Tuesday, May 29

Photoshoot majalah

Abaikan barangan kat carpet tu....barangan kemenangan Dania dalam contest. Barang letrik tu i yang punya pulak..... ohhh bersepah sungguh....ater deme nak barang2 yang menang contest.....

Jurugambar dan wartawan. Tu tengok gambar tu harap2 touch up sikit le mana2 part yang tak elok yer.....

Photoshoot di rumah i berlangsung 1 hari sebelum harijadi i. Hehehe. Agak kelam kabut jugak la i meraban cari hadiah kemenangan i dalam contest. Kalau yang hamper, dah lama la selamat. Kebetulan ada beberapa kotak hadiah kemenangan barangan elektrik serta I Pad nak buat props untuk ambik gambar. Kereta yang i menang pulak baru je jual masa mereka datang. Rugi Rugi Rugi.....yang ada cuma gambar ngan kereta masa prize giving. Itu pun warna kelabu. Actual, i nyer kete dapat warna putih.

Wartawan dan jurugambar tiba dalam pukul 3.00 petang. Sesat sikit lepas tu jumpa rumah i. Wartawan ni buat 2 in 1 cerita so i akan keluar magazine .............(tak leh mentioned dulu sebab tak keluar lagi) sebanyak 2 kali dengan baju yang sama. So kalau ternampak baju dan tudung yang sama....memang masa yang sama ler tu. Wartawan kata untuk slot Ibu dan Anak suka masuk contest bakal keluar isu Julai 2012 (isu Julai akan keluar bulan Jun 2012) nanti. Lepas selesai semua, I siap jamu le keropok lekor, ubi ketuk dan cekodok.

Harap dapat memberi inspirasi kepada anda semua. I dan Dania juga pernah keluar cerita pasal menang contest untuk Pa&Ma isu Oktober 2010 di sini. Hubby takde masa photoshoot berlangsung sebab kerja. Dania pulak ponteng school. Nasib masa tu tak belajar sebab buat sambutan hari guru kat sekolah. Timing tu cantik jer......udah....esoknya pengetua tanya me kenapa Dania tak datang sekolah. I kata ada majalah datang rumah. Udahhhh Dania kena panggil bilik pengetua. Ustaz Jazlan tanya majalah apa?. Dania of course le kata tak tahu....hehehe....yang tahu majalah apa umminyer jer....:-)  

5 comments:

  1. wah..best tu..glamour la...nanti dah kuar magazine kasi tau yer..

    ReplyDelete
  2. wah bestnya, makin glamour la lepas ni, tak sabo nak beli majalah tu nanti...jadi sumber inspirasi ni...tapi kita tak banyak menang hadiah..tapi tetap bersyukur menang yang tecik2 tu

    ReplyDelete
  3. hehehe...
    smpi kene pggl ke bilik pengetua ;)
    tak sabar nak tggu,nak beli majalah
    majalah apa agaknye tu ye..? :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails