Monday, May 7

Audition Breeze Hari Ini Saya Adalah di Sri Pentas: : 5 Mei 2012 : :

Photo taken from Suzz's blog here

Mcd Taman Equine

Breakfast set untuk 3 of us

Sabtu baru ni, me and Dania pergilah Sri Pentas berdua. Hubby stay kat rumah sebab ada gotong royong surau. Akhirnya tak jadi sebab hujan. Sebelum tu breakfast dulu bertiga kat McD Taman Equine. Tiba kat TV3 Sri Pentas pukul 9.30am. We alls punya audition time jam 10am. Lepas daftar, terus kena panggil masuk. Dania pakai No 2. Suspen jugak i sebab Dania je kena masuk sorang dalam tu. I tercegat kat luar pintu tu nak dengar apa yang Dania akan cakap. Memang semua orang tu tanya Dania akan jawab la. Ada 3 orang kat dalam tu. Seram tak???.

2nd session, i mintak nak masuk sebab i nak jugak dengar apa yang Dania akan jawab. Ada few jawapan Dania yang buat i nak gelak. Budak budak jujur yer....hehehehe...Masa Dania kena pakai baju Dr Haiwan, dan pretend to be a Vet dengan segala bagai props.....ni yang Dania practice ngan i......

Nama saya Dania Yasmine
Umur saya 8 tahun
Pekerjaan Dr. Haiwan sangat mulia (sambil check patung kucing dier ngan stetoskop mainan)
Haiwan yang paling saya suka ialah kucing dan arnab
Saya ingin bagi satu teka teki....haiwan apa berjalan keluar head? (Kalau cakap je mungkin orang akan ingat haid.....hehehe)
Dania pun tanya cameraman tu....uncle?...tergamam la uncle kena tanya. Tergelak gelak interviewer yang 3 orang tu.....so uncle cameraman pun dapat jawab kura kura...hehehe
Saya ingin bagi pantun mari kita masak cendawan, saya ingin jadi Dr. Haiwan

Hehehe...rhyming x?

Lepas tu ada banyak juga soalan antaranya...

Interviewer : Dania suka kalau tengok Dania dekat TV x?
Dania : Tak suka
Interviewer : Kenapa tak suka?
Dania : Tengok TV dekat nanti sakit mata...

Nak tergelak i sebab memang i ajar jangan tengok TV dekat takut sakit mata. Uncle tu maksudkan suka ke tengok diri sendiri dalam TV?

Interviewer : Dania pernah bersihkan berak kucing?
Dania : Tak pernah sebab kucing berak kat luar. 

Memang la pun. Ni bukan persian cat ke haper. Cuma kucing yang biasa tu je. Duduk kat luar rumah je. Hehehe...

Soalan lain.....

Interviewer : Dania tahu tak Botanis tu buat apa?
Dania : Tahu
Interviewer : Botanis tu buat apa?
Dania : Tanam pokok dan jaga pokok bunga...

Yg ni i tengok PIC Breeze tu tersenyum dan angguk2.

Banyak lagi la tanyanya....20 minit bagaikan 1 jam...apatah lagi Dania....

Cuma yang i bengang sangat tu sebab PIC yang call i tu kata entry Dr Haiwan yang shortlisted. Tiba tiba kat TV3 entry Botanis yang dipilih....haishhhh. Dah la props, practice Dania semua buat Dr. Haiwan. Naya sungguh la....takpelah ada rezeki ada la kan....

Anyway, Dania juga pernah masuk segmen Wanita Hari Ini dan Nasi Lemak Kopi O tahun 2009 sebab jadi model kanak2 pakai baju tajaan Sarakids. Thanks Farah Farhan sebab bagi peluang......

Pintu masuk Sri Pentas pun ada pasal audition ni

Daftar dulu di sini

Sebelum balik pose dulu kat sini. Baju Dania ni pun ala ala botanis sebab ada sekuntum bunga..hehehe

Football fever di Sri Pentas




15 comments:

  1. alamak kalau aman tah apa2 tah dia jawab

    ReplyDelete
  2. Sejujurnya..saya bangga dengan kecerdikan Dania.cara Dania jawab soalan tu melamabangkan dia budak pintar dan bijak..siap bagi pantun lagi..bijak sungguh..pasti Dania terpilih nanti..InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. me rasa dania akan menang..dania smart girl!!!

    ReplyDelete
  4. @BABY(MAMA AMANA Mencabar minda sungguh soalannya. Ye lah bagi kita senang le tapi bagi budak 8 tahun? haishhh x tau pepe yg dijawabnya.....jawapan yg kelakar sungguh!!!

    ReplyDelete
  5. @yumielufya Terima kasih :-) Tak tau la apa yg leh kita aspect untuk budak2 ni sebab budak2 ni sangat jujur. Jawapannya kekadang membuatkan kita terfikir eh eh betul jugak apa dia cakap.....

    ReplyDelete
  6. paling besh jawapan tak suka tengok DEKAT TV. paling jujur haha... semoga dania menang :D

    ReplyDelete
  7. dania bijak dapat jawab cam tu..
    insyallah kalau ada rezeki tak kemana..
    sure terpilih sebagai finalist...

    ReplyDelete
  8. bukan sebarangan budak leh jawab ni

    ReplyDelete
  9. wah...dania mmg sgt bijak la.INsyaallah kak.msti ade rezeki.amin amin

    ReplyDelete
  10. i pun rs dania blh dapat chaiyoooookkk

    ReplyDelete
  11. @Wansteddy Tales Jujur tu Wan. Akak kat bilik tu rasa nak tergelak. Tahan je...hehehe

    ReplyDelete
  12. @mama rifQy takpelah....dah buat dah buat dah....ada rezeki happy. Kalau takde rezeki...kita cuba lagi...

    ReplyDelete
  13. @AyuArjuna BiGoshh entah la ayu...ada rezeki dania dan anaqi adalah tue. Tapi i suka cara Anaqi. Selamba sungguh, lepak je cara cakap. Wahhh aunty cayalah Anaqi. Yang dipanggil 18, Yg nak pilih 5 orang je. Very the sengit....

    ReplyDelete
  14. kalau Emir, mesti senyap tak nak cakap ape2 kot hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails