Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, May 22

Birthday dinner yang tak best langsung

Me and my family went to this restaurant near our house je pun. Actually bukan the first time pergi sini. Few times jugak. Owner dia melayu dan husband dia mat salleh. Nak dijadikan cerita, me hubby dan Dania pun pergi la malam 17 Mei 2012 baru ni. Pastu order OZ Burger, Fish and Chips dan kid's meal. Hubby kata bila datang je ikan dier. Dah berbau dah. I nampak hubby masuk mulut dah tolak ke tepi. 

I tanya kenapa? Rupanya ikan tu berbau. Ok ok...hanyir memang la ada baunya tapi bau lagi busuk pada hanyir tu. Tanya tukang masak orang asing dia kata memang bau macam tu dan stok baru tiba. We alls suruh dier cium. Tukang masak tu kata memang bau macam tu. Ok fine la. Mr hubby tolak ke tepi. Lepas tu tukang masak offer nak masak yang baru. We alls tolak. Kali ni i pulak berkali-kali cium ikan tu. Perghhhhh.....bau macam ikan / udang / sotong lama tau. Pastu i panggil waiter dan suruh dia cium dia kata, tak boleh cium kat luar so dia bawak ke dalam. Mat salleh hubby si owner tu terus keluar tersengih2 macam tak nak campur. I rasa cam tak dihargai sebab sebagai owner restaurant tu, u should say sorry. Ok. ikan tu memang hubby tak makan. OZ Burger tu i tak lalu nak makan. So mintak la tapau. Nak bayar, pekerja tu cakap. Biasalah kak....ikan baru dan lama tercampur. Tukang masak keluarkan ikan lama. Haaa??? ikan lama pun ada ke? Bukan patut ikan lama you tak serve kat customer ke?. I cakap dalam hati je la. End up fish and chips tu FREE je. 

I sms owner sebenar restaurant tu. Restaurant ni selain restaurant ada jugak catering. So, akhirnya baru dapat tahu yang owner tu takde masa hari kejadian dan staff dier cakap ada customer complain ikan busuk. Itu sahaja. Bila owner tu try nak explain dulu, i potong cakap dier dan bagitau on my side dulu. Things yang owner tu dah buat dan akan buat ialah :

1. Ikan tu dah dihantar ke supplier. Supplier mengakui ikan dah out dan supplier hantar ikan Jinahak. 

2. Owner akan mengadakan meeting bersama staff.

Part yang i tak setuju ngan owner tu bila owner tu back up husband dier. 

1. Husband dier takut kalau dia cakap bahasa inggeris, we alls tak faham. I explain to the owner hello, setakat bahasa inggeris me and husband faham la. Takkan sorry pun dia tak boleh cakap???. Or husband dia assume me and hubby tak faham perkataan sorry...pliss la.....

Akhirnya, owner menghadiahkan voucher makan FREE untuk next dinner or lunch untuk 3 orang. Owner kata akan bagitau kat staff dier. But i rasa memang i tak nak ambik since terfikir fikir apa yang staff dia akan buat kepada makanan kita? Dah la kena tiau ngan boss dier. Macam2 boleh jadi i rasa.

You alls akan buat macamana yer kalau jadi kat you alls??.

 

4 comments:

  1. kesian u...dh lama time bday dinner plak tu..
    memang NO NO dah kalau i..

    ReplyDelete
  2. hai owner tue underestimate org malaysia ke? takkanla sorry pun org kita tak paham. budak 2 tahun pun pahamla..

    ReplyDelete
  3. saya rasa saya tau kedai apa ni...
    ni kedai yg ada masuk JJCM tu kan?
    kat area tmn equine?

    saya lupa pe nama kedai ni (start huruf F)
    tak sangka pulak camtu depa buat kt customer
    memalukan sungguh
    sangat merendah2 kan org melayu le pulak rasenya hubby die tu, huhu!

    ReplyDelete
  4. first, depa dah ruin ur dinner.. second, helooo underestimate orang Malaysia, orang Malaysia berlambak la boleh cakap orang putih..

    3rd dan yang paling penting...

    Tak yah datang kedai tu lagi...

    ingat kata2 Eyriqazz..kalau sedap, cakap je sedap, kalau tak sedap cakap je tak sedap :)

    ReplyDelete