Ada seekor anak kucing yang dok mengiau ngiau keluar dari longkang kat Taman Botani Putrajaya. I tengok sangat kesian dengan badan dier basah. So i walaupun takut kucing, i suruh hubby ambik kucing tu dan masukkan dalam satu paper bag. Kucing kecik tu meronta-ronta nak keluar. Lepas tu hubby berkejaran nak ambik kucing tu yang takut2 dengan kami. Kami letak belakang boot kereta Mazda kami dan bukak sikit seat belakang. Kami still ingat, terus tak jadi pergi makan tengahari sebab nak bawak balik rumah dan bagi kucing tu makan dulu.
Anak kucing ni pada mulanya takut dengan orang. Kat rumah memang ada 1 kucing yang Dania jaga tapi duduk kat luar je. Kucing tu dah besar sikit. Alkisahnya, anak kucing ni macam boleh klik dengan kucing besar tu. Dia akan gesel2 kat 'abang' dia. Kucing kecik ni pun kalau kucing2 lain datang dan tumpang makan boleh pulak tu menggeselkan diri dia kat kucing lain. Manja sungguh. Mungkin sebab dia baby kot.
Lately, anak kucing ni pantang nampak we alls keluar so mesti nak masuk rumah atau menggeselkan badan kat kami. Walau i dah shooh shooh pun dia tetap nak datang manja2 kat i. Eiiiii i dok bising2 soh dia jejauh...Hehehe.....Dan.....abang kucing pulak lately selalu dok diam termenung. I pun heran jugak. Until, semalam Bila hubby nak keluar. Bila pintu bukak, anak kucing ni masuk dan Dania letak balik dia kat luar. Pastu hubby naik kereta dan tetiba i dengar hubby jerit kat luar. Kucing dah mati. Anak kucing tu maybe ikut hubby sampai ke kereta dan main2 bawah kereta. Hubby mana nak perasan. Selalunya anak kucing ni akan berlari tempat lain kalau kereta nak jalan.
I tengok hubby pun dah bergenang airmata. Me and Dania siap mengalirkan airmata. Ye lah mana boleh lupa kucing yang kami ambik dulu, Anak kucing yang sangat manja ni kami tak akan lupa. Kalau abang kucing ni takde, anak kucing ni akan bising la kat luar tu. Tidur pun sebelah menyebelah abang dia. Manja kan?.
Kucing je pun i dah sedih. Apatah lagi ahli keluarga atau kenalan rapat......We will miss you Pascal. (Taruh nama sempena nama iguana dalam cerita Tangled)
ila penah beli kucing.. comel.. bulu panjang tapi bukan parsi. pastu mak ila terlanggar sekor anak dia. anak dia dua ekor je.. mak tak sanggup tlanggar lagi mak terus letak kucing2 tue kat tempat lain..
BalasPadampg tadi eliss ternampak anak kucing baru kena langgar ms keluar simpang. geletis2 lagi..aduhai, kesiannn..
BalasPadamdh ajal kucing tu :(
BalasPadamsedeyyyyy
BalasPadam.Akak terharu sy dgr cerita ni..,.tk dpt bayangkan sedihnya bila khilngan kucing kecik tu..lebih2 lg tk sngaja terlanggar..
BalasPadamLin Suka Kuching..comel
BalasPadamSalam..
BalasPadamKucing adalah salah satu perantara manusia dengan malaikat. Sebab2 kucing diwujudkan adalah untuk memerhatikan tingkah laku manusia. Didatangi secara mengejut, perginya juga secara mengejut. Tapi perginya itu membawa catatan kepada PENCIPTANYA. Oleh itu janganlah sesekali memusuhi kucing yang secara tiba2 muncul di depan mata anda.
Renungkanlah.
Wasalam.