2 dengan doa selamat...time2 cuti la nk berkumpul kan

    BalasPadam
  18. Ruby hujung tahun memang sakit je la. Sebulan selsema, batuk, sakit kepala dan demam. Kadang tengok orang pi jalan sana sini, rasa cam susah nak kumpul tenaga tu. Wuwuwuw.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...