Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, October 20

1001 peristiwa dalam sehari

Pada hari Sabtu baru ni, pukul 8 pagi dah keluar rumah sebab nak berkejar makan kat Kak Mah Nasi Dagang. Kat mana?....Jeng jeng jeng....

Kak Mah Nasi Dagang ni terletak di Pintu 1 Putrajaya. Bukan kat Putrajaya exactly tetapi border Putrajaya dan Kg. Dato Abu Bakar Baginda. Kalau guna waze, Kak Mah ni betul-betul sebelah Sekolah Kebangsaan Kg. Dato Abu Bakar Baginda. Pagi dah datang Kak Mah ni sebab selalunya kalau kebetulan lalu sini nampak kedai ni penuh ajer.  

Kami duduk special seberang kedai ni kat gerai burger. Gerai burger ni tutup hanya buka malam agaknya. 


Hubby order nasi dagang lauk ikan. 


Dania order nasi dagang lauk ayam.


Ni saya punya ni. Nasi kerabu lauk ayam berempah. Ayamnya sedap....


After that pergi ke D Pulze Cyberjaya sebab nak main bowling. Hubby insist nak bawa kami ke sini sebab hubby pernah main dengan teman office kat sini. Fully booked lah pulak pagi ni sebab ada sekolah yang booked kat sini. Ok lah since U Bowl kata selalunya petang ada kosong so kami balik la dulu. Maybe datang petang sikit. 

Makan tengahari, kami makan kat D Bawal near Bandar Baru Bangi. Tengah makan tetiba ada driver lorry tomboy dari Ashley Furniture approach hubby kata dia langgar kereta kami. Heran juga macamana tomboy ni tau kereta yang dia langgar kereta kami. Mungkin ada orang nampak. Rezeki juga sebab kalau takde orang nampak agaknya lari je kot driver ni. 

Ha kauuu....pecah lampu kereta kami ni. Kereta ada sikit calar kat lampu tu dan lampu kereta kami ni pecah. Dah check dah dengan body & paint, total RM 1900.37 (Lampu sahaja RM900 selebihnya calar yang sikit tu, nak kena cat sebelah kanan badan kereta ni sebab nak bagi sama warnanya). Dah bagitau driver lorry ni juga. Mengeluh dia. Yang letihnya nak kena tinggal kereta ni untuk 4 hari. Lamanya...


Part paling leceh kena buat report police. Kami buat report police kat Bandar Baru Bangi. Lepas buat report police kat Bandar Baru Bangi, kena buat report police di Ibu pejabat Polis Daerah yang terletak kat Kajang sebab saman trafik IPD Kajang ni yang keluarkan untuk accident area Bandar Baru Bangi. Siap ambik gambar bagai. Salinan report bukan keluar hari yang sama. Kena ambik hari bekerja pulak. Tapi, boleh ambik salinan kat balai polis yang terdekat. Cuma kena tunjuk resit report. Haihhh satu hal pulak nak kena ambik report pulak. 

Dah tiba Kajang ni hubby nak makan sate kajang la pulak. Jadinya singgah la Sate Kajang Hj Samuri. Citer pasal sate ni, gambar sate saya masuk dalam Gosip Mossip Mak Jemah Era Fm lah 


5 cucuk sate arnab, 5 cucuk sate ayam, 5 cucuk sate daging. Daging sate arnab lembut sangat. Saya kalau sate ni tak makan banyak pun. Setakat 2-3 cucuk dah kenyang. Hubby le tukang makan semua sate. Dania pun makan 2-3 cucuk ajer. 


Muka kepenatan sebab dari pagi lagi dah keluar rumah. 


Lepas ajer makan sate terus ke Cyberjaya dan solat dulu kat Masjid Cyberjaya. 


Memang rezeki kami nak main bowling kat U Bowl, D Pulze sebab cuma ada 1 lane kosong. Rate boleh tengok kat bawah ni yer. Kami main 1 game ajer. 


Hubby memulakan balingan pertama. Go Go...



Saya peserta No. 2 cewahhh guna bola No. 9. Bola dalam gambar ni ringan sikit kot. For the purpose nak ambik gambar je lah....sebetulnya saya main pakai bola No. 9. 


Anak dara ni dah tak sabar nak baling dah huiiii....


Our score ni. Baru berjinak-jinak je ni. 


Dalam pukul 6 petang singgah Puffy Buffy Cyberjaya nak makan ala carte. Tak terfikir pun nak makan Hi Tea. Harga asal RM23.00 untuk dewasa, RM15.00 untuk kanak-kanak tapi disebabkan banyak lagi makanan, kami ditawarkan flat rate RM5/seorang. Makanlah sampai jam 7.30 malam. Tak sampai pun jam 7.30 malam, awal lagi dah settle makan. 


Makanan yang disediakan. 


Dessert pula....


Cafe Puffy Buffy Cyberjaya, sederet dengan Bank Islam yang terletak di CBD Perdana 2. Kalau datang sini selalunya saya akan order Apam Balik. Kalau hari kerja tu Apam Balik paling hot hot hot kat sini. Selalunya after 2 pm dah habis sebab orang yang datang sini tapau siap-siap. Beli lewat habis lah....


Penatnya aktiviti hari ni. Penat tapi happy. 

3 comments: